"Baru pindah ke? jemputlah makan jangan malu malu" ramah Puan Lia sambil menghidangkan juadah yang dimasaknya.
Tom yam yang berasap asap dipandang lalu air liur ditelan.
"Ya aunty, baru je pindah. Terima kasih susah susah je" balas Awlia sopan.
"Mana ada susah, dah dah makan. Nanti kita bersembang lagi ye" balas Puan Lia seraya tersenyum manis.
"Kak! ingat tak?" soal Sofea kepada Awlia. Lama Awlia merenung wajah cantik itu kening dikerutkan.
"Tisu?" soal Awlia. Sebentar tadi apabila terdengar orang menegurnya dia hanya mengiyakan sahaja, apatah lagi kenal jauh sekali.
"Yes! saya Sofea, taman sebelah, jogging. Ingat?" soal Sofea bersemangat.
"Eh Sofea lah" balas Awlia tidak kurang terujanya.
"Wah tak sangka boleh jumpa akak dekat sini"
"By the way, along buat apa dekat rumah kak Awlia. Hm kinda sus" soal Sofea tiba tiba. Wajah Awlia dan Aylan dipandang silih berganti.
"Apa pandang pandang? Makan jelah budak" balas Aylan bersahaja.
"Assalamualaikum, orang ada tak? nak masuk ni!" jerit Ahlan dari luar. Pintu kayu itu diketuk bagai nak rak.
"Roboh pintu along siap kau" ujar Aylan apabila pintu itu dibuka oleh nya. Tangan tua ayahnya digapai lalu disalam lembut.
"Nah, bawa pergi dapur ibu pesan" ujar Tuan Azri seraya menghulurkan sebakul buah buahan itu.
Ahlan hanya mengangguk lalu keberadaan ibunya dicari. Laju tangannya naik menutup mulut.
"Wow, along bawa balik kakak ipar" gumamnya.
"Hai kakak ipar!" ujar Ahlan ceria. Tangan dilambaikan ke arah Awlia yang sudah terpinga pinga.
Pap!
"Haih kamu ni" ujar Puan Lia geram. Mahu nak balik si budak Awlia ni karang.
"Aduh, kenapa ibu ni. Sakitlah!"
"Aik siapakah gerangan ni?" soal Tuan Azri hairan apabila melihat kelibat asing itu. Anak sulung nya yang berada disebelahnya disiku.
"What?" soal Aylan.
"Terima kasih, aunty uncle. Susah susah je" ujar Awlia apabila mendapat hadiah daripada pasangan itu. Katanya hadiah pindah rumah.
"Sama sama. Elok elok balik tu ya? aunty balik dulu. Ada rezeki kita jumpa lagi" ujar Puan Lia ceria. Tangan Awlia diusap lembut.
Entah mengapa bila bersama Awlia lembut sahaja hatinya. Pada Awlia ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
"Terima kasih, uncle aunty. Elok elok drive" balas Awlia pula. Tangan tua itu digapai lalu disalam.
"Bye kakak iparku" ujar Ahlan sambil tersenyum mengusik. Awlia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Adik tiri baru ke ni?
"Dah dah, gi balik" ujar Aylan menghalang adik lelakinya daripada bertindak di luar kawalan lagi.
"Eleh malu pulak dia" usik Ahlan lagi.
"Along, tak balik?" soal Sofea.
"Nope, along duduk sini kenapa?"
"Jangan di tanya along kamu tu Sofea. Buah hat----" laju tangan Aylan naik menekup bibir Ahlan daripada terus berkata kata.
"Haih macam macam budak budak ni. Penat tengok, anak abang la ni" ujar Puan Lia tidak puas hati.
"Aik anak abang pulak dah?"
"Yelah!" balas Puan Lia garang.
Awlia yang melihat itu hanya tertawa perlahan. Sesekali memorinya bersama mama dan papa nya singgah di fikiran. Terbit senyuman hambar dibibirnya.
Tak mungkin dia akan merasai kebahagian itu lagi. Ya tak mungkin.
Kepergian mereka dipandang hingga sinar dipandangan mereka berdua. Keadaan yang sunyi itu menambah lagi keadaan kekok mereka berdua.
"Sorry, mesti kau tak selesa kan?" soal Aylan memecah kesunyiaan.
"Tak, saya okay je. Boleh lepas rindu. Haha" balas Awlia seraya melepaskan ketawa palsu.
"Maksud kau? lepas rindu dekat aku ke?" soal Aylan wajah mendatar sahaja.
"Kepala hotak dia rindu. Dahla terima kasih untuk harini, saya masuk dulu" balas Awlia meluat.
Aylan hanya tersenyum mendengar balasan itu. Entah kenapa, apa yang keluar dari bibir merah itu mencuit hatinya.
"Awlia, balik ya?" pujuk Tuan Ehsan apabila terserempak dengan anak perempuannya yang bersiar siar di taman pada petang itu.
"Pa, please" ujar Awlia separa merayu. Papa dia ni tak nampak atau buta apa yang berlaku dalam rumah itu.
"Okay, baik.." ujar Tuan Ehsan mengalah.
"Nanti kenduri adik jangan lupa datang" ujar Tuan Ehsan setelah lama mendiamkan diri. Orang yang lalu lalang di hadapan mereka dipandang.
Awlia terserentak dengan pernyataan papa nya itu. Sisi wajah papanya dipandang tidak percaya.
"Seriusly papa?" soal Awlia.
"Tak pernah ke terlintas dalam hati papa fikir tentang hati dan perasaan Awlia walau sekali pun? papa suruh Awlia pergi wedding bekas tunang dan bekas tunang tu bakal jadi adik ipar Awlia? Papa sedar tak ni?"
"Papa sedar sayang, tapi kan benda dah jadi jangan lah macam ni. Cuba mengalah mungkin tak da jodoh kamu dengan dia"
"What the fuck are you talking about?" jelas sekali Awlia tidak percaya apabila mendengar kata kata papa nya itu.
YOU ARE READING
Erya Ezric : la storia d'amore
RomanceSalah faham seketul Awlia Erya membuatkan dia membawa diri jauh dari keluarga. "Kenapa, nampak macam saya tengah mengeja ke?" Lembutnya bukan menjadi asbab dia dijijak, oleh itu dia bangkit mengeji tunang nya yang membuat onar di saat mahu mendirik...