Bab 13

78 5 0
                                    

"KAU boleh simpan cerita ni daripada aku sampai malam? Kenapa kau tak update dekat aku yang abang Sara tu dengan pak cik yang semalam tu ialah orang yang sama?" Bulat sepasang mata Dhiya memandang Layla yang sedang duduk bersila di sebelah.

"Yalah dah malam baru aku jumpa kau kat rumah. Siang kan kau ada kelas." Balas Layla bersahaja.

"Hantar Whatsapp dulu tak boleh? Ehhh...kau ni aku rasa macam nak cubit-cubit sampai lebam!"

Cepat-cepat Layla menjauhkan badan kerana selalunya jari-jemari runcing Dhiya memang laju sahaja mahu mengetam lengan dia.

"Eh tapi kan nama Sara tu kiranya ada 'Tengku' jugaklah? Kenapa kita tak tahu eh?" soal Dhiya sambil tangan sudah membuka bekas berisi macaroons yang dibawa oleh Layla tadi.

"Sebab Sara tak pernah bagitahu jadi macam mana kita nak tahu."

"Aku rasa-rasalah kan mesti famili Sara ni jenis famili kerabat yang down to earth. Tengoklah perwatakan Sara tu macam mana. Baik budaknya."

Layla terus berkalih memandang Dhiya.

"Beb, abang dia ni nampak macam garang kut. Tak sama langsung dengan perangai Sara yang mesra tu."

"Garang tak apa as long as jangan sombong, bongkak."

"By the way, tadi pak cik tu datang Sedapnya Café dengan PA dia."

"Pak cik tu nama apa sebenarnya?" soal Dhiya dan turut melabuhkan duduk di sofa berhadapan dengan Layla.

"Qadr Naufal." Jawab Layla.

"Nama tak macam nama pak cik-pak cik pun. Mesti pak cik tu hensem macam nama dia jugak kan?"

Soalan Dhiya membuatkan Layla terdiam sambil kotak memorinya mula terbayang Qadr dengan sepasang mata yang tajam itu. Sepasang mata yang akan menjadi sepet apabila lelaki itu tersenyum atau ketawa tetapi susah betul nak nampak.

"Mana boleh gunakan nama untuk tentukan orang hensem ke tak. Mengarut betullah teori kau ni, Dhiya."

Dhiya hanya ketawa senang.

"Eh tapi kan, nama kau dengan nama pak cik tu macam ada chemistry pulak."

"Dia main subjek kimia pulak dah!" Layla sudah mengerutkan dahi memandang Dhiya yang sedang tersengih lawa.

"Kau Layla dan dia Qadr. Macam nama malam lailatulqadar pulak," usik Dhiya dengan sengihan di bibir yang masih tidak pudar.

"Isy, mintak jauh! Pak cik tu dah ada anak seorang kut! Tamau aku dengan laki orang!"

"Kau ada nampak bini dia tak?"

"Memanglah tak nampak sebab dia datang sini atas urusan kerja. Sah-sah bini dia yang tengah kerja tak boleh nak ikut datang sini. Jadi, dia cuma boleh bawak anak dia je."

"Kau kata anak dia muka mix kan? Aku rasa memang wife pak cik tu orang sinilah sebab takkanlah dia saja-saja bawak anak dia datang sini tanpa sebab. Mesti dia nak bawak anak dia jumpa parents in law dia kat sini. Jadi, wife dia tak mungkinlah tak nak ambil cuti dan balik jumpa parents sendiri kat sini," Hujah Dhiya serius.

"Jadi?"

"Jadi, aku rasa ada kemungkinan besar pak cik tu duda. Sebab itulah dia datang sini dengan anak dia je."

Bonjour, Mon Amour (Akan Datang PBAKL 2023)Where stories live. Discover now