Bab 4

287 17 0
                                    

"Pahal memekak semacam je ni?" gumam Awlia seorang diri. Lalu arah yang membuat keributan dipandang. Terus bibirnya membentuk O apabila melihat keadaan itu.

"Wedding rupanya"

Lantas bacaanya disambung, sehelai demi sehelai muka surat novel itu dibuka. Sesekali anak matanya naik memerhati ke arah mereka yang bersuka ria.

Kini dia berada di hadapan taman yang menempatkan acara pernikahan itu berlangsung.

Tidak terlalu jauh dengan tempat duduknya yang berada di hujung cafe yang berada di taman itu.

Ice Americano nya dihirup perlahan.

"Ei gatal nya jantan ni" gumamnya seorang diri mengutuk hero di dalam novel itu. Terkumat kamit bibirnya membebel.

"Bro yang itu tak nak try ke?" soal Hazeeq pasrah. Setelah disenaraikan nama anak dara, semuanya ditolak mentah mentah oleh Aylan yang hanya diam memeluk tubuh itu.

"Mana?"

Bersinar mata milik Hazeeq apabila mendapat respon positif dari sahabatnya itu.

"Itu..." jari ditunjukkan ke arah seorang gadis yang elok sedang membaca yang berada tidak jauh dari mereka.

"Perempuan ke?" soal Aylan. Anak matanya turut memerhati ke arah itu.

"Asal kau tanya?" soal Hazeeq hairan. Buta ke si budak Aylan ni? sudah terang lagi bersuluh perempuan tu.

"Tak tanya je. Oh perempuan lah" ujarnya lagi apabila melihat gadis itu bertindak membuka topi hodie nya itu.

Kelakuan gadis yang sedang mengikat rambut itu dipandang tidak mahu lepas oleh Aylan. Sesekali air oren itu disisip.

"Kau berminat ke?" usik Hazeeq nakal apabila perasaan akan Aylan yang diam tidak berkutik memandang gadis novel itu.

"50, 50" balas Aylan bersahaja.

"Yes! tak sia sia ibu rasuah aku makan laksa haritu! Finally berjaya jugak, sini nak cium" ujar Hazeeq teruja.

Uhuk

"Ap-a kau cakap?" soal Aylan.

"Cakap ap..." terus terdiam Hazeeq apabila tersedar dia sudah terlepas kata.

"Ala, jangan lah marah" pujuk Hazeeq.  Lalu lengan sasa itu dipeluk manja.

"Lepas, geli aku" ujar Aylan dingin. Kepala Hazeeq ditunjal lembut.

"Ala abang ni.." ujar Hazeeq manja tangan didepakan lagi.

"Stop it, aku tampar karang!" ujar Aylan garang. Namun Hazeeq hanya ketawa suka sahaja. Suka betul mengusik abang garang ni!

"Tahniah bro, lepas ni boleh bawa bini bercuti ye dak" usik Hazeeq lalu tersenyum penuh makna.

"Yelah gila tak nak. Kau je takleh bercuti bawa bini lagi" bidas Ahlam lalu tersengih apabila melihat wajah cemberut Hazeeq.

"Congrast bro" ujar Aylan pulak. Hazeeq yang tersebik sebik dipandang jengkel.

"Thanks, lepas ni kau pulak eh janji" balas Alham sambil melagakan penumbuk mereka.

"Inshallah, doakan"

"Kau tu bukannya tak ada orang nak, tu ha pramugari bersepah nak kau je tak nak layan. Bukan yang itu je awek lawa lawa yang pernah kasi number pun kau campak je" bebel Alham.

"Dahlah diam. Aku report bini kau nanti yang kau tido suka nangis karang" ugut Aylan.

"Ehh"

Kemeriahan acara pernikahan sahabatnya disambut dengan meriah. Tepat pukul 1030 malam Aylan dan Hazeeq meminta diri meninggalkan majlis.

Dalam perjalanan mereka mahu keluar dari hotel tersebut. "Aylan, tu bukan.." tegur Hazeeq.

"Siapa?"

"Itula yang kau usha tadi tu" ujar Hazeeq geram. Awlia yang sudah menapak keluar dari cafe tersebut dipandang tanpa lepas oleh dua jejaka itu.

Seketika kepalanya berpusing apabila perasaan akan dirinya diperhatikan.  Tegak bulu roma sekarang.

Pusing punya pusing, anak mata nya bersatu dengan anak mata asing yang turut memandangnya.

Berkerut kerut dahinya cuba mengalisis tetapi akibat kaca mata yang tidak dibawa, dia hanya membiarkan sahaja.

Katalah kalau dia sombong sekali pun, dan rabun jauh tak nampak!

"Eh eh , dia blah macam tu je" gumam Hazeeq.

"Dah, jangan kacau orang. Pergi balik" ujar Aylan.

Sedikit tergamam apabila dia dan gadis tersebut bertentangan mata. Diharapnya gadis itu akan melemparkan senyuman ke arahnya namun jelingan sahaja yang di dapat.

Erya Ezric : la storia d'amoreWhere stories live. Discover now