Chapter 27

10.3K 285 3
                                    

Banyak kali Erwan memujuk aku untuk makan malam. Berkali juga dia mengeluh ketika aku menggelengkan kepala aku. Aku duduk di hujung penjuru dan mendiamkan diri. Jijik dengan diri sendiri. Entah kenapa, aku sedih tengok wajah Erwan yang susah hati begini.

"Amy, please makan sayang. Nanti sakit. Please? Demi abang?".

Kata-katanya langsung aku tidak menyambut. Dia mengeluh dan sekali lagi bangun dan menuju ke dapur. Mungkin mahu mengambil makanan 'lagi'. Aku menjeling beberapa juadah yang Erwan bawa ke bilik.

Apakah harus aku lakukan? Melepaskan dia? Haruskah aku? Mata aku memerhatikan langkah Erwan yang menatang semangkuk bubur. Aku merapatkan kepala ke lutut. Sungguh aku letih dengan hidup aku sendiri. Aku penat jadi begini.

Bunyi telefon bimbit mengejutkan aku. Aku mencapai telefon. Suraya Aleeya?

"Leave me alone."

Erwan pada mulanya tidak mahu peduli. Apabila aku menjegilkan mata, segera dia menghadiahkan keluhan dan berlalu pergi. Aku tahu dia menyampah dengan aku. Aku tahu dia sakit hati dengan aku. Jadi, aku rasa aku harus teruskan plan aku.

"Helo."

"Kau pergi mana Amy? Puas aku cari kau dekat rumah kau. Rumah Erwan pun kau tak ada."

Aku senyum kecil. "Seronok dating dengan kekasih?".

"What?!".

Reaksi Suraya mengejutkan aku. Bukankah dia perempuan yang aku lihat sedang bermesra dengan Erwan sebentar tadi? "Bukan kau ke jumpa dengan Erwan dengan kafe?".

"Helo? Bila masa pulak aku dengan Erwan dah berbaik ni? Amy, wake up! Aku ada dekat Melaka ni. Kau dekat mana? Biar aku pergi sana. Ke, kepala kau terhantuk lagi ke sampaikan ingat perempuan yang kau tengok dengan Erwan tu, aku?".

Aku ternganga. Jadi, Suraya bukan perempuan yang bersama dengan Erwan. "Su, kau nak diakan?".

Aku pasti Suraya sedang tersenyum di hujung panggilan. "Mestilah nak. Aku pasti, kalau satu Malaysia kenal Saiful Erwan, mesti semua perempuan akan tergilakan dia. He's perfect!".

Terguris hati aku mendengarnya. "Baiklah. Kita berdua akan lebih serius selepas ini."

 "Apa maksud kau?" semestinya Suraya berasa pelik. Aku mengeluh. Serius, rasa sayang padanya semakin bercambah namun kejadian tadi, membuatkan aku berfikir dua kali untuk menyemai rasa ini. Aku rasa, aku patut mengalah. Berkorban. Aku sudah jijik.

"Do anything for make him yours. Selewatnya hujung bulan ini. Aku pasti kau tak sabar nak jadi milik diakan?".

Suraya terdiam. Mungkin berfikir tentang apa yang perlu dia lakukan untuk mengikat Saiful Erwan menjadi miliknya. Aku masih lagi menunggu. Sempat melihat jam dinding yang bergerak perlahan.

"Sayang? Abang ada masak nasi goreng ayam! Mehlah makan!" demi mendengar jeritan Erwan, aku cepat-cepat mematikan talian. Aduhai. Janganlah dia dengar apa yang aku rancangkan tadi. Haish.

"Sayang?".

Erwan. Perangai dia berubah-ubah. Kejap sayang aku. Kejap sayang Suraya. Dengan siapa pun aku tak pasti. Yang penting dia bertuah. Dicintai oleh ramai wanita yang sempurna. Aku ini? Hanyalah wanita yang biasa yang memiliki buat sementara. Selepas ini dia pasti akan bahagia bersama Suraya!

***

AKU tak tahu kenapa hidup aku begini. Mahu salahkan takdir? Itu yang diaturkan oleh Tuhan. Tak mungkin bisa aku menyalahkannya. Siapa yang harus tanggung kisah ini? Berpanjangan. 

Erwan tak ada. Dia pergi kerja. Tinggallah aku sendirian di rumah. Apa yang boleh aku lakukan?

Telefon berbunyi. Siapa?

"Helo?".

"Amy."

Suara ini lagi. Aku benci. Dia mengingatkan aku betapa jijiknya diri ini. Dialah penyebab, aku bakal kehilangan Erwan. Walaupun sebenarnya, aku memang akan serahkan lelaki itu kepada Suraya Aleeya. Wanita yang dicintainya dua puluh tahun yang lepas!

"Be mine. I'll make sure that you'll be the most happinest woman in the world."

"Kenapa aku kena percayakan kau? Sedangkan kau yang buat aku hilang kepercayaan. Kau yang mula dulu."

Dia mengeluh. "Trust me?".

Aku terdiam. Mungkin, jodoh aku dengan Erwan tak lama. Mungkin, jodohku bersama dia. Mungkin!

"Baiklah."

"Terima kasih sayang!".

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now