End.

20.7K 619 44
                                    

So, this is it. The last one :)))))) Thank you to the readers, a lot of love from me, dearest <333333 So happy sebab cerita ni dah di luar jangkaan saya. Omaii ><



Aku berlari mencapai gaun merah yang aku sedia seawal lima petang tadi. Sempat jam dinding berwarna coklat merah bertemakan pantai itu aku pandang. Lagi beberapa minit lagi si abang ni nak balik. Baik aku cepat! Dengan kadar segera aku menukar pakaian. Daripada t-shirt biru dan skirt pendek kepada gaun merah itu. Gaun merah itu diberi oleh Hada semasa anniversarry kami yang kedua. Genap dua tahun kami bersama. Dan sekarang, aku dan Erwan, bahagia! Sangat bahagia!

"Mama! Look at your daughter here!"

Terhenti tangan aku daripada mencalit lipstick. "Amir Farhan, could you please help me with your lil sis, honey?" dengan separuh muka sudah ditacap, aku keluar untuk melihat anak-anak aku. Anak? Haha! Dan setakat ini, dah ada tiga anak aku. Bangga kejap. Hahahahaha!

Amir membuat mukanya apabila melihat si adik bersungguh-sungguh menangis. Macam sedih sangat. Dan kemudian dia melihat aku. "Why so beautiful, mama?" soalannya berjaya membuat aku ketawa.

"Sebab hari ini genap tujuh tahun mama dengan papa kahwin."

Amira Fadlin berhenti menangis. "Anniversarry?".

"Diamlah adik!"

Dan Amira Fadlin kembali menangis. Aku mengurut sedikit dahi. "Amir Fadhil, come over here!" aku memanggil anak sulungku yang berusia enam tahun. Dengan gayanya, aku percaya dia mewarisi daripada papanya. Handsome!

"Ye mama? Nak Dhil jagakan adik?".

Dia memang mewarisi papanya! Aku mengangguk. "Terima kasih sayang," aku mengucup dahinya, dan dua lagi anak aku. Malam ini akan jadi malam yang perfect!



Erwan membuka pintu. Pelik. Selalunya Amy akan menyambutnya di pintu tetapi hari ini rumahnya sangat sunyi. Mana semua orang? Dia meletakkan kot dan beg di sofa. Terus dia berbaring di situ. Rasa rindu kepada isterinya menggunung tetapi mana sang isteri? Erwan rasa kecewa apabila isterinya tidak menyambutnya di pintu setelah dia berpenat lelah di pejabat. Projek yang baru diterima hari ini memang membuatkan dia tersenyum gembira.

"Aduh!" perutnya berokestra. "Lapar pulak!" laju dia menuju ke dapur. Demi melihat meja makan yang kosong, Erwan rasa lemah. Isterinya tidak memasakkah hari ini? Berlalu pula dia ke peti sejuk. Dibuka.

"Kosong!" Erwan menutup kembali dengan kasar. Baru dia teringat. "Semalam Amy ada cakap yang barang dapur dah habis. Aduh!" dia menepuk dahi.

"Eh?" terkejut rasanya apabila ada tangan memeluknya daripada belakang. Kulit putih dan mulus itu semestinya milik isterinya. Dia rasa tergugat pula apabila terhidu bau manis minyak wangi yang dipakai isterinya.

"Sa- sayang, kenapa?" Erwan menelan air liur.

Amy hanya mampu ketawa. "Kenapa cuak sangat ni sayang?" Amy mengusap belakang badan Erwan. Hampir sahaja dia terbahak melihat reaksi suaminya sebegitu.

Erwan menukar reaksi muka. Aku kena jual mahal! Erwan menarik muka masam. "Mana makanan? Abang lapar!".

Amy masih tersenyum. Nak main tarik tali, huh? Kita tengok nanti. "Abang nak makan?".

Erwan mendengus lalu berpeluk tubuh menyebabkan sepasang tangan Amy melepaskan pelukan tadi. "Kenapa bijak sangat isteri abang ni. Dah kata abang lapar takkan abang haus pulak!". Eeee bini aku ni, apasallah semacam malam ni. Kang aku eee sabar Erwan, sabar.

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now