Bab 10

256 14 1
                                    

Kad jemputan yang tertera nama pengantin 'Nur Khalida binti Zamri' dan pasangannya 'Iskandar bin Mat Daud' dipandang bosan.

Dah agak, si bebal tu mesti akan hantar punya! dasar Khalida otak kuda.

"Apa pasal nasib hidup mu begini Awlia?" soal nya seorang diri. Rancangan di televisyen dipandang bosan.

"Mana si mamat tu pergi hah? dah seminggu tak nampak" bebel Awlia pula. Jari dibawa lalu memegang dagu persis berfikir.

"Ah biarkan dia. Sibuk pahal"

"Hai bro, laju nampak nak ke mana? bini tak ada pun" usik Alham apabila melihat Aylan yang kalut semacam itu.

"Aku ada tanam pokok bunga dekat balkoni lupa pesan dekat adik aku suruh siram. Dah aku cau dulu" jawab Aylan. Tidak amik pusing dengan sindirian sahabat nya.

"Itu pergi mana tu?" soal Hazeeq yang turut on duty bersama. Jadual satu flight dengan sahabatnya.

"Siram pokok bunga katanya"

"Hm, apa benda yang kena topup eh?" soal Awlia seorang diri. Setelah mengalisis barang barangnya. Sweatshirt di ambil lalu disarungkan ditubuh. Lalu cargo pant diambil pula.

Rambut yang hitam ikal mayang itu dilepas. Tote bag di capai. Persis budak budak kolej saja penampilan nya.

"Spray sikit, kasi habis nanti boleh beli baru"

Baru kaki nya mula melangkah pergi ke arah lift, kornea matanya dihidangkan dengan seseorang yang lama tidak dilihatnya.

Tergamam Aylan dan Awlia memandang sesama sendiri.

"Mana pokok bunganya? sampai aku pun kau angkut baw EHHH" bebelan Hazeeq terhenti serta merta apabila melihat keadaan tersebut.

"Oh ini bunga nya" ujar Hazeeq seorang diri.

"Oi brader, di tenung anak dara orang itu dah kenapa hah?" tegur Hazeeq seraya menepuk lembut bahu tubuh sahabatnya.

Bagai tersedar, Awlia juga turut membuang pandangan nya ke arah lain. Cepat cepat dia larikan diri tanpa menegur sapa.

"Eh Aw-awlia" kalut Aylan bersuara.

"Apadia" jawab Awlia. Tidak lepas dengan loghat utaranya.

"Tak ada apa. Nice to meet you again" balas Aylan. Entah kenapa kekok benar Aylan ketika ini apabila hampir seminggu dia tidak bersua muka.

"Haah" jawab Awni bersahaja. Ibu cari diangkat tinggi lalu dia berdehem kecil apabila perasaan akan tindak tanduk nya.

"Dah kenapa kau jadi bebal ni Awlia" ujar Awlia seorang diri apabila menyelusup masuk ke perut lift.

"Oh itu bunga nya ya.." usik Hazeeq.

"Bila kenal tu? dekat mana? kat aku kau nice meet tak?" soal Hazeeq bertubi tubi sambil mengikut langkah panjang Aylan.

"Shut up Hazeeq Izat. Aku lempar kau ke bawah nanti" ujar Aylan garang.

Wajah Tuan Ehsan dipandang tanpa perasaan. Bala bala, baru sahaja dia mahu menyeronokkan diri boleh pulak dia terserempak dengan papa nya pula.

Bapaknya tak apa ini yang sekali emaknya anak nya bakal adik iparnya kenapa?

Awlia memusingkan kepalanya menghadap ke arah ibu tirinya. Ada yang kena tekup kepala nanti.

"Awlia, tak makan ke? papa tengok kamu tak order apa apa pun" soal Tuan Ehsan lembut.

"Tak, puasa" jawab Awlia selamba.

"Awlia gerak dulu lah pa maybe kawan Awlia dah sampai" bohong Awlia. Dia bukan apa, nak menghadap bapaknya boleh lagi tapi nak hadap pengantin baru itu berpinar matanya.

"Hai, kawan jantan ke yang tak menyabar nak pergi tu? khabar kita tak bertanya" perli Siti apabila melihat Awlia yang sudah bangun dari kerusinya.

Berdesing telinga Awlia mendengar persoalan yang keluar dari bibir mulut ahli syurga itu.

"Mak cik sihat ke?" soal Awlia lembut selembutnya.

Tanpa menunggu balasan dari bibir Titi terus dia menambah.

"Sihat la kut, tak mati lagi. Masih tengok bertenaga pulak tu" ujar Awlia lalu tertawa sinis.

"Kau jangan nak kurang ajar sangat! dari umur belasan aku bela kau Awlia Erya!" ujar Siti bengang.

"Oh" jawab Awlia lalu mengangguk kan kepalanya.

Bela apa kejadahnya kalau hari hari fizik dan mental dibuli? bela dengan kekasaran ke? bela dengan penuh kebencian ke?

"Baiklah kalau macam tu. Mak cik sangat hebat dapat bela saya jadi macam sekarang ni. Swag tak?" seloroh Awlia.

Sesungguhnya dia sudah lali dengan segala tomahan yang keluar dari ibu tirinya.

"Bye, assalamualaikum. Hati hati mencekik tu jangan tercekik sudah. Nanti harta bapak saya jatuh kedebuk dekat tangan saya pulak" ujar Awlia.

"Sudah Siti" ujar Tuan Ehsan tegas. Silap dia juga bila mana Awlia bertindak seagresif seperti ini.

Erya Ezric : la storia d'amoreWhere stories live. Discover now