Chapter 3

18.1K 547 1
                                    

Kring kring . Kring kring. 

Aku menutup telinga. Sibuklah. Siapa pulak yang telefon aku pagi-pagi ni? Aku yang dalam keadaan mamai mencapai telefon yang berada di atas laci. Pukul 9.50 pagi. Argh. Kacaulah. Aku menekan punat hijau tanpa mengambil tahu siapa yang sudah menganggu lena sang puteri pagi-pagi buta ini. 

"Morning Amy!" aku mengerutkan dahiku. Siapa pulak ni?

"Morning dan assalamualaikum. Eh, tak ada kerja ke kacau orang pagi-pagi ni? Orang nak tidur pun tak bolehlah. Kalau tidur kau kena kacau kau marah tak?" marahku kepada sang pemanggil. Aku mula berdiri dan mengeliat. Si pemanggil sudah ketawa. Mungkin lawak kot dengar aku mengeliat. Kisah pula akukan?

"Boleh tak buka pintu? Dah lama abang tunggu ni."

Siapa pulak mamat yang berabang dengan aku ni? Gatalnya. Aku keluar bilik dan menuju ke pintu depan. Pintu yang dikunci, aku buka. Perlahan-lahan langkah kuatur ke pagar depan. Sambil menguap aku mencelikkan mata.

"Chakk! Morning," makkk! Terus aku dah tak mamai-mamai. Alamak! Malunya!

"Amy belum mandi lagi ke? Kata nak jumpa abang semalam?" Abang Er. Aku menelan liur. Abang Er dan sampai pulak. Ya Allah! Aku terlupa yang hari ini aku ada date dengan dia. Eh Amy! Look at him. Makin handsome dan bergayakan? Sebab tu Kak Suraya terpikat. Kau cuba tilik diri kau. Aku menunduk melihat tubuh badanku. Ayahhh! Aku malu. Merona merah wajahku.

"Abang rasa baik Amy masuk dalam. Cepat," arahnya. Aku angguk sebelum membalingkan kunci rumah kepadanya. Kesian pulak kalau dia tunggu dekat luar aje. Apabila aku masuk ke dalam, aku mengetuk kepalaku. Aduh! Amy! Kau ni dah sewel eh? Dengan kepala kau yang tak bertudung, baju tidur satin berwarna merah garang. Dahlah baju tidur ni singkat. Aku melihat seluar tidurku. Aduhai, parat peha aku je seluar ni. 

"Amy! Cepat mandi. Nak abang mandikan ke?".

Alamak! Abang Er dah masuk! "Abang tunggu kat buaian! Jangan masuk. Abang masuk and I'll cut off you head."

Dia ketawa.

***

Abang Er membawaku ke gedung membeli belah Jusco. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Kekok rasanya. Tak selesa. Sudah sembilan tahun berlalu dan aku sudah melupakannya . 98 peratus. Aku simpan satu peratus sebagai angan. Yalah, mana tahu satu hari nanti aku akan berkahwin dengan dia. Eh lupa! Memang aku bakal berkahwin dengan dia pun!

"Amy apa khabar? Dah lama tak story dengan Amy," senyuman dia memikat hatiku. Aku meraung dalam hati. Jangan fall in love dengan dia. Sekat. Sekat.

"Haha, seperti yang abang lihat. Amy sihat walafiat. Kalau tak sihat confirm Amy tak keluar dengan abang. Kan? Lama tak story da mory dengan abang. Mana taknya, abangkan a busy man. Dengan Kak Suraya lagi. Eh? Mana Kak Su?" aku sengaja membangkitkan nama 'pesaing'ku itu. Kalau bukan sebab dia, tak kuasa aku nak jumpa dengan Abang Er. 

"So, Amy buat apa sekarang?".

Keningku terangkat sebelah. Aik? Tukar topik nampak? Tak nak aku usik pasal girlfriend dialah tu. Aku mencebik. Cehh, protect sangat dia punya princess tu.

"Amy! Look!" Abang Er menuding kepada sepasang suami isteri yang sedang memujuk anak perempuan mereka yang sedang menangis. Aku tersenyum dalam tak sedar. Mungkin suatu hari nanti aku juga akan berpeluang untuk dukung anak aku sendiri. Aku rasa macam ada orang perhatikan aku. Aku toleh dan.. 

"Since when Amy jadi artis ni?" aku memeluk tubuh. Dia senyum.

