BAB 53

67 12 3
                                    

Badan aku merasa kesakitan yang maha hebat. Seluruh tubuhku kaku, tidak dapat bergerak. Mata dicelikkan melihat keadaan sekeliling. Haih, tempat gelap lagi. Tak ada tempat lain ke? Dah bosanlah.

"When the proffesor are coming?"

Telinga aku menangkap suara orang sedang berborak. Aku tak dapat melihat mereka. Tak dapat aku pastikan berapa orang yang menghampiri ketika ini.

"What are we going to do with her?"

"Let's wait for the professor."

Suara mereka semakin mendekat. Lantas aku pejamkan mata, berpura-pura masih pengsan.

"Snake, kau dah sedar?" soal Tuan Mahmud melalui alat di telinga. Rupanya, si penculik masih tidak sedar dengan kewujudan radio earpiece ini.

"Snake, jawab." Aku masih membisukan diri. Tak mahu mereka perasan yang aku telah sedarkan diri.

"Snake!" Isy, diamlah! Pekak telinga aku nanti.

"Hmm." Aku hanya berdeham perlahan. Tak cukup kuat untuk penculik itu perasan. Namun cukup untuk anggota lain mendengarnya. Dapat aku dengar bunyi deruan nafas kelegaan di telinga. Pasti semua risau ketika aku tidak menjawab.

"Jawab dengan deheman sahaja. Sekarang, kau ada di tempat tu?"

Aku cuba mencelik. Mata dipicingkan melihat keadaan di sekeliling. Seperti yang Tuan Mahmud harapkan, aku sememangnya berada di makmal mereka.

"Hmm."

Tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi desingan yang maha kuat. Entah dari mana datangnya bunyi itu. Terlalu nyaring sehinggakan aku hampir mencabut alat di telinga.

Akhirnya signal hilang begitu saja. Aku sudah terputus talian dengan mereka yang lain.

Bang! Bang! Bang!

Bunyi tembakan bergema di setiap sudut. Aku dapat dengar bunyi peluru bertalu-talu, aku dapat dengar bunyi pintu besi diceroboh. Masalahnya, semuanya itu bukan berlaku di dalam makmal ini.

Barangkali aku berada di tempat lain. Huru-hara di sana turut sama terkesan di sini. Suara manusia-manusia di dalam bilik ini juga berubah cemas. Akhirnya aku dapat dengar bunyi pintu ditutup.

Ah, aku pun tak nak duduk diam!

Segera aku celikkan mata. Silap mereka sebab tak ikat aku dengan tali, dengan mudah aku berjaya turun dari meja panjang itu.

Klik.

Itu bunyi picu pistol yang ditarik. Ah, aku tertangkap. Lambat-lambat, aku memusingkan badan. Kedua-dua tangan diangkat ke udara, sejajar dengan kedudukam kepala.

"Nak pergi mana?"

Aku gulingkan mata ke atas. Bodoh betul soalan dia. "Nak larilah, nak pergi mana lagi?"

Lelaki berkot coklat yang belasah aku malam tadi. Dia senyum miring. Tengok dia senyum pun dah buat aku naik menyampah. Kau tunggu, aku belasah kau balik sekejap lagi.

"Duduk balik atas tu." Bibir lelaki itu dijuih ke atas meja.

Aku melangkah ke meja. Semakin dekat, dan semakin dekat dengan lelaki itu. Dia pula yang berganjak ke belakang. Pistolnya semakin dekat dengan dahi aku. Kini giliran aku pula yang senyum miring.

"Berani kau nak tembak aku?"

Dia meneguk liur. "Kau jangan cabar aku."

"Tembaklah. Aku yakin bukan itu yang bos kau nak." Alis keningku terjongket sedikit.

MISTERIOWhere stories live. Discover now