08

14 4 0
                                    

jaeha pov.

terasa dunia bergerak lambat. aku rehatkan kepala dekat meja lepas salin nota yang cikgu bagi dekat whiteboard.

jam baru pukul 5.30

lagi setengah jam nak balik. adeh nak rehat :(

sementara tunggu cikgu explain pasal benda lain, aku keluarkan henfon senyap senyap dekat bawah meja. kejap kejap aku pandang cikgu, kot kot terkantoi main henfon dalam kelas.

sempat aku silent henfon. risau orang call tiba tiba HAHAHAH

mun jaeha
weh
lambat gila salin nota
aku dah siap dah HAHAHAHA

lepas send chat, aku curi curi tengok jaeyong kat depan. kalut dia ambil henfon sebab bunyi notifications masuk AGAGAGA suka betul aku kacau dia.

dia pun buat benda sama, keluarkan henfon dari bawah meja senyap senyap. selang beberapa saat, dia toleh belakang.

aku tergelak dan jaeyong dengan selambanya tunjuk jari tengah kat aku.

jaeyong swag
diam bongok
jangan kacau aku nak belajar

kali kedua aku tergelak. dasar budak kaki ponteng kelas. kemain nak belajar, tak percaya aku.
.
.
.
.
.

skip.
jaeha pov.

" siot kau. sebaik aku sempat silent henfon tau. kalau tak habis kena bebel dengan cikgu sebab bunyi notifications kuat sangat " kata jaeyong lalu mencampakkan helmet padaku.

sebaik aku cepat tangkap.

" hehe bukan selalu kacau kau en HAHAHAHA "

aku ketawa kecil.

" btw... "

aku jungkitkan kening, memandang ke arah jaeyong, menunggu dia habiskan ayat.

" doyoung kata... "

ha sudah. kenapa tiba tiba doyoung...?

" asal dengan dia? " tanyaku, ingin tahu. takde angin takde ribut tiba tiba doyoung. dia nak ajak aku gaduh ke apa?

jaeyong tengok aku sambil usap dagu dia. macam ada benda dia nak tanya tapi dia ragu ragu.

" sebelum tu, kau... dengan doyoung... "

" KENAPA " potongku geram. ish bukannya nak habiskan ayat, suka lambat lambatkan.

" hehe takde ape lah. jom gerak. diorang dah tunggu kat studio "

aku tayang muka hampa. memang perangai budak sekor ni.
.
.
.
.
.

skip.
jaeha pov.

sampai saja dekat studio, aku terus duduk dekat sofa. letih gila seharian ni, taktahu kenapa. padahal dari sekolah ke sini, naik motor.

tapi penat macam jalan kaki.

aku rehatkan diri seketika. saja tutup mata kejap, tau tau terasa ada orang duduk dekat sebelah. perlahan lahan aku buka mata semula.

jaeyong dekat sebelah pun tengah sandarkan kepala dia dekat sofa sambil peluk tubuh dan tutup mata. aku tersenyum kecil.

faham sangat, dia lagi penat sebab bawak motor.

dengan bersahaja, aku rehatkan kepala aku dekat bahu dia.

" terkejut aku... " katanya perlahan buatkan aku tersengih. dia dah biasa dengan perangai aku, no wonder lah kitorang bestfriend.

tengah elok aku tidur kat bahu jaeyong, dia tiba tiba rangkul bahu aku juga.

" tidur tidur... jap lagi aku kejut kau " sambungnya, dengan lembut menepuk bahuku. ini lah gunanya kawan HAHAHAHA
.
.
.
.
.

skip.
jaeha pov.

rasa tak selesa tidur macamni, aku buka mata selepas tidur sekejap. aku menguap dan toleh ke tepi.

kesian pulak dekat jaeyong.

EH?

mata aku terkebil kebil. aku mimpi ke ni.

" puas tidur? " tegur doyoung dengan suara cold dia. aku pulak dah pelik, bukan ke tadi aku tidur kat bahu jaeyong.

kenapa tertukar orang pulak ni.

" sorry... bahu kau... " aku urut sikit bahu dia, sambil tunduk kepala.

malu yang teramat. lagi satu mana pergi jaeyong?!

perlahan tangan aku ditepis olehnya.

" bahu aku okay. "

aku anggukkan kepala, tanda lega.

" lain kali kalau penat tak perlu datang studio. jaeyong ada, boleh coverkan kau " sambungnya, sambil mata melekat dekat henfon.

how dia boleh bercakap dengan orang tanpa tengok orang tu dulu?

" tak, aku tertidur je. um... mana jaeyong? " soalku lalu meliar mencari keberadaan jaeyong.

doyoung memandangku sekilas. " dia keluar dengan rin, jumpa customer "

mataku membulat. " HABISTU? T-TINGGAL KITA BERDUA JE DALAM NI? "

" lepastu? apa masalahnya? "

doyoung tongkatkan kepala dia dekat kepala sofa, sambil tenung aku lama.

" a-aku nak balik! "

" baik kau duduk sini diam diam sebelum aku datang dekat "

terus terhenti langkahku. aku kembali duduk dekat sofa, bersebelahan dengannya dan diam.

awkward lah gilaaaa.

aku curi curi tengok doyoung yang masih dengan henfon dia. sekarang aku nak buat apa?? baik aku balik je.

" aku ada kerja nak buat. jangan nak pergi mana mana, tunggu sampai jaeyong balik "

doyoung tiba tiba bangun, nak masuk bilik editor dia.

" a-aku taknak duduk luar sorang sorang " balasku, laju. doyoung tiba tiba smirk.

" habistu kau nak duduk dengan aku dalam bilik tu? "

okay aku rasa aku tersalah cakap.

ぅ་ ᳝◝𖥻

puzzle - kim doyoungWhere stories live. Discover now