"Since you look so gergous my dear," membahang wajahku. Abang Er, kalau puji orang memang nombor satu. Aku berdeham bagi menghilangkan rasa kekok. Keadaan shopping yang sibuk dan dipenuhi oleh pelbagai masyarakat membuatkan aku rasa tak selesa. Aku mana suka pergi tempat yang sesak macam ni. Oh, hari ini Sabtu. Patutlah ramai. Abang Er yang perasan wajahku yang berubah 100 peratus mengajak aku masuk ke dalam satu butik. Aku dah ternganga dekat situ. Butik pengantin.

"Abang Er, we need to talk," abang yang melihat wajah seriusku hanya mengangguk. Dia ajak ke food court pula. Aku ni dah macam apa dah. Dia ke hulu aku kena pikul. Dia tuju ke hilir aku kena tarik. Dah macam mak sanggup dah aku ni.

"Apa yang Amy nak cakapkan?" soalnya. Matanya yang redup tu merenung mataku. Aww. Boleh cair macam ni. Aku deham lagi. 

"Look, our wedding, will never on."

"And why are you saying that?" kening Abang Er terangkat sebelah kanan. Aku gugup. Macam mana aku nak pujuk dia ni. Aku kenal sangat yang abang ni jenis susah untuk menerima telunjuk orang. Degil. Nak ikut cakap dia aje. Aku mengeluh dalam diam. This conversation will be go so long. 

"Before that, apa kata kita pesan minuman dulu?" aku senyum. Dia bangun dan terus beredar ke tempat jual air. Aku dah terdiam. Tak nak tanya aku ke nak minum apa? Aku menongkat dagu. Bosan dan aku takut yang benda ni tak kan settle dengan jayanya. Oh, macam mana aku nak musnahkan pelamin anganku ini? Eh? Bukan tajuk lagu ke?

"Mommy, I want that chocolate."

Aku menoleh ke belakang. Seorang puteri yang comel memakai gaun ropol-ropol sedang merengek kepada ibunya. Aku tersenyum. Seronoknya kalau ada anak sendiri. Mesti comel sebab ikut aku. Akukan comel. Haha, perasannya kau!

Si ibu memandangku. "Sorry miss. Did I disturb you?" soal si ibu. Lawa.

"No, just the girl. She's your daughter?" soalan bodoh. Dah girl tu panggil dia 'mommy', mestilah itu anaknya.

"Ya. Hawa Amanda, say sorry to auntie," arah si ibu. Oh, nama si cutie ni Hawa Amanda. Comel. Sama comel dengan orangnya. Aku tersenyum bila si puteri meminta maaf.

"I Maya. Hawa Maya," dia menghulurkan tangan. Aku menyambut. "I Amilyn Maisara. Call me Amy. You punya baby such a lovely girl."

"Oh thanks. Anyway selamat berkenalan."

"Selamat berkenalan." Aku ketawa bila Amanda masih merengek mahu coklat di tangan si ibu. Si ibu menggerakkan jari telunjuk ke kiri dan kanan.

"Tak boleh sayang. Kan daddy dah pesan. Tunggu daddy. Amanda lupa eh? Nanti daddy merajuk mommy yang kena pujuk," Maya memeluk tubuh dan mencebikkan bibirnya. Merajuk dengan si Amanda. Cute.

"Sorry Amy, lama tunggu abang?" kemunculan Abang Er membuatkan lamunanku terhenti. Aku menggeleng dan senyum. " Tak. Dah biasa tunggu-tunggu orang ni."

Muka abang serius. Aku salah cakap ke?

"Amy masih tunggu abang?" aku dah tersedak. Jus epal yang Abang Er belikan untukku macam tawar aje. Orang yang buat air ni reti ke tak? 

"Buat apa nak tunggu abang. Baik Amy tunggu beruk aje. Dia pun dah promise dengan Amy nak tunggu Amy," spontan bibirku berbicara. Amboi Amy! Sanggup ke berlakikan beruk? 

Dia ketawa. "Amy tak pernah berubah," abang senyum dan menyedut sedikit airku. Aku dah malu. Eh, air sendiri ada nak minum-minum air orang pulak! Aku mendengus. "You have your own drink, abang," aku merampas kembali gelas berisi jus epal itu. Dia senyum lagi lebar.

"Jus tembikai abang tak semanis jus epal Amy."

Aku tersedak lagi. What going on with him? Gila!

"Lepas minum kita beli novel okay?" dia main kenyit mata. Jolok mata tu baru tau! Eh? Lah, aku nak bincang pasal wedding ni. Hurm.

"Okay."

***

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now