Exchange Student IV

91 6 3
                                    

"terima kasih class?"

"terima kasih puan!"

Akhirnya sesi pembelajaran bersama puan dayang telah tamat kini tibanya waktu rehat pula

"Victor, jom pergi kantin" Ali mengajak Victor tapi Victor menolak ajakan itu sebab dia janji nak teman mia pergi perpustakaan untuk mencari buku rujukan

" cis, sampai hati kau lebihkan mia daripada sahabat kau ni" kata ali bersama tone suara yang kedengaran kecewa sedikit

"sorry ma, Mia lagi penting sekarang. Dah la bai bai" Victor pergi mengejar Mia dan mereka berdua pun keluar dari kelas untuk menuju ke perpustakaan

Ali hanya memerhatikan mereka berdua lepas tu dia mengeluh perlahan "makan sorang la aku hari ni" kata dia sendiri lepas tu dia ambil bekas makanan dia dan berjalan keluar dari kelas untuk menuju ke kantin
.
.
.
.

"hai Ali, sorang je ke?" kim berjalan ke meja ali bersama dulang makanan di tangan dia

"hai kim, ha'ah sorang je" balas ali lepas tu dia menyeduk nasi bercampur sambal masuk ke dalam mulutnya

"boleh saya duduk sini?" tanya kim bersama nada suara yang sangat ceria

Ali menangguk sambil mulutnya tak berhenti mengunyah makanan

Kim memberikan ali senyuman lagi lepas tu dia letakkan dulang makanan dia atas meja kemudian dia duduk di depan ali dengan senyap sambil matanya hanya memerhatikan ali kerana dia rasa ali nampak macam tupai bila kunyah makanan macam tu. Comel!!!

"kenapa tak makan?" Ali tanya kim sebab dia tengok kim tak sentuh makanan lagi

Kim terkejut lalu dia cepat² menjawab soalan itu "o-oh ye nak makan la ni"

"Hoi kim !" satu suara memanggil kim di kiri meja terus membuatkan ali dan kim pandang ke tepi untuk melihat gerangan yang memanggil itu "asal kau makan dengan budak ni? "

"budak ni ada nama tau tak" kim menjeling Sam

"ceh, kisah pulak aku " Sam memutar kedua bola matanya malas

"ok" kim menghiraukan dia dan kembali fokus kepada ali

Ali hanya berdiam diri menyaksikan pergaduhan mulut antara kim dan lelaki yang bernama Sam itu

Dia malas nak ambik campur jadi dia makan jelah. Lebih baik makan nasi campur sambal daripada masuk campur hal orang kan?

"dah ada kawan baru. Palau aku pulak " kata Sam dan kim hanya ketawa

"hahahaha kenapa? kau jealous ?" tanya kim dan telinga Sam sudah berasap

"siapa nak jealous?" Sam meninggi suara kepada kim dan kim mengangkat bahu dan ketawa. Dia sikit pun tak takut dengan Sam

"tak tahu, kau la kot?" balas kim dan Sam sudah bersedia nak lawan balik

"kau ni kan!!!"

"Hey, sudah la tu. Tak baik gaduh depan makanan. Duduk la bro , tak penat ke berdiri pegang dulang tu? " Ali menyampuk. Dia memang tak ada niat nak masuk campur tapi dia dah tak tahan dengar budak dua orang ni bergaduh depan dia jadi dia sound jelah

Kim dan Sam berhenti berlawan kemudian mereka memandang ali. Sam hanya mengikut arahan ali jadi dia duduk sebelah kim dengan senyap

Kim menutup mulut menahan ketawa

"diam ah" kata Sam dan Kim ketawa lagi

"heheheh sorry la sebab buat awak tak selesa ali" kim meminta maaf kepada ali tapi ali kata tak apa sebab dia dah biasa tengok orang gaduh depan dia. Apa dah hal la

etherealWhere stories live. Discover now