PROLOG 3

435 38 2
                                        

NEVER-MINE
Jangan jatuh cinta pada aku...

-

"Mak, Naqib nak pergi jumpa Qi sekejap," pinta Naqib sebaik barang-barang yang hendak mereka bawa bagi proses pemindahan selesai dimasukkan ke dalam kereta. But kereta hanya dipenuhi dengan beg-beg pakaian dan barangan penting sahaja memandangkan barang-barang lain sudah dibawa oleh lori sewa.

"Boleh, jom." Saat itu, sepasang mata Naqib bertaut dengan anak mata seseorang yang sedang memandangnya lama dari tangga rumah.

"Come, join me!" Terkebil-kebil sepasang anak mata itu apabila Naqib tiba-tiba mengajaknya sekali. Ingatkan Naqib hendak keluar bersama ibu mereka ke mana-mana dahulu lalu pulang kembali dan membawanya pergi bersama.

Dia dibesarkan di luar negara, manalah nak faham bahasa yang digunakan mereka dua beranak. "Where to?" soalnya ramah sambil kaki sudah menyarung selipar. Langkah dibawa mendekati Naqib Alauddin yang seang tersenyum manis ke arahnya.

"Her house," jawab Naqib bersama senyum manis. Dia memang ada berhasrat hendak mengenalkan Rifqi dengan susuk ini namun belum berkesempatan dek dia sendiri sibuk ke sana ke mari menyempurnakan segala macam prosedur untuk berpindah sekolah yang terletaknya merentas benua dari tempat asal dia duduk sekarang.

Lelaki yang diajak itu sedikit teragak-agak. Entah kenapa, kejadian yang menimpanya dengan gadis yang sering diceritakan oleh Naqib Alauddin malam tadi masih belum diceritakan kepada Naqib. Dia masih teringat-ingat dengan sepasang mata bundar menatapnya penuh kemarahan malam tadi.
Pukulan menggunakan bantal yang menerpa badannya waktu itu bahkan seperti masih terasa.

Pelukan-

"Wanna come?" Perhatian kembali terpasak ke arah Naqib yang memandangnya bersama sebelah kening terangkat. Tanpa menanti lama, senyum dia kulumkan dan anggukan diberikan ke arah Naqib dan ibunya yang sedang menanti di sisi kereta.
Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk mereka tiba di rumah ibu saudara Naqib Alauddin. Belum pun sempat Naqib hendak keluar, sudah dia diserang oleh si gadis.

"Uddin!" Naqib hanya tersenyum manis ke arah si gadis yang sedang kalut-kalut menyarungkan selipar untuk berlalu ke arah Naqib. Rambutnya diikar kemas gaya ekor kuda. Wajahnya bersinar-sinar. Si jejaka yang terasa dipanggil dengan panggilan itu sedikit tersentak. Kenapa-

"Rifqi used to call Naqib as Uddin. She is really that kind of girl. Never care what it takes, she shall do what she wanted to," jelas ibunya tanpa dipinta. Si budak lelaki yang tingginya hampir sama dengan Naqib hanya mengangguk tanda faham.

"Don't wanna come out and greet her?" Si budak lelaki tersentak dengan tawaran si ibu. Dia mengetap bibir sebelum menggeleng.

"Maybe next time," jawabnya perlahan. Entah kenapa dia segan yang teramat. Dia tak sanggup kalau budak perempuan merangkap adik saudaranya itu sedar tentang kewujudannya. Dia juga masih belum bersedia untuk memperkenalkan diri di hadapan seapsang mata cantik yang memasung fikirannya sejak malam tadi. Mungkin orang lain akan menganggap dia ini terlalu dramatik tetapi perasaannya valid. Dia tahu itu.

"Later when the time comes, i shall greet her."

Hanya anak amta dibiarkan menjadi sapaan kepada si gadis. Cermin kereta ini gelap dari luar maka dia yakin, si gadis tidak sedar bahawa dia sedang menatap budak kecil itu lama. Senyumannya merekah hambar saat si gadis membuat muka masam sewaktu diminta bergambar dengan Naqib Alauddin sedang ibu gadis itu mengambilkan gambar berkenaan.

Tanpa diminta sesiapa, tangan menyeluk poket. Telefon bimbit diambil dan satu keping gambar di gadis turut sama dia ambil senyap-senyap.

Click!

Let's meet one day, sweetie.

NEVERMINE | EDITED VER [C]Where stories live. Discover now