Exchange Student III

65 7 0
                                    

" hai ali "

" hai-eh kim. Selamat pagi " Ali memberikan sedikit senyuman yang kelihatan lesu kepada kim. Dia sambung berjalan bersama kelajuan yang sangat perlahan untuk ke kelas. Dia datang awal hari ni jadi tak salah untuk berjalan lambat .

"kenapa dengan awak ni?" kim mengikut ali sambil matanya meneliti sedikit muka ali. dia lihat di bawah mata ali ada lingkaran hitam

Seperti lelaki itu tidak tidur saja

"Argh" Ali menguap "tak cukup tidur"

"ohh kenapa?"

"semalam tidur lambat buat homework "

"ohhh" balas kim bersama mulut yang berbentuk 'O' lepas tu dia mengambil bag di belakang dan keluarkan sesuatu

"nah ali" kim menghulurkan sekotak air susu berperisa pisang kepada ali

Ali melihat susu kotak di tangan kim dan dia segera mengambilnya tanpa bertanya apa². Orang dah bagi kita ambil saja la. Bak kata orang tua 'Rezeki jangan di tolak'

"terima kasih kim. Saya dah sampai kelas saya. Bye" Ali melambai tangan kepada kim dan perempuan itu juga membuat perkara yang sama

"bye. Jumpa lagi nanti! " kim segera beredar dari situ bersama muka yang sangat gembira

Ali melihat kim pergi lalu tanpa di sedari bibir dia pun telah mengukir satu senyuman gembira. Walaupun tadi dia mengantuk, sekarang dia sudah bertenaga berkat daripada energy ceria yang telah di berikan oleh kim

"oi ali" Ali dengar Victor panggil dia jadi dia pun masuk ke dalam kelas tapi tiba-tiba dia tak sengaja terpandang muka Alicia.

Dia tengok Alicia sudah menjeling tajam ke arah dia

Jantung ali berdegup laju sebab dia terkejut dan cemas melihat Alicia *asal dia tu pepagi dah pandang aku macam tu. Aku ada buat salah ke? *ali berkata dalam hatinya sendiri lepas tu dia berjalan cepat dan duduk di kerusi sebelah Victor

"ey aku tengok kau mesra je dengan awek Korea tu. Korang ada apa² ke?" Victor mengangkat kedua-dua kening sambil bibirnya sudah mengukir satu senyuman sinis . Saja nak menyakat ali"dia siap bagi kau air lagi"

"ish mana ada apa. Aku dengan dia kawan je lagipun aku baru je kenal dia" Ali menjeling victor. Entah apa la yang di fikiran oleh kawannya sampai berkata begitu pula

"yelah tu" balas Victor lepas tu dia menyiku ali "tapi dia cantik kan? Suka aku tengok dia " kata victor dan tiba-tiba mereka dengar bunyi orang batuk di depan mereka

"uhukk uhukk ehem"

Mereka pandang ke depan dan mereka nampak Mia sedang pandang ke arah mereka . Perempuan itu menenung tajam ke arah victor

Victor sudah tidak senang duduk jadi dia segera membuka buku dan menutup muka kerana dia takut

Ali menutup mulut menahan ketawa " padan muka kau" bisik ali lepas tu Victor mengeluarkan penumbuk untuk menakutkan ali

"diam, kalau tak aku bagi kau penumbuk free" dia ugut ali tapi ali sikit pun tidak takut bahkan lelaki itu ketawa lagi sampai Alicia di sebelah Mia pun mengeluarkan iPad dan berdiri di depan meja ali

Ali terpaku

"nak bising lagi ke ali?" kata Alicia dengan tegas lalu ali segera menggeleng kepalanya dengan cepat seperti budak kecil kerana dia takut Alicia akan memberikan dia denda

Alicia memberikan satu senyuman tak ikhlas kepada ali lepas tu dia beredar dari situ dan kembali ke mejanya

"fuh~" Ali menghembus nafas lega. Lama juga dia menahan nafas waktu Alicia berada di depan dia tadi

etherealWhere stories live. Discover now