07

20 4 0
                                    

jaeha pov.

esoknya,

jam menunjukkan tepat jam 7.

dah dalam bas pun masih mengantuk. aku menguap dan meregangkan badan sedikit. salah sendiri lah tidur lewat semalam.

sebab fikir chat doyoung.

ada ke patut dia tulis macamtu lepastu pergi delete chat tu. ingat aku tak sempat baca ke?

" hoahh... "

aku sandarkan kepala pada tingkap bas. time bas tengah berhenti sebab traffic light, elok aku lena kejap. perlahan lahan aku pejamkan mata.

vroom!

" aduh bising! " kataku geram. aku toleh ke tepi, menampakkan motor bike berwarna kuning turut berhenti kerana traffic light warna merah.

jap— bike kuning?

diam diam aku menatap ke arah pelajar yang bawa motor tersebut. sah dia lelaki.

tengok gaya dah tahu. tapi aku tak pasti siapa dia.

tengah elok aku curi curi tengok dia, orang tu tengok aku juga.

lama kami berpandangan.

aku mengelip mata beberapa kali. alamak, kantoi pulak aku pandang dia.

nak cover malu, aku sengih padanya even aku taktahu apa reaction dia disebabkan helmet yang menutupi mukanya.

selang berapa minit, traffic light bertukar hijau. bike kuning laju memecut di sebelah, meninggalkan aku yang masih berada dalam bas.
.
.
.
.
.

skip.
jaeha pov.

" jaeyonggggg "

aku berlari anak ke arah meja jaeyong. dia tengah makan dengan kawan dia, rin, leehyun dan doyoung.

terbatal niat nak join diorang makan lepas nampak muka ketat doyoung tengah tengok aku dari jauh.

" um? jaehaa. sini lah " panggil rin.

belum sempat aku nak lari dari kantin, rin dah panggil. habis leehyun dengan jaeyong toleh ke belakang juga.

nak tak nak terpaksa lah aku pergi jugak kat diorang. tempat duduk kosong di sebelah jaeyong aku duduk.

malangnya, depan aku ada doyoung. WHY HIM???

" baru habis kelas? " tanya jaeyong yang sedang lahap makan nasi goreng kimchi kantin. aku tenung dia dekat tepi.

dengan geram, telinga jadi mangsa cubitan aku.

" WEH APA NI " jeritnya kuat.

" kan dah kena dengan aku. suka ponteng kelas lagi... lepastu aku yang kena marahhhh "

aku memeluk tubuh, memandang ke hadapan yakni ke arah doyoung.

actually aku tak pandang dia pun, aku just pandang depan like posisi dia kan dekat depan aku.

saja nak buat buat merajuk dengan jaeyong.

" ala jaeha macam tak biasa dengan budak ni. dia dari sekolah rendah suka ponteng HAHAHAHA " gurau rin. leehyun mengangguk, setuju dengan apa yang rin cakapkan.

aku tergelak.

seketika mata aku menangkap doyoung yang tengah tengok aku. terdiam aku dibuatnya. tiba tiba rasa lain.

terus teringat chat dia semalam.

jumpa esok.

patut ke aku tegur dia dulu?

" h-hai— "

" weh doy, ada orang call tu " tegur jaeyong tiba tiba.

doyoung terus capai henfon dia. muka dia serta merta berubah dari serius kepada soft lepas tengok siapa yang call.

sah lah girlfriend dia kan? kalau dah sampai cover senyum bagai.

" gerak dulu " katanya, meminta diri. serentak, jaeyong, rin serta leehyun melambaikan tangan pada doyoung dan kembali berborak.

aku... hanya melihat dia yang ingin bergerak pergi.

tengah elok aku amati doyoung yang sedang bercakap dengan henfon, tiba tiba dia pusing ke arah aku dam gerakkan mulut dia seolah olah nak sampaikan sesuatu.

aku yang lambat tangkap cuba mengesan perkataan yang dia lontarkan.

perlahan lahan aku mengikut gerak geri mulutnya.

be-belajar... e-elok... e-elok...?

doyoung angguk perlahan dari jauh dan bergerak pergi sehingga hilang dari pandanganku.

" what...? "

aku tepuk pipi perlahan.

ぅ་ ᳝◝𖥻


puzzle - kim doyoungWhere stories live. Discover now