"Aylan? nak tambah lagi ke?" soal Siti. Gembira hati tuanya melihat meja makan itu penuh dengan kehadiran menantu dan anak anaknya.
"Dah kenyang dah ibu. Ibu masak sedap sangat" ujar Aylan seraya tersenyum manis.
Aylan menghela nafasnya perlahan apabila mengetahui bahawa hubungan ister dan ibu mertuanya sudah baik baik sahaja.
"Pulak" jawab Siti seraya menggelengkan kepala.
"Abang nak tambah?" soal Khalida.
"Boleh juga" jawab Iskandar. Lalu pinggan disuakan ke arah Awlia yang sedang menjamu selera.
"Apa pasal ni?" soal Awlia hairan.
"Oh, kak Awlia tolong tambahkan nasi dekat suami Khalida kejap" ujar Khalida getar.
Selepas peristiwa sepupunya ditampar oleh Awlia, getar sudah Khalida mahu berhadapan dengan kakak tirinya.
"Daddy! amik kan nasi kejap mummy nak makan ni" ujar Awlia tiba tiba.
Aylan yang mendengar itu berkerut hairan. Wajah isterinya dipandang.
"Ya allah, daddy amik kan kejap nasi tu, ni ha tambah dekat Is" ulang Awlia lagi.
Uhuk!
Cari pasal betul.
Tersedak dibuatnya. Dada diurut perlahan, bekas nasi dihulurkan kepada Khalida yang berada di hadapan isterinya itu.
"Sayang dah kenapa?" bisik Aylan kepada Awlia yang berada di sebelahnya itu.
Naik malu dia ketika ini apabila melihat mertuanya sedang tersenyum senyum ke arahnya.
"Hah? apa? jap lah baby gemok hitam makan tak habis lagi ni"
Lain yang ditanya lain yang dijawab. Terus pasangan itu menjadi perhatian mereka.
Awlia yang ingin mengenakan suaminya itu terkekeh perlahan apabila melihat wajah memerah Aylan itu.
"Hahaha, abang malu eh?" bisik Awlia pula.
"Kak, naik lah dulu. Biar Khalida yang kemas" ujar Khalida setelah selesai menjamu selera.
"Betul ni? tak apa ke?" soal Awlia tanpa memandang wajah sang adik.
"Ya betul lah. Kak naiklah rehat" ujar Khalida bersama senyuman.
Belum sempat Awlia mahu bergerak, tangan nya dipegang kejap oleh Khalida. Awlia naik merenung wajah Khalida meminta penjelasan.
Perlahan lahan lengan milik Awlia dilepaskan. Pandangan ditundukkan ke bawah apabila perasaan akan pandangan tidak perasaan milik Awlia itu.
"Khalida nak minta maaf" ujar Khalida.
"Untuk?"
"Semuanya, Khalida nak minta maaf, Khalida dah hancurkan hubungan akak dengan Abang Is. Khalida minta maaf sangat sangat"
"Pastu.. pasal ibu, Khalida minta maaf, itu semua salah Khalida. Khalida tak sepatutnya lahir dekat bumi ni"
"Khalida cuma anak haram yang hidup menyusahkan orang je!" luah Khalida. Perlahan lahan air matanya jatuh.
Awlia tergamam mendengar luahan hati adik tirinya. Terbit rasa kasihan di hatinya apabila melihat keadaan seperti itu.
"Kh--"
"Akak dah maafkan Khalida. Benda dah jadi, akak ikhlas semuanya" potong Awlia laju.
Tangannya naik memegang kedua dua lengan Khalida. Berkaca kaca matanya memandang Khalida.
"Akak..."
Siti yang melihat kedua anaknya berpelukan mengucap syukur dalam dirinya.
Setelah dia menceritakan semua kepada Awlia, Khalida juga turut diceritakan benda yang sama.
Dimana Khalida anak tidak sah taraf sehingga lah hubungannya dengan Is.
Khalida menerima semuanya dengan hati terbuka. Sakit yang ditanggung selama inu juga turut beransur pulih.
Siti bersyukur apabila semua salah faham sudah diselesaikan. Namun, jauh dalam sudut hatinya dia kurang senang dengan kehadiran Iskandar dalam keluarganya.
Berkali kali Khalida pulang kerumah, ada sahaja luka dan lebam di tubuh anak gadis nya. Bila ditanya, hanya gelengan sahaja dia dapat.
Srkkk
Aylan berkerut hairan, wajah memerah isterinya yang baru masuk itu dipandang risau.
Srkk
Hingus ditarik lagi, lalu tangan didepakan ke arah suaminya yang berada di atas katil.
"Abang..." gumam Awlia di dalam dakapan suaminya itu.
"Ya.. kenapa ni?" soal Aylan risau.
"Awlia sedih"
"Sedih kenapa sayang?" soal Aylan.
"Khalida dah berbaik dengan Awlia. Awlia jadi sedih..." luah Awlia dengan esakan.
"Habis tu? kenapa sedih, sayang patut gembira lah" pujuk Aylan. Belakang tubuh isterinya diusap perlahan.
"Tak nak gembira, nak sedih" ujar Awlia.
Aylan yang mendengar itu tersenyum sendiri. "Awlia sedih apa lagi?"
"Awlia sedih sebab abang dah tak sayang Awlia" terus meraung si Awlia ketika ini.
"Eh, siapa cakap abang tak sayang pulak ni?" soal Aylan. Agakdah, mesti ada benda yang nak digaduhkan ni.
"Abang sayang baby lagi kan! abang dah tak sayang Awlia!" ujar Awlia dengan tersedu sedan. Pelukan dileraikan.
Wajah suaminya dipandang tajam.
"Baik abang mengaku! kalau tak Awlia bagitau ibu!" ugut Awlia sambil mengesat air matanya kasar.
"Eh! kenapa pulak? abang mana sayang baby pun. Abang sayang sayang je" ujar Aylan bersungguh sungguh.
Tak ke gila nak mengaku dia sayang orang lain hah?
"Tipu..." tangis Awlia lagi.
"Ya allah haihhh, jangan lah nangiss ya allah" ujar Aylan kalut apabila tidak melihat tanda tanda isterinya mahu berhenti daripada menangis.
Penat dengan kerjanya tidak habis lagi, ditambahlagi penat melayan si isterinya pula.
YOU ARE READING
Erya Ezric : la storia d'amore
RomanceSalah faham seketul Awlia Erya membuatkan dia membawa diri jauh dari keluarga. "Kenapa, nampak macam saya tengah mengeja ke?" Lembutnya bukan menjadi asbab dia dijijak, oleh itu dia bangkit mengeji tunang nya yang membuat onar di saat mahu mendirik...