Marriage Contract

104 8 6
                                    

Iman sedang merenung di dashboard kereta axianya. Dia melihat ke arah jam. Sekarang sudah pukul 7 pagi

Dia mengeluh perlahan. Tinggal 10 minit saja lagi nak kejar punch card  jadi dia segera mencepatkan kelajuan  tapi tiba-tiba tanpa di sedari, ada seekor anjing besar  sedang melintas di depannya.

"YA ALLAH" Dia tak sempat nak tekan brek jadi dia cepat-cepat memusing stereng  keretanya lalu 'bom' keretanya telah  pun berlanggar dengan kereta di sebelah

Dia terkejut.  Dia menunduk ke bawah, Erat tangannya memegang stereng dan bibirnya juga tidak putus-putus mengeluarkan syahadah

Dia memegang dahi sendiri untuk melihat jika ada kecederaan atau apa-apa kepada dirinya tapi alhamdulillah tak ada apa-apa

"fuhh~"

Naik turun nafas dibuatnya. Dia mengangkat kepalanya lalu dia lihat ke arah kereta di sebelahnya yang turut berhenti kerana di langgar olehnya tadi 

Astaghfirullahhalazim. Dia telah melanggar kereta seseorang!!!

"Ya Allah aku da langgar orang! "

Dia lihat owner kereta yang di langgar olehnya itu keluar daripada kereta

Dia gelabah

"alamak macam mana ni macam mana ni! Dia keluar! "

"tok tok tok" cermin keretanya di ketuk lalu dia segera menurunkan cermin tanpa berfikir apa-apa

"cik,  Kau dah langgar kereta aku! Kau tak pandai bawak kereta ke?" marah si owner kereta yang di langgar olehnya itu. Owner kereta itu, Lelaki Melayu bertubuh tinggi dan tampan seperti model. Lelaki itu juga Mengenakan pakaian rasmi seperti seorang pekerja pejabat yang hendak pergi ke meeting

*Wow*Iman terpegun melihat rupa paras lelaki itu. Sepatutnya dia risau pasal kecederaan dan kereta lelaki itu tapi dia boleh bantai mengelamun pulak (tepuk dahi)

" hoi kau termenung apa! "lelaki itu menengking dia lepastu lelaki itu  memukul pintu keretanya terus membuatkan dia tersedar sepenuhnya

" ey kenapa awak pukul kereta saya? "dia memarahi lelaki itu" terkejut saya tau tak! "

Sebenarnya dia yang bersalah sebab langgar kereta lelaki tu tapi ni dia pulak yang marah sebab lelaki itu ketuk keretanya

Berani betul dia ni...

Lelaki itu berdengus marah 

" WOI, KAU SEDAR TAK APA KAU BUAT? KAU KELUAR DARIPADA KERETA NI SEKARANG !" lelaki itu memaksa dia keluar daripada kereta jadi dia akur saja agar kerana dia takut

"kau nampak tak apa kau buat kereta aku? Kau tengok" lelaki itu menunjuk ke arah  belah kiri keretanya kepada iman

Iman hanya memerhatikan kerosakan itu dengan hati yang kosong

Dia ingat teruk sangat kerosakan kereta lelaki itu tapi rupanya hanya bahagian sisi saja yang kemik

*oh kemik... "

Kemudian dia perhatikan kereta nya, hanya sisi saja yang kemik juga . Nasib baik tak serious tapi kereta lelaki ni pun sama juga

Kemik ni tak serius mana pun tapi lelaki ni marah macam kereta dia terbalik pulak

"awak, sisi tu kemik sikit je. Maaf sebab langgar awak..." iman menjelaskan perbuatannya tapi lelaki itu sudah memasam muka macam cuka getah . Berapi belakang lelaki itu mendengar jawapan spontan iman seperti tak ada apa yang serious sangat tentang kecacatan itu

etherealWo Geschichten leben. Entdecke jetzt