Chase You

127 10 3
                                    

'cip, cip, cip'

Bunyi kicauan burung yang nyaring di luar tingkap amatlah menyakitkan telinga sesiapa saja yang mendengarnya.

Sesiapa saja, mesti akan sakit hati bila di kacau dengan bunyi bising di pagi hari

lagi-lagi waktu sedang tidur kan?

[Iman pov]

"haish, bisingnya! " aku membuka mata lalu segera membangunkan diri daripada baring di atas katil.
aku mengaru kepala sendiri melihat ke arah beberapa ekor burung yang sedang bertenggek di para tingkap sliding bilik aku

*Bisingnya! Macam mana la korang boleh lepak dekat sini? Macam tak ad tempat lain nak duduk la*

"shoo! maaf tapi sila pergi!"aku mengimbas tangan aku kepada mereka dan mereka pun berlalu pergi

"ha pergi pun" Aku menutup tingkap lalu aku pun  menguap lepastu aku pandang ke arah lantai bilik aku

Aik, kenapa bilik aku bersepah ni?

Aku mengerut dahi, cuba untuk mengingat aktiviti semalam tapi otak Albert Einstein aku ni tak berfungsi pula

"ah malas aku nak ingat benda semalam. Sekarang pukul berapa?" aku pandang ke arah kanan untuk melihat ke arah jam loceng di atas meja sebelah katil

Jarum pendek  berada di angka nombor 9 dan jarum panjang pula berada di angka nombor 12

"oh pukul 9" aku menangguk sendiri lepastu aku termenung

"....."

"HA PUKUL 9!!!" Aku terkejut lalu aku pandang semula ke arah jam itu untuk memastikan mata aku tak bermain dengan aku

aku teliti semula jam itu dan memang betul sekarang sudah pukul 9 pagi

"OHMAGOD!!!! " Aku menjerit lalu aku segera bangun cepat untuk mencari tuala  tapi tiba-tiba aku di kejutkan dengan bunyi hempasan pintu bilik aku sendiri

"PANG" bunyi pintu bilik aku di hempas kuat dan aku pun menoleh kepala aku untuk memandang gerangan yang menolak pintu bilik aku ni

"Alicia?"

"apahal kau menjerit ni iman? " tanya housemate aku iaitu Alicia bersama nada suara yang cemas. Dia sedang menggenggam spatula lalu dia menghalakan spatula itu ke depan seperti senjata

Mesti dia tengah nak masak breakfast ni sebab tu dia pegang spatula tapi tu bukan point aku...

" saya dah lambat ni Alicia !"

aku pergi mencari tuala aku semula tapi tak jumpa. Mana pergi pula tuala aku ni!!!

"lambat? Kau nak pergi mana?" tanya dia kepada aku dan aku sudah mengerut dahi

"kelas la. Awak tak pergi kelas ke? " tanya aku dan tetiba dia ketawa. Apa yang kelakar?

"PUAHAHAHAH"

"iman, hari ni hari ahad. Kita kan cuti hari ni"

aku tergamam, terpaku dan terdiam. Segala 'ter' ada pada aku di sini

Aku pandang dia dan dia hanya ketawa sambil memeluk  perut dia yang kempis tu. Hampir nak terkeluar air mata wanita dia tu

"adoi iman, ha tulah sedih sangat   kan dah hilang ingatan" kata dia dan aku hanya menggaru kepala lepas tu aku duduk semula di atas katil aku

Aku mengambil telefon aku dan lihat ke arah screen telefon itu untuk memastikan Alicia  tak menipu aku walaupun aku tahu yang dia tak pernah menipu aku

etherealWhere stories live. Discover now