Exchange Student II

66 7 6
                                    

Hari sudah larut malam, selepas menunaikan solat Isyak. Ali pergi ke meja belajar untuk membuat homework tapi bila dia buka je buku habis sepatah haram pun dia tak faham

"aduh aku tak faham!" Ali menggaru kepala dia kemudian dia memandang ke luar tingkap dan dia nampak lampu di bilik Alicia masih buka. Dia pergi dekat ke arah pintu sliding kaca di bilik dia dan dia nampak alicia sedang duduk di meja. Perempuan itu sedang membuat homework juga rasanya

"Ha Alicia, boleh la aku minta tolong dia" Ali menolak pintu kaca untuk menuju ruang balcony. Dia nak menarik perhatian Alicia jadi dia membaling bola kertas sampai la Alicia sedar
.
.
.
.

Tup, tup, tup

"em bunyi apa tu ?" Alicia pandang ke arah cermin sliding balcony dan dia nampak ada banyak bebola kertas di luar. Dia pergi ke depan cermin itu dan dia nampak ali sedang melambai tangan ke arah dia sambil tersenyum

"errrrghgj" Alicia menjeling ali lepas tu dia menarik langsir agar ali tidak menganggu . Dia masih marah dekat ali pasal tadi
.
.
.

"Alaa Alicia palau lak" ali menggaru kepalanya yang tak gatal. Sebenarnya Dia baru teringat yang mereka bergaduh tadi. Bergaduh dengan Alicia tu perkara biasa jadi dia tak rasa yang Alicia palau dia tu perkara yang besar. Gaduh pagi baik malam. Gaduh malam baik pagi. Gaduh tak sampai seminggu pun, paling teruk pun 3 hari je

"kau ni la, asyik merajuk je. Penat la nak pujuk kau selalu " Ali menggulung buku latihan dan letak di dalam poket belakang seluar kemudian dia ambil coklat di dalam bag dan letakkan di poket depan lalu dia memanjat pagar besi balcony dan segera melompat dengan sekuat hati untuk pergi ke balcony bilik Alicia. Mereka kan jiran jadi tak ada la jauh sangat dia nak lompat tu

"aduh nasib baik aku dah biasa lompat sini kalau tak mau cedera" Ali mengomel sendiri lepas tu dia ketuk tingkap bilik Alicia. Dia tak nak ketuk kuat² nanti papa Alicia dengar pulak

"Alicia! Woi aku dekat luar ni" Ali berbisik kuat dan tiba-tiba langsir bilik Alicia di selak. Alicia terkejut dengan kehadiran ali di depan mata dia

"Ali!" Alicia berbisik marah kepada ali lalu dia segera membuka pintu sliding kaca balcony itu

" Ha buka pun-" Alicia menarik ali ke dalam dan dia segera menutup mulut ali

"diam, nanti papa dengar. Kau buat apa dekat sini?" Alicia berbisik kepada ali dan lelaki itu hanya diam sebab mulut dia telah di tutup oleh Alicia

"hum emm?" Ali menjeling Alicia lalu dia mengalihkan tangan Alicia yang melekat di mulut dia tadi

"finally kau cakap juga dengan aku. kau marah aku lagi ke?" tanya ali dan Alicia hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri saja

Ali mengeluh perlahan lepas tu dia mengeluarkan sebungkus coklat kegemaran alicia dan dia berikan coklat itu kepada Alicia. Alicia tidak mengambilnya dan hanya memandang coklat di tangan ali kemudian dia menenung muka ali pula

"sorry la sebab buat kau marah, aku tak bermaksud pun nak tengking kau tadi" Ali menggaru tengkuk sendiri. Rasa segan pula nak minta maaf dekat Alicia walaupun selama ni dia selalu je minta maaf

Alicia menenung wajah ali lagi kemudian dia mengeluh panjang selepas itu dia mengambil coklat daripada ali. Apa dia nak buat kalau ali offer coklat? Lelaki tu ingat romantic ke panjat balcony lepastu minta maaf dan bagi coklat. Coklat kegemaran dia pulak tu haish. Kalau gaduh dengan ali mesti tak lama sebab lelaki ni tahu cara nak buka hati dia ni

"kau maafkan aku?" Ali bertanya Alicia. Dia memberikan Alicia satu senyuman yang lebar lepas tu tanpa di sangka tiba-tiba Alicia memukul lengan dia dengan kuat . Lelaki itu mengerang kesakitan tapi tidak mengeluarkan bunyi sebab ali takut papa Alicia dengar pula

etherealWhere stories live. Discover now