Bab 14

71 7 0
                                    

SEDAPNYA Café yang kelihatan cantik dengan dekorasi gabungan warna off-white dan gold itu meriah dengan kehadiran staf JS Corporation yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Sempena majlis makan-makan JS Corporation, Sedapnya Café ditutup daripada menerima pelanggan luar buat sementara waktu. Menu utama yang disediakan oleh pihak Sedapnya Café iaitu nasi tomato, ayam masak merah, dalca timun dan kari daging sememangnya mendapat perhatian terutamanya daripada kalangan staf yang merupakan rakyat Malaysia.

"How's the food?" sapa Layla mesra kepada beberapa orang staf yang berbangsa berbangsa Melayu. Dia dan Madame Ines baru sahaja selesai membantu Qadr untuk menerangkan menu hidangan mereka kepada ahli lembaga pengarah yang memuji keenakan masakan ayam masak merah.

"Sedap gila! Makan macam ni teringat pulak menu kalau pergi kenduri kahwin kat Malaysia. Siap ada roti jala lagi tu. Air sirap bandung. Menu hari ni memang feels like home sungguh. Lupa sekejap yang kita masih kat bumi Perancis," puji Ikhwan dengan ibu jari kanan dinaikkan ke atas.

"Alhamdulillah, lega dengar. Lepas ni kalau nak teringin nak lepaskan rindu dekat masakan Malaysia, boleh datang ke Sedapnya Café." Balas Layla ramah.

"I dah pernah pergi a few times sebelum ni. Setiap kali teringin nak makan nasi lemak mesti datang sini. I memang cam you sebab you are the only Malaysian staff kat sini kan?" balas kawan Ikhwan yang memperkenalkan dirinya sebagai Azril.

"Haah buat masa sekarang tapi I dah nak balik Malaysia dah lepas ni." Jawab Layla.

"You memang ambil course kulinari ke dekat sini? Sebab tu kerja dengan Sedapnya Café?" soal Ikhwan.

"Eh, tak. I ambil course network engineering. Graduated from ESIEE Paris tahun lepas. Sementara tunggu panggilan kerja yang sesuai dengan degree, I kerja dekat sini sebab memang memasak ni dah jadi macam passion I." Cerita Layla mesra.

"Eh, rasanya our office kat KL macam tengah cari network engineer. Ada try mintak tak?" soal Azril.

"Oh ya ke? Kalau macam tu bolehlah I try nanti." Jawab Layla.

"Insya-ALLAH ada rezeki you nanti." Balas Azril.

"Aminnn..." Kali ini anak mata Layla sudah meliar mencari Qadr. Baru sahaja tadi dia nampak Azad membawakan pinggan yang berisi nasi tomato kepada bosnya itu tetapi bayang Qadr tidak kelihatan di dalam kafe.

"Okeylah, I tak nak kacau korang makan. Take your time to enjoy the food ya," Layla lemparkan senyum sebelum dia meninggalkan Ikhwan dan Azril.

"Layla,"

Layla terus memusingkan tubuh dan kelihatan Azad yang sedang tersengih memandang dia.

"Bos saya cari awak tadi." Beritahu Azad.

"Kenapa?" soal Layla. Ditarik nafas dalam-dalam apabila tiba-tiba sahaja dada dia terasa berdebar lain macam. Ada yang kompelin dekat Qadr pasal makanan malam ni ke?

"Tak pasti pulak. Tadi dia nak tegur awak tapi sebab awak tengah seronok bersembang dengan Ikhwan dan Azril." Jawab Azad.

"Tak apalah, saya tengok bos awak tu kat luar kafe kejap."

"Layla, Ikhwan dengan Azril tu dah ada yang punya tau."

Terus langkah kaki Layla terhenti sebelum dia mengerutkan dahi memandang Azad.

"Hah?"

"Mamat dua orang tu dah ada tunang kat Malaysia."

Kali ini Layla lepas ketawa.

Bonjour, Mon Amour (Akan Datang PBAKL 2023)Where stories live. Discover now