BAB 25

81 12 5
                                    

Putih. Itulah suasana yang boleh aku gambarkan ketika ini. Majlis perkahwinan Fatin yang diadakan di dewan komuniti berdekatan rumah Mak Ngah, bertemakan warna putih yang suci. Dewan yang dihiasi dengan kain gebar putih yang juga pelamin yang serba putih. Dan baju pengantin juga, semestinya putih.

Di sini aku, duduk di sebelah Fatin dengan berbaju kurung kelabu sewaktu menunggu pengantin lelaki selesai melafazkan akad. Dari tadi, tangan aku masih dalam genggaman Fatin. Dapat aku rasa tangannya yang sejuk dan berpeluh.

Dia nervous lah itu.

“Weh, Aya. Lama lagi ke bakal laki aku tu nak habis cakap? Aku dah rasa seram sejuk ni.” Tangan aku digenggam lebih erat.

“Aku tahulah kau tak sabar nak berlaki. Tunggulah sekejap, mamat tu pun tengah nervous jugak,” perli aku.

“Aku bukan apa Aya. Aku tak tahan nak kencing sekarang ni.” Fatin berbisik perlahan ke telinga aku.

Mata aku jatuh ke pahanya. Mana tak tergelak aku bila tengok kaki dia dah terkepit.

“Kau kencing jelah atas pelamin ni."

“Gila!” Lengan aku dicubit Fatin.

Aku angkat bahu, malas nak layan perangai tak semenggah dia. Yang aku tahu, tugas aku di sini hanyalah sebagai pengapit dan bukan peneman dia nak pergi tandas nanti.

“Nanti kau tolong teman aku nak pergi—”

“Tak nak.” Belum sempat Fatin habis cakap, aku dah mencelah dulu. Aku dah kata aku tak nak.

Dapat aku dengar dia merengus. “Tak guna punya sepupu.”

Hampir beberapa minit tunggu, akhirnya Fatin sah jadi isteri kepada seorang tentera yang berasal dari Sabah. Selesai acara pembatalan wuduk, memang terus saja perempuan itu berlari pergi tandas.

Aku dan Mak Ngah hanya geleng kepala. Tak tahu dah nak buat macam mana dengan perangai dia. Tak boleh nak dibantu lagi.

“Fuh... lega mak.” Fatin pegang perutnya sebaik sahaja kembali ke sini.

“Kau ni tak malu betul! Engkau pergi naik pelamin sekarang. Kang orang ingat pengantin perempuan lari dari majlis, mana nak letak muka lawa aku ni?”

Lengan Fatin ditepuk-tepuk Mak Ngah. Mengaduh sakit jugalah dia sebelum naik ke atas pelamin untuk sesi fotografi.

Majlis kahwin Fatin, berjalan lancar sehingga ke petang. Majlis dia akan berakhir malam, dan disambung lagi dengan makan-makan bersama keluarga terdekat.

Mataku jatuh pada jam di tangan. Dah nak dekat pukul empat, dan kelibat si Kyle masih tak ada. Aku dah cakap pada dia yang Athif akan sampai lagi beberapa minit. Tapi batang hidung mamat Inggeris celup itu pun masih tak nampak lagi.

“Cis, Kyle ni... dia nak kelentong aku pulak ke?” bisik aku perlahan sambil mata masih tekun periksa mesej di telefon. Mana tahu tiba-tiba dia kata tak jadi, boleh aku buat pelan B.

Dan pelan B itu ialah, melarikan diri.

“Asyik tengok jam je kau, dah tak sabar nak jumpa Athif ke?” Mak Ngah tahan senyum.

Aku mengeluh, sebelum geleng perlahan. Mak Ngah tak tahu yang aku dah ada rancangan lain nak mengelat anak kawannya.

“Orang tengah tunggu insan bertuah lain ni.”

Mak Ngah tenung aku makin dalam. “Kau jangan cakap pulak kau tengah tunggu lelaki lain.”

Dan bila aku masih diam, Mak Ngah jadi makin curiga.

Orang tua ini baca fikiran aku ke apa?

“Kau jangan Aya...”

Aku berdeham, langsung mengorak langkah ke meja hidangan makanan. Takut kantoi pula lama-lama duduk dengan Mak Ngah. Dia tu bukan boleh dibuat main. Pengorek rahsia kelas satu.

Pinggan aku ambil sebelum mencedok satu senduk nasi minyak. Tak banyak, tapi bolehlah buat kenyang perut. Aku ambil lagi seketul ayam masak merah, dan satu senduk daging masak hitam. Sampai pada acar timun, aku berkira-kira nak ambil atau tak.

Lama berfikir, aku toleh semula ingin ke meja makan. Belum sempat aku melangkah, satu suara garau berjaya menghentikan aku.

“Tak makan timun?” soal si dia sambil tersenyum nipis.

Aku hanya menggeleng sebelum ingin berpatah balik. Tapi dia masih lagi cuba nak melengahkan masa aku.

“Tak nak cuba? Tak sedap tau kalau tak ambil acar bila makan nasi minyak.” Dia angkat satu senduk kecil acar timun, sebelum dihulur ke pinggan aku.

Cepat-cepat aku jauhkan pinggan aku. Dah macam budak dipaksa makan sayur aje.

“Tak suka.”

“Nanti dah kahwin, awak kena suka,” ujarnya selamba.

“Asal pulak?” Ekor mataku jeling dia tajam.

“Sebab saya suka.” Dia angkat bahu.

“Entah siapa dia ni. Merepek je,” gumamku sendiri sebelum bergerak ke sebuah meja bulat yang masih kosong. Ramai tetamu dah mula balik, menyebabkan banyak meja yang kosong.

“Aya! Sini pun kau!”

MISTERIOWhere stories live. Discover now