BAB 21

89 13 2
                                    

Selesai menunaikan solat asar, aku duduk berteleku beralaskan sejadah. Lama termenung, mati kutu tak tahu apa nak dibuat. Bila tengok jam, baru pukul lima petang. Di Stockton, waktu siangnya adalah lama memandangkan matahari terbit pada lingkungan pukul empat manakala ia akan terbenam pada pukul lapan malam.

Telapak tangan dibawa melekap ke dahi, masih panas. Tapi aku bernasib baik kerana hanyalah demam urat jadi tiadalah batuk dan selsema. Kalau tak, macam mana aku nak berlawan... esok?

Esok tournament!

Terus aku lipat kain telekung dan disangkut dalam almari. Minyak cap kapak atas meja aku capai sebelum dicalit sikit ke kedua-dua belah pelipis.

Ting Tong!

Langkah yang pada awalnya hendak ke ruang latihan, berubah arah. Pintu utama terus aku tuju. Mata aku cuba sejajarkan dengan kedudukan lubang kecil di pintu, ingin lihat siapa yang datang.

Kyle!

Entah kenapa aku rasa teruja.

Gila.

"Kyle!" teriakku selepas pintu berjaya dibuka. Disebabkan kepala aku masih berpusing dan berpinar, aku menapak turun secara perlahan.

Kyle yang ada di luar terkejut dengan sergahan aku. Keningnya ternaik sedikit sebelum dia buang pandangan ke arah lain.

"Makanan..."

Kyle macam berat mulut. Sebungkus plastik besar berisi dihulurkan kepada aku dari jauh lagi.

"Apa ini?" Entah sejak bila aku boleh jadi ringan mulut ini.

"Makan petang sekali dengan dinner. Aku masak siap-siap sebab lepas ni aku kena keluar. Ada hal," terang Kyle tapi sedikit pun dia tidak bertentang mata dengan aku.

Dia takut jangkit demam dengan aku ke?

"Demam kau... dah baik?"

"Belum." Aku teliti dia dari atas ke bawah. Pelik semacam dia hari ini.

"Jangan lupa makan ubat. Assalamualaikum."

Belum sempat dia berpaling, aku dah tahan dia dulu. "Kau kenapa Kyle? Kenapa kau tak sudi nak tengok muka aku ke? Kau takut berjangkit? Atau aku ada buat kau terasa semalam?" Bertalu-talu soalan diajukan. Memang bukan macam Aya yang sepatutnya. Aku dah kena rasuk hantu Kyle!

"Aku sibuk sekarang. Jaga diri elok-elok, Aya. Don't forget to eat your medicine.." Langsung Kyle mengorak langkah berpatah balik.

"Stop, Kyle."

Arahan aku dibiarkan sepi. Kyle masih berjalan meninggalkan perkarangan rumah aku.

"I said, stop right there."

Atur langkahnya berjaya aku tahan. Namun kali ini, dia berdiri membelakangi aku. Seolah-olah dia memang tak sudi nak lihat aku.

Aku benci.

"Where is your 'my lady'?"

Soalanku sememangnya membuatkan Kyle tergamam. Lambat-lambat dia menoleh bersama wajah yang jelas keliru.

"Aku nak kau jujur..."

Aku cuma nak tahu satu kebenaran saja. Betul ke apa yang Shareef kata?

"Kau suka aku?"

Matanya meluas serta-merta. Langsung tak percaya soalan ini yang diajukan aku. Aku perasan, bahasa badannya mula berubah. Nafasnya berat dan payah. Betul ke?

MISTERIOWhere stories live. Discover now