04

19 4 0
                                    

jaeha pov.

" cepat lah jaeyong. aku lapar ni " ucapku perlahan sambil menunggu jaeyong ambil kunci motor dia tertinggal kat bilik klub editor.

habis je kelas, jaeyong ajak aku keluar dengan tergesa gesanya. kata dah lambat nak jumpa member dia dan aku pun kena ikut sama.

takpe asalkan dapat job huhu.

vroom!

aku pusing belakang. pergh budak mana ni. bawak motor bike pergi sekolah, mesti anak orang kaya ni, mintak je apa dia nak kat parents dia.

diam diam aku tengok budak tu panaskan enjin motor dia. bunyi motor tu, serius buat aku tertarik.

cie padahal motornya lebih kurang sama je macam jaeyong punya motor. cuma colour yang lain.

colour kuning, sangat menarik perhatian aku.

tengah sibuk aku amati dia dari jauh, tiba tiba dia pandang aku juga. dengan kepala yang sudah ditutupi helmet, aku dapat rasakan mata kami bertemu.

tangannya masih memulas pemegang motor(?) untuk panaskan enjin motor tapi dia masih tak berpaling dari melihat aku.

urgh awkward pulak.

saja aku tengok sekeliling, baru perasan cuma ada aku dan dia dekat tempat parking motor ni.

aku bow pada dia dari jauh dan tersengih malu. macam bongok je usha orang.

baru saja aku nak berdiri tegak semula, motor dia laju melepasi aku dekat tepi dengan bunyinya.

terdiam aku. motor dia lalu betul betul tepi aku. angin bertiup mengenai rambutku.

sosok dia yang membawa motor bike kuning, semakin menjauh dari pandanganku.

seketika aku tertanya...

siapa dia?
.
.
.
.
.

skip.
jaeha pov.

jaeyong swag
duduk situ kejap
aku ada hal, apa apa bagitau

aku hanya baca chat dari jaeyong dan simpan henfon dalam beg semula. suasana tempat ni aku perhatikan.

ramai lelaki dan semuanya nampak lagi tua dari aku. i mean like senior! terasa segan pula. dasar jaeyong... suka tinggalkan aku...

" kawan jae right? "

aku dongakkan kepala, mendapati seorang lelaki berdiri sambil pegang ipad ditangannya.

" ya saya... um selamat berkenalan " dengan cepat aku berdiri dan bow pada lelaki tersebut.

" hehe selamat berkenalan. nah, coffee. minum lah dulu sementara tunggu jae "

secawan coffee dia hulurkan padaku. nak tak nak terpaksa aku ambil even aku tak berapa minat coffee. seketika aku senyum kecil.

lelaki tadi kembali ke mejanya dan tinggalkan aku di sofa seorang diri. aduh, segannya. ramai betul lelaki dalam ni.

tambah tambah pulak semua goodlooking.

" doy. tu, tetamu kita dah sampai "

tengah sibuk aku hirup coffee dengan berhati hati, ada seseorang menghampiriku dengan tangan berada dalam poket.

aku dongakkan sedikit kepala sambil cuba hirup coffee tadi.

" uhuk— "

laju tangan aku menutup mulut. nasib baik tak tersembur coffee yang aku minum. aku kelipkan mata beberapa kali untuk memastikan orang yang tengah berdiri dekat depan aku sekarang.

" k-kau?! " ucapku, tidak percaya.

semua pandangan beralih pada kami berdua. jangan tanya apa reaksi aku, 100% terkejut.

" kenapa kau... EH "

tangan aku serta merta ditarik olehnya, dibawa ke tempat lain, bukan tempat public. dia bawa aku ke bilik kosong, mungkin bilik editor yang lain.

" kenapa apa? cakap lah " soalnya selepas menutup pintu bilik rapat.

dengan aku yang bersandar pada pintu, dan dia yang sedang memandang aku macam ada benda tak puas hati.

" k-kenapa kau... ada kat sini? " tanyaku sekali lagi. aku lihat sekilas nametag di bajunya.

jadi dia lah yang jaeyong maksudkan tadi masa kat sekolah?

kim doyoung?

" ini studio aku. dan kau? "

aku merenung matanya lama.

" woi "

" YA " balasku terkejut.

doyoung membalas renunganku buatkan kami berdua sama sama diam, merenung antara satu sama lain.

" so nama kau jaeha? hm "

senyuman jahat terukir dibibirnya selepas melihat nametag aku. matanya kembali merenung aku.

taktahu nak balas apa, aku just diam dan cuba larikan pandangan.

" aku tak pernah tahu jaeyong ada kawan perempuan. oh... jap... kau ni kawan dia atau maybe... perempuan simpanan dia? "

mataku membulat, mendengar ayat yang dia lontarkan.

PLAK!

ぅ་ ᳝◝𖥻

puzzle - kim doyoungNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