Chapter 18

10.5K 322 0
                                    

Aku mengeluh apabila terpandangkan Erwan yang sedang menuju ke arahku. Aku mempercepatkan kerja. Baju-bajuku sudah siap dimasukkan ke dalam beg. Hari ini aku dah boleh keluar. Alhamdulillah. Dah dua minggu aku dalam hospital ini, membuatkan aku senak dan lemas dengan kehadiran Erwan. Lagi-lagi Abang Saa’.

“Sayang. Dah siap packing barang?” soalnya. Aku mendengus kasar. Tangan Erwan yang mahu membantu aku, aku tepis kasar.

“Tak payah. Aku dah siap pack dah. Mana ibu? Ayah? Aku nak balik pada keluarga aku,” aku langsung tidak memandangnya. Malas. Buat semak aje buat apa.

“Tapi...”

“Kau pekak ke? Aku dah cakapkan yang aku nak balik rumah family aku! Tak payah tapi-tapi lagi. Dah, dah. Tepi. Aku nak balik,” aku menolak dia dan terus berlalu pergi. Padan muka! Aku tersengih jahat.

“Kak, dah siap?” Ibu datang dan membuat aku terkejut. Aku tersenyum manis.

“Dah bu.”

“Erwan mana?” soal Ayah pulak. Hatiku mendengus bengang.

“Tak tahulah Ayah. Amy tak nampak pun.”

“Tak apalah bang. Kita bawak budak ni balik. Dah sampai rumah kita bagitahu lah si Erwan tu. Pandai-pandailah dia ambil bini dia ni balik. Bolehkan Kak?” Ibu tersenyum lebar. Aku mengangguk riang. Boleh aku jauh-jauh dengan dia. Urgh!

Kami bersaing dan masuk ke dalam kereta. Aku di belakang mencapai telefon bimbit. Mahu kasi warning sama itu orang.

Kalau ibu mesej kau, jangan kau balas! Kalau ayah suruh kau ambil aku balik, jangan kau ikut. Faham? Aku tak nak balik dengan kau.

Punat sent aku tekan. Biarkan dia. Buat semak hidup aku je. Aku pun pelik macam mana aku boleh terjatuh hati dekat dia. Dan aku rasa nak muntah!

“Kamu dah ingat apa-apa ke?” soal Ayah sambil memandu. Aku hanya menggeleng. Satu apa pun aku tak ingat. Siapa aku, keluarga aku, suami aku sendiri. Euww! Tolonglah jangan mengaku! Geli mak!

“Balik Rim ya sayang?” soal Ayah lagi pada Ibu. Ibu mengangguk.

Aku termenung. Cemburunya dengan ibu dan ayah. Mereka masih sayang dan menyayangi antara satu sama lain. Dan apa jadi pada aku? Baru genap sebulan perkahwinan kami.

Ya, semalam Erwan memberikan aku bunga dan kejutan. Aku terkejut. Aku terharu. Tak dapat digambarkan perasaan itu. Tapi disebabkan rasa sakit hati dan benci yang berleluasa, aku membuang bunga itu di dalam tong sampah. Aku tahu dia bengang. Aku tahu aku berjaya membuatnya sakit hati.

“Ni dulu sekolah akak. Besarkan?” suara Ibu mengejutkan aku daripada lamunan. Aku memandang kanan. Sekolah aku? Sekolah menengah aku. Aku perhatikan daripada jauh. Semakin lama semakin hilang daripada pandangan.

“Akak dulu sekolah asrama. Selalu sangat outing. Keluar jalan-jalan sekitar bandar Jasin ni. Akak akan lalu dekat penjalan kaki ni lepas tu masuk dekat taman permainan.”

Aku hanya memandang arah yang Ibu tunjuk. Mengangguk tidak menggeleng pun tidak. Aku hanya membisu.

“Lepas dah sampai, akak pergi Fresco. Pergi banyak tempat. Ibu pun tak tahu. Punyalah nakal anak ibu dulu,” suara Ibu mula perlahan. Aku tersentap. Ibu menangiskah?

“Sebab dulu, anak ibu terkongkong. Duduk aje dalam rumah tu. Tak pergi mana-mana pun. Sebab tu bila akak dah rasa jauh, rasa bebas sikit, akak keluar tanpa pengetahuan ibu. Salah ibu juga,” Ibu mengeluh.

Aku hanya mampu memeluk bahu ibu daripada belakang. Air mata jatuh setitik demi setitik. “Maafkan Amy ibu. Maafkan Amy sebab gagal mengingati ibu. Ingat pada Ayah.”

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now