14

9 3 0
                                    

jaeha pov.

" huargh... "

aku rebahkan badan dekat katil selepas sampai ke rumah. harini balik lewat sebab naik bas.

jangan tanya kenapa tak balik dengan si jaeyong. semua sebab taknak disoal.

menipu lah dia tak syak apa apa antara aku dengan doyoung tadi. nampak jelas dia simpan and nak tanya nanti bila berdua.

tapi aku bijaknya pergi lari HAHAHAHA, sanggup balik sendiri.

aku buka stokin dan merenung siling bilik. banyak betul benda berlaku harini.

mostly doyoung lah buat aku tak tenang.

huft, kim doyoung...

such a big problem.

drrt drrt

aku capai beg sekolah dekat bawah katil. jangan pelik kenapa beg aku kat situ sebab lepas balik tadi aku main campak je merata.

habis beg kena selongkar dengan aku. rambut dah serabai... takde rupa perempuan dah -_-

rin
jaehaayaa
i need your help~
pleaseuu~

aku tergelak membaca chat dari rin. comel betul senior perempuan aku yang sorang ni.

mengalahkan jaeyong dia punya manja :D

mun jaeha.
yes?

rin
aku rasa aku tertinggal kunci kereta dekat studio
rumah