Chapter 30

11.5K 316 11
                                    

Erwan terjaga daripada lena. Berpeluh seluruh tubuhnya apabila bermimpikan Amilyn yang jatuh sungai. Tangannya mengusap wajah yang membasah. Dia bersandar ke belakang sebelum telefon bimbitnya digapai.

"Hello? Ishradi!".

Ishradi mendiamkan diri. Setelah mendapat tahu kehilangan Amilyn, Ishradi rasa takut. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Pada awalnya, Ishradi hanya mahukan wang namun kini, tidak disangka satu nyawa sudah melayang tanpa niatnya.

"Ishradi, weyh! Mana isteri aku? Aku nak dengar suaranya! Berikan telefon pada dia! Ishradi!" Erwan menjerit bagaikan orang yang hilang kewarasan. Entah mengapa hatinya berasa sungguh tidak enak. Dia rasa seperti Amilyn memanggil namanya meminta bantuan.

"Wan, aku.. Amy..".

"Ishradi!" Erwan cuba menyabarkan dirinya sendiri. 'Janganlah mimpi itu benar.'

"Amilyn dah mati. Dia dah tak ada."

Rasa bagaikan semalam dia menikahi Amilyn Maisara. Bagaikan semalam mereka mengulit bahagia bersama. Kini, segalanya hancur. Segalanya hilang. Erwan bingkas bangun. Dengan telefon bimbit dikepit di telinga, Erwan bersiap.

"Kau dekat mana? Kau dekat mana sekarang?".

Ishradi menggigil sehingga terlepas alamat yang didudukinya sekarang.

"Kau tunggu situ. Aku call polis," Erwan berlari keluar. Mengunci segalanya dan menjejaki alamat yang diberi. Dia berasa sakit segalanya. Mental dan fizikal terasa mati apabila mendapat tahu bahawa isteri kesayangannya sudah tiada. Bersama si kecil yang sedang membesar.

"Please Erwan! Jangan! Aku menyesal bro! Jangan buat aku macam ni. Aku insaf! Aku tak perlukan duit. Aku janji aku tak buat lagi!".

"Too late. She's gone. Please Ishradi. Serahkan diri kau kepada polis. Biarkan mereka yang selesaikan semua ini. Aku berharap kau selamat kawan. Percaya atau tak? Aku masih anggap kau kawan aku?" Erwan ketawa sinis. Bodoh dirinya mempercayai bekas sahabat baiknya mampu menjaga bidadarinya.

"Erwan.."

Erwan mematikan telefon bimbitnya. Laju pedal ditekan. Keretanya membelah malam yang semakin tua. Dia tidak peduli asalkan dia tahu Amilyn selamat. Dia harus memastikan isterinya masih lagi hidup!

Pukul empat pagi, Erwan tiba di rumah usang Ishradi. Baru sebentar tadi polis membawa Ishradi ke balai polis yang berdekatan. Erwan masuk menjelajahi rumah itu. Tiba disuatu ruang, Erwan terasa bagaikan jantungnya berhenti mengepam.

Sehelai karung membasah dengan darah yang telah kering. Erwan mendekat dan memeluk karung usang itu. Erwan percaya darah itu milik anaknya atau lebih tepat lagi, isterinya. Mata Erwan tertacap kepada tingkap yang telah dipecahkan.

"Kenapa Encik Erwan? Jumpa sesuatu?" Inspektor Azhan menghampir. Sungguh dia mengasihani lelaki di hadapannya kini. Sudahlah hilang kawan, bahkan isteri dan juga anak. 

"I think, tingkap tu ada kena-mengena."

Inspektor Azhan mengarahkan anak-anak buahnya memeriksa. "Tuan! Bawah ni ada sungai tuan!".

Dahinya berkerut. "Deras?".

"Mustahil bagi seseorang untuk survive jika sungainya sederas itu," ucap ASP Razak. Dia pernah mengendalikan kes yang lebih kurang sama seperti ini. Mangsa mengambil pilihan untuk melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai daripada menghambakan diri kepada penjenayah.

"Damn!" Erwan menumbuk dinding. Dia terduduk di lantai dengan air mata yang mula jatuh. Nyawa Erwan mati apabila isterinya hilang entah ke mana. Erwan rasa, dia tidak bernyawa jika tiada si pemilik tulang rusuknya di sisi.

"Encik? Saya berharap encik tabah. Esok saya akan gerakkan anak-anak buah saya untuk mencari Puan Amilyn Maisara. If Allah will, encik akan bertemu kembali dengan isteri encik. Encik kena perbanyakan doa. Mengadu kepadaNya," pesan Inspektor Azhan.

"Amy.." Erwan jatuh pengsan.

***

Sudah sebulan kehilangan insan bernama Amilyn Maisara. Semuanya hambar. Sebulan juga Saiful Erwan bagaikan mayat di atas katil. Setiap malam menangis mengenangkan pemergian sang isteri yang dicintai.

Saahari mendekat si adik yang lemah. Mengeluh seketika. Kasihan kepada si adik yang sentiasa diuji dengan pelbagai ujian.

"Wan, kau tak boleh terusan macam ni. Umi, ibu, abah dan ayah semua risau dengan kau tahu tak?".

Erwan hanya memandang seklias. Dipusingkan badan dan dipeluk bantal kepunyaan Amilyn. Saahari mengeluh lagi. Berbuih sudah mulut mereka menasihati si murung Erwan. Tetapi keadaannya tetap sama juga.

"Saiful Erwan!".

Semua memandang pintu yang terbuka luas. Kelibat seorang wanita berjalan membuatkan mereka tertanya-tanya. Siapakah gerangan wanita yang mencemar duli ke dalam rumah mereka? Saahari mendengus. 

"Kau nak apa lagi?" kasar Saahari menegur.

Suraya menjeling. "Aku dengar Amy dah tak ada. Aku nak tuntut janji yang Amy sudah katakan kepada aku. Aku nak Erwan!".

Erwan terus bangun. "Don't say that Amy's gone. She's here! In my heart! Beside me. She's still alive!".

"Bukan kau dah lama tinggalkan Erwan? Kenapa kau datang balik Suraya?" Puan Fazura mula naik berang. Dulu anaknya juga menderita selepas kehilangan Suraya Aleeya. Namun seketika sahaja apabila anak lelaki bongsunya sedar yang dirinya menyintai adik angkatnya sendiri.

"Maafkan Su umi. Bukan niat Su nak tinggalkan Wan macam tu je tapi.."

"Jangan kau berani panggil aku umi. Aku bukan umi kau. Dan aku tak akan benarkan kau menyebut umi untuk aku. Hanya Amilyn Maisara sahaja menantu aku. Menantu kesayangan aku!" Puan Fazura menahan sabar. 

Selama ini dia cuba bersabar dengan apa yang wanita itu telah lakukan kepada anaknya. Dan kali ini, Puan Fazura tidak mampu bersabar.

"Can everyone keep quiet now? I try to sleep. I need a good rest to find my wife again. If all of you keep this argument, it will be the same. Amy's not coming back!".

Semuanya terdiam. Suraya Aleeya terasa terpinggir.

"But I just..".

"I said shut up!" teriak Erwan lagi. "Don't let me said it twice. Now, you go."

Suraya masih lagi kaku.

"Go!".

Suraya tersentak dan berlari dengan linangan air mata. 

"Semua orang. Pergilah rehat. Esok kita cari Amy."

♡ Assalamualaikum. Theha tahu chappy ni a little bit serabut dan pendek. Minta maaf banyak-banyak semua! Macam mana form three? Dah ready PISA? Kita sama-sama mendoakannya okay? Enjoy 

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now