03

31 11 0
                                    

sorry tak boleh update selalu. aku busy. busy menganggur 💀







Haikal berjalan dengan riang menuju ke kedai runcit Cik Su. Masuk sahaja ke dalam kedai runcit, dia dah nampak bidadari yang dicari-cari.

Ouh indahnya pemandangan. Rezeki betul dia harini. Dah dapat 50 ringgit, nampak pulak pujaan hati.

Apa-apa pergi beli air dulu. Haus mat. Cuaca kat Malaysia sekarang ni panas macam apa.

Haikal mengambil satu air tin 100 plus lalu bergerak ke kaunter. Sempat jugak dia ambil kuaci yang kebetulan ade dekat kaunter. Lepastu ambil lolipop 3 biji.

"Hye Mawar" Tegur Haikal. Mawar hanya tersenyum sambik menekan kalkukator mengira harga semua barang yang Haikal letakkan.

"Cik Su takde ke?" Soal Haikal.

"Mak baru je gerak pergi majlis tahlil rumah Cik Enab" Kata Mawar. Haikal menganggukkan kepala.

"Mak pergi naik apa?" Soal Haikal.

Ciehhh pakai "Mak". Dia panggil macam dah jadi mak dia pulak.

"Naik motor dengan Cik Imah" Jawab Mawar.

"Nah! Semua sekali 5 ringgit 90 sen"

Haikal menghulurkan 50 ringgit yang ada dalam dompetnya.

"Abang takde duit kecik ke?" Soal Mawar.

Berdebar jantung Haikal dengan Mawar panggil dia abang.

Cehh padahal semua yang datang kedai tu Mawar panggil abang.

"Takde lah Mawar. Tu je yang abang bawak" Kata Haikal. Ada je sebenarnya duit kecik dalam dompet dia. Tapi sengaja nak suruh Mawar kira duit baki dia. Dapat lah dia lama-lama sikit kat kedai tu.

"Mawar tak takut ke jaga kedai sorang-sorang?" Soal Haikal.

Berkerut dahi Mawar dengar soalan Haikal. Buang tebiat ke apa jantan ni?

"Memang selama ni Mawar sorang-sorang kan?" Jawab Mawar selamba.

"Haish Mawar ni. Sekarang ni penuh dengan orang jahat tau. Kalau Mawar takut, abang boleh temankan" Terang Haikal.

"Berdua dengan abang dalam kedai ni lagi seram bang" Kata Mawar sambil menghulurkan duit baki Haikal.

"Ish Mawar! Jahatt mulut" Cemberut Haikal sambil terima huluran baki dari Mawar.

Kalau Iman nampak ni, memang kena nganjing tujuh keturunan si Haikal ni.

"Betul Mawar taknak abang temankan?" Soal Haikal.

"Hish! balik je lah!" Marah Mawar.

Auchh! Garrrangg~

"Okay fine!" Kata Haikal dengan pasrah.

Hatinya sakit setelah dihalau oleh pujaan hati.

"Sampai hati adinda halau kekanda" bisik hati Haikal.

Jijik Haikal! Jijik!

Disisi lain, Iman dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

Kebetulan dia nampak Hanif nak balik rumah. Rumah dia pulak dekat sebelah rumah Hanif. Baru je dia nak tegur-

"HANIF SYAHIR BIN ACHMAD!!"

Hah tu dah bergema. Jiran-jiran terus keluar nak tengok free show.

Walaupon dah biasa tengok, tapi tu lah. Dah nama pon kampung. Mana boleh terlepas gosip panas ni.

Terus kejung badan Hanif. Dia ni lupa ke rumah dia kat situ?

Lama dia kejung kat situ. Iman cuma boleh bertepuk dahi. Kenapa lah kawan dia ni bengap sangat.

Dah lama kejung, baru dia sedar yang dia kena lari.

Baru je nak lari, rambut dia dah kena tarik dengan mak dia.

"ARGHHH IBU SAKIT BU!!" Rintih Hanif.

"Ouhh tau pulak kau sakit! Yang kau pergi mercun pak imam tu? Kau pikir tak sakit ke hati dengan telinga aku ni dengar pak imam mengadu kat aku kau buat hal macam tu?!" Bebel si ibu.

"Huhu~ ampun bu! Hanif khilaf!"

Sekali lagi Iman tepuk dahi. Payah lah kawan dia sorang ni.

"Khilaf kepala bapak kau!"

"Bapak Hanif kat suami ibu!"

"Ouh melawann~ Kau melawan~" Hah keluar dah nada seram si ibu.

"Tak ibu! Hanif tak melawan! Hanif minta maaf bu!" Hanif berusaha melepaskan tarikan rambut ibu dia.

Ya Allah! Sakitnya! T_T

Jiran-jiran semua dah masuk dalam rumah. Tengok dari dalam je lah. Amukan kalini lain macam.

"Kau ni kan Hanif! Memang tak reti nak serik kan?! Ibu dah tak tau nak buat apa dengan kau ni! Kau nak aku sebat kau pakai apa lagi?!" Marah si ibu.

Hanif ni, memang selalu kena sebat dengan mak dia. Nakal macam tu kalau tak pernah kena sebat, tak tau nak cakap apa.

"Hiks taknak bu! Hanif janji takkan mercun pak imam lagi! Ni first and last!"

"First and last kepala otak kau! Eyyy aku geram betul lah dengan kau ni! Kenapa lah perangai kau macam ni?"

Ibu Hanif dah ambil paip luar rumah yang biasanya dia guna untuk siram pokok bunga.

"I- i- ibu!! Hanif sorry bu! Hanif khilaf! Hanif tak-"

Pap~

"ARGHHHHH! Sakit bu!" Jerit Hanif sambil cuba elak pukulan si ibu.

Iman yang dari tadi melihat hanya meringis.

Lebih baik dia masuk rumah sebelum dia pon kena sebat sekali. Seram betul mak Hanif kalini. Betul-betul marah tu.

Betul lah orang cakap. Biasanya kalau mak garang gila nak mampos, anak mesti perangai macam setan.











yoshh update

Kami Anak MalaysiaWhere stories live. Discover now