Chapter 31

11.2K 314 7
                                    

Suraya menghentak meja dengan buku yang baru dibacanya tadi. Rasa geram mencengkam diri ketika ini. Difikirkan jika ketiadaan Amilyn, Erwan akan kembali kepadanya. Namun cinta Saiful Erwan itu terikat mati buat Amilyn Maisara. 

Suraya berjalan ke hulu dan hilir. Selama ini dia sering menunggu Erwan. Cinta di dalam hati hanya untuk Erwan sahaja. Selama ini dia yang bodoh sebab melepaskan Erwan begitu sahaja. Dia yang buta kerana tidak nampak kasih yang dihulurkan adalah kasih sebenar Erwan.

"Sue, rileks beb. Yang kau resah semacam ni kenapa?" datang Firsya dengan dua gelas nescafe untuknya dan Suraya.

Suraya mendengus geram. Disambar kasar huluran itu dan diteguk rakus. Terkejut Firsya melihatnya. "Kau ni dah kenapa? Tenang. Cool. Janganlah emo macam ni. Takkan dengan gelas tu pun kau nak telan?".

Lawak Firsya tidak dapat menghiburkan Suraya. Akhirnya Firsya mengambil duduk di sofa sambil menyelak suratkhabar yang tidak dibaca pagi tadi. Malas dia mahu mengambil kisah tengah Suraya yang sedang berangin itu. 

"Fir, tolonglah aku. Aku nak Wan. Aku sayang dia sangat-sangat."

Firsya mengangkat muka. Rasa simpati bermukim di hati apabila melihat wajah kusut Suraya Aleeya itu. Dia mengeluh dan bersandar ke sofa. Tepat ke mata Suraya dia menelan.

"Kalau ada jodoh tak ke mana. Aku tak naklah kau desperate sangat sampaikan tak ada kumbang lain dalam dunia ini. Erwan tu, bukannya dia sorang yang perfect."

Suraya menunduk. Tapi aku sayang dia, Fir.

"Lupakan ajelah. Dia tu masih lagi suami orang."

Kata-kata Firsya menusuk ke dalam hatinya. Perkataan suami itu menyentaknya. Entah kenapa, dia merasa sayu pula. 

***

 "Kau cari new PA ke Wan?" Saahari menegur Erwan yang sedang mengelamun di dalam biliknya. Tersentak lelaki itu sehingga terjatuh gambar seorang wanita. Wanita yang amat dicintainya. Saahari menapak masuk dan mengambil gambar itu.

'Tersenyumlah kau wahai adikku,' Saahari terasa sebak. Wajah Amilyn Maisara yang sedang tersenyum sambil memeluk Erwan membuatkan hatinya sedih.

"What you were asking just now?" tanya Erwan kembali. Hatinya masih lagi tidak terdaya untuk meneruskan kehidupan. Dia merenung perilaku Saahari yang meletakkan gambar kesayangannya di atas meja. 

"No. Just, kau tengah cari PA baru ke? Dengar cerita PA lama kau kena buang kerjakan?" teka Saahari. Dia pun malas mahu membangkitkan kisah lama.

Erwan mengangguk kecil. Dia berdiri dan mengambil gambar tadi. Disimpan di dalam laci dan kemudian berjalan keluar diikuti Saahari. 

"Selamat pagi bos. Encik Erwan."

Mereka berdua tersenyum sambil mengangkat kepala.

"Yes. Susahlah tak ada pembantu ni. Kalau boleh carikan aku okay? Tak sanggup kerja sensorang. Siapa nak handle jadual aku? Takkan aku juga?".

Saahari senyum. Tahu ke mana hala tuju Erwan.

Erwan masuk ke dalam dan menuju ke singki. Diambil gelas dan dibancuh air milo untuk dirinya dan Saahari. Saahari menggeleng perlahan. Sikap adiknya itu berbeza sungguh dengannya.

"Bos!".

Mereka berdua memandang ke belakang. Seorang gadis yang serba ringkas sedang memandang mereka dengan pandangan yang takut. Erwan mengerutkan dahi. Kenapa sebelum ini dia tidak pernah melihat gadis ini? Dan, rupanya. Wajahnya seperti, Amilyn.

