Bab 11

62 6 0
                                    

TERUS ternganga dua ulas bibir Qaisara mendengar kesuluruhan cerita Qadr bermula dari Qadr 'menyerang' Layla di Sedapnya Café sehinggalah Qadr menerima panggilan telefon daripada dia semalam. Hampir dia menjerit memanggil nama abangnya sepanjang Qadr bercerita tetapi nasib baiklah sempat ditahan kerana Layla ada di ruang tamu bersama-sama dengan Orked. Disebabkan dia tidak sabar untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di antara Qadr dan Layla; maka ditarik Qadr ke dapur. Dia ingatkan Qadr setakat mencari Orked di Sedapnya Café semalam tetapi rupa-rupanya Qadr berjumpa dengan Layla dan menyerang Layla.

"Ya ALLAH, angah! Kalau Sara jadi Kak Layla, memang dah melayang penampar Sara ni dekat muka angah tu tau. Mati-mati Sara ingat angah setakat pergi Sedapnya Café sebab nak check Orked ada kat sana ke tak. Rupa-rupanya angah siap serang Kak Layla," bebel Qaisara geram sambil menayangkan tapak tangannya ke arah Qadr. Jatuh durhaka tak kalau dia nak sekeh kepala abang sendiri?

"Sara tak faham betapa risaunya angah bila angah sampai rumah mémère (nenek) Orked tapi Orked tak ada. Mémère pulak cakap yang Orked dah balik rumah ni sebab Sara yang jemput Orked. Bila sampai rumah ni, korang tak ada. Macam orang gila angah call Sara tapi tak berjawab. The other clue yang angah ada ialah name card Layla yang ada dalam bilik Orked. Memanglah angah dah mula fikir bukan-bukan pasal budak perempuan tu sebab Orked asyik sebut nak pergi kafe Layla dari mula-mula kitaorang sampai sini." Terang Qadr panjang lebar.

Beristighfar panjang Qaisara mendengar cerita Qadr. Kenapalah pesimis sangat abangnya ini.

"Angah fikir apa? Fikir yang Kak Layla sorokkan Orked ke? Atau Kak Layla culik Orked?" soal Qaisara sambil berpeluk tubuh memandang Qadr yang sudah menyandarkan tubuh di tepi dinding dapur.

"Angah tak tahu, Sara. Macam-macam benda negatif yang ada dalam kepala angah waktu tu. Sara sendiri tahu yang Orked pernah hilang sebab ikut orang yang tak kenal dekat Sogo hari tu. Orked tu mana reti nak takut dengan strangers." Dengus Qadr sambil menarik rambutnya sendiri. "Kalau Orked betul-betul hilang dekat bumi Perancis ni, apa yang angah nak jawab dekat mama? Apa yang angah nak bagitahu mémère Orked? Orked tu amanah untuk angah." Tambah Qadr lagi.

Qaisara terus senyap. Walaupun nada suara Qadr kedengaran mendatar tetapi raut wajah abangnya itu nampak kusut. Qadr seolah-olah sedang menahan rasa hati sendiri.

"Kadang-kadang Sara rasa otak engineer macam abang ni ada keupayaan untuk berfikir di luar kotak yang sangat lain macam. Tak macam otak Sara yang budak arts ni. Mungkin sebab sel-sel otak angah sentiasa aktif berhubung kut." Seloroh Qaisara untuk menghilangkan ketegangan fikiran Qadr.

Qadr tidak ketawa tetapi hanya memandang Qaisara tajam.

"Sorry sangat-sangat pasal semalam, angah. Sara tahu sangat yang Orked tu macam nyawa angah," Qaisara sudah mengangkat tangan kanan dengan gaya macam orang nak menyebut ikrar. "Angah, Sara minta maaf sangat-sangat. Sara tak bermaksud nak buat angah risau macam orang hilang anak."

Jeda seketika dan Qaisara koyak sengih dengan tangan kanan automatik menggaru pipi sendiri disebabkan Qadr sudah mengerutkan dahi.

"Well, yes you are technically acting macam orang tengah hilang anak."

Kali ini terdengar bunyi Qadr mendengus. Siap dengan jelingan mata lagi membuatkan Qaisara koyak sengih lawa. Apa-apa perkara yang berkaitan dengan Orked pasti akan membuatkan Qadr cepat melatah.

"Dahlah, kita berhenti cakap pasal ni. Orked pun selamat aje dengan Sara semalam. Cuma..." Qadr mengeluh perlahan dan anak mata mencari Layla yang nampak rancak berbual dengan Orked di sofa.

Bonjour, Mon Amour (Akan Datang PBAKL 2023)Where stories live. Discover now