Ramdhan's Special

9 1 4
                                    

"Sahur! Sahur! Sahur! Sah- ADOIII! Sakit babi" Maki Hanif setelah kepalanya diketuk dengan Asyraf.

"Kau bangang ke apa tengah hari terik ni ajak orang sahur?" Marah Asyraf. 

Diorang ni dah lah tengah buat kerja terkutuk. SI Hanif ni boleh pulak terpekik terlolong ajak orang sahur. Mana member tak angin.

"Ala kau ni. Bukannya orang dengar pon. Kita ni tengah tengah kelapa sawit. Mana ada orang kat sini" Betah Hanif. 

Dia kemudiannya menyuapkan sesuap nasi ke dalam mulutnya. 

Apa nak jadi lah. Umur dah tua bangka, tapi puasa pon ponteng.

"WOIII! ANAK SAPE KAT TENGAH TENGAH KEBUN KELAPA SAWIT NI?!" Baru sahaja Asyraf ingin membalas, seseorang menerjah mereka dari jauh.

Apa lagi, lintang-pukang lah member berlari. Nasi bungkus yang diorang makan tu memang tinggal je lah. Waktu-waktu macam ni memang pikir nal lari dari kantoi je. Yang lain tu semua tolak tepi.

Keluar dari kebun sawit, mereka berdua terus berlari ke tempat lepak biasa. 

"Menyesal aku tinggal air aku" Kata Hanif dengan nafas tersekat-sekat.

Tak cukup nafas nok. Gila kau. Dia punya lari tu, Usain Bolt pon boleh kalah. Takut kantoi punya pasal.

"Semua salah kau lah ni Nif. Kau punya idea lah makan tengah-tangah kebun. Tak memasal kantoi. Nasib tak kena tagkap" Bebel Asyraf dengan mengah. 

Fuhh penat woo.

Baru sahaja Hanif ingin membalas, seseorang mencelah.

"Korang ni dah kenapa?" Soal Danial.

Tak! Masalah dia sekarang ni memang suka kacau orang time nak beraduh ke macam mana?

"Ermm kenapa tangan korang-" Belum sempat danial ingin menghabiskan ayat nya, Iman di sebelah membuat bunyi terkejut.

"Korang tak puasa eh?!" Soal Iman kecoh. Budak ni bab batu api memang nombor satu.

"SHHHHHH!!!!" Serentak Asyraf dan Hanif cuba untuk mendiamkan Iman. 

"Ish ish ish. Umur dah 17, tapi puasa pon tak penuh" Kata Haikal.

Megat yang hanya memerhati hanya mampu menggelengkan kepala. Sesetan-setan Iman, setan lagi dua ketul tu.

"Ni semua idea Hanif" Tuduh Asyraf. Hanif membuat riak wajah terkejut.

"Hahhh?!?!?! Eh hello! Kau yang ajak aku beli makanan tengah hari kat gerai Cik Kiah tadi tau. Aku cuma bagi idea nak makan kat mana je tau!" Pecah sudah tembelang.

"Asaghfirullahalazim. Korang ni tak takut dosa ke hah?" Marah Danial seperti seorang bapa memarah anaknya. 

Iman, seperti biasa, kepala bagi seluruh batu api, menganjing mereka berdua yang sedang dimarah.

Asyraf yang melihat Iman di belakang Danial terasa seperti ingin membaling kasut harga 500 ringit nya itu.

Naim sebagai ahli paling muda itu hanya diam sahaja. Member nak masuk campur, risau lepastu kena pelangkung dengan dua orang tu. 

Fahim yang baru tiba di tempat kejadian segera mengambil tempat duduk di sebelah Megat. 

"Apa kes ni?" Bisik Fahim pada Megat.

"Diorang ponteng puasa" Singkat dan padat.

LeeGaspp!

"Astaga" 

Mereka kembali memerhatikan Asyraf dan hanif yang masih lagi dimarahi Danial. 

Apa nak jadi lah dengan diorang berdua tu. Tak sangka selamani diorang kawan dengan setan. Ingatkan bulan-bulan mulia ni setan semua dah kena ikat. Rupanya ada lagi yang terlepas.

"Satu hari je Nial. Aku tak sahur pagi tadi"

"Aku pon tak sahur" Celah Naim.

Kecut perut terus member lepas dapat jelingan maut dari Asyraf. Naim terus berlari mengambil tempat di sebelah Fahim. Lengan Fahim dipelik sambil mukanya disorokkan belakang Fahim.

"Oi oi! Siapa suruh kau jeling anak aku tu?" Marah Danial. Iman hanya mampu tergelak melihat karenah mereka.

"Tak sangka korang lagi setan dari aku" Ujar Iman laru berjalan mengambil tempat di sebelah Naim. Biar lah diorang settle sendiri. 

"Dah korang basuh tangan tu, kita gerak masjid. Dah nak masuk zohor" Ujar Megat. Ini kalau dibiar, lagi lama lah dua ekor tu kena bebel dengan danial.

Dalam hati Asyraf dan Hanif sudah bersorak riang. Rasa macam nak sujud syukur je kat situ. 

"Hanif, kau jangan buat hal. Jangan kacau pak imam harini kalau tak aku bagitau mak kau, kau ponteng puasa. Yang kau Asyraf, kau pon sama. Jangan sampai aku viralkan kau yang kau tak puasa" Bebel Danial

"Ala kau takde bukti" 

"Tapi aku ada ramai saksi kalau kau lupa" Balas Danial.

Berani-beraninya Asyraf pandang rendah kat dia.

Fahim bangun dari duduk nye.

"Siapa lambat sampai masjid kena belanja makanan kat bazaar" Ujar Fahim lalu berlari mengambil motornya. 

"Eh eh-" Ni namanya nak menaniaya kawan. Member dua orang tu tak basuh tangan lagi.

"Ermm Asyraf. Kau lah eh yang belanja. Aku takde duit ni. Mak aku tak bagi duit belanja sebab baling mercun kat pak imam haritu" Hanif cuba memujuk Asyraf untuk mengalah dengannya.

Asyraf menjulingkan matanya. Dah terbiasa. 

"Hmm" Balas Asyraf. 

"Yesss!" Hanif melompat gembira. Dengan laju dia membasuh tangan lalu menghentikan motor entah siapa untuk menghantarnya kemasjid.

Maklumlah, motor kat rumah. Buat kerja terkutuk takkan nak bawak motor. Kantoi lah kalau parkir motor tepi kebun. Naya nak amik motor tu. Silap-silap kena sidai kat balai tunggu tuannya ambil.

Tak bawak motor pon kantoi, apetah lagi kalau bawak motor. Naya pak karim.






Trust me, aku always hampir tertulis nama korea diorang. Plus actually aku banyak gila kerja. Assignment jangan tanya lah. Presentation lagi. Tapi demi menunjukkan yang aku hidup lagi, so here i am.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kami Anak MalaysiaWhere stories live. Discover now