"Kenapa Mia? Anything wrong?" tanya Saahari. Takut pula dia mahu melihat reaksi Erwan setelah melihat wajah gadis ini. Saahari memandang Erwan yang sedikit tergamam. Adakah Erwan dapat menerima ini?

"Kenapa bos yang buat air ni? Biarlah saya yang buat," dia memampir dan mengambil gelas di tangan Erwan. Gadis bernama Mia itu meneruskan apa yang Erwan tergendala tadi.

"Amilyn?".

Dia mengangkat wajah. Serta merta, jantung Erwan terasa kencang. Perasaan itu, dia tidak dapat menggambarkannya.

"Saya bukan Amilynlah bos. Apalah bos ni. Amy tu bos terbalikkan. Jadi Mia. Mia Nasuha. Itu nama saya. Selama ni saya tak nampak pun bos. Bos ke mana?" tanyanya selamba. Memang benar Mia banyak mulut itu yang menyebabkan ramai yang menyenanginya. Dan ramai juga yang memanggilnya Amilyn. Pelik juga.

"Oh. Sorry Mia. Hmm, can i get my milo now?" Erwan cuba membuang gugupnya. Jika tidak difikirkan yang dihadapannya kini bukan Mia, sudah lama dipeluknya tubuh kesayangannya. Sungguh dia merindui sang kekasih hatinya.

"Oh, sorry bos. Here, yours," katanya sambil menghulurkan gelas tadi kepada Erwan. Erwan terpaku apabila tangan gadis itu menyentuh jemarinya. Dia berdeham kecil dan berlalu ingin keluar.

"Oh bos."

Erwan menoleh. Saahari yang melihat merasa pelik.

"Can you just make a smile? Muka bos macam tu buat saya takut."

Senyum terukir dibibir. "Mia. Thanks tegur. Mungkin muka saya dah macam monsterkan tadi?".

Terangguk-angguk si Mia mengiyakan kata-kata ketuanya. "Betul tu bos. Agaknya lari awek bos nanti. Senyum tau. Macam tu. Kan handsome. Hati saya pun senang."

Erwan memegang dadanya. Rasa degupan semakin kencang. "Baiklah. Saya pergi dulu."

Kakinya melangkah pergi. Entah kenapa rasa berat. Dia menolah dan memandang Mia yang sedang membancuh kopi sambil menyanyi. Tidak sedari yang bibirnya mengukir senyum. Entah, rindunya terubat sedikit.

"Wan, kau jangan. Dia bukan Amy."

Barulah Erwan tersedar. Dia memandang Saahari. Hati lelakinya terguris. Dia tidak tahu kenapa dia rasa sedih sangat. Rasa sebak apabila mengingati si isteri yang masih lagi tidak dijumpai.

"Sabar bro. Aku tahu kau tabah," Saahari menepuk bahu si adik yang kesedihan. Rasa menyesal pula apabila menawarkan kerja kepada Mia Nasuha. 

"I miss her. Aku nak dia."

"Berdoa dik. Semoga dia selamat. Ingat, Allah tu Maha Mendengar Maha Memahami. Semuanya berada ditanganNya," Saahari cuba menasihati Erwan. Jika dia berada di tempat Erwan berkemungkinan besar dia dah lama pasrah dengan hidup.

"Thanks bang. Aku sambung kerja dulu. Kang bising pulak klien nanti. Buat kerja," Erwan cuba untuk tersenyum dan melangkah jauh daripada Saahari. Hatinya pedih apabila mengingati Amilyn.

"Sayang, where are you?" bisiknya perlahan.

Saahari memerhatikan daripada jauh. Hanya doa yang mampu Saahari titipan buat Erwan dan semoga Amilyn cepat dijumpai.

♥ Hey guys. Guess what? New chapter updated! Thank you for your support. And sorry if this time agak kurang menarik.Terlalu sibuk dengan exam yang semakin dekat. Sorry guys.

By the way doakan Theha okay? Esok exam. Takutt. Huu xD Do comment and vote. Anything wrong, just tell me. Again, thanks for the read. I really appreciate it. 

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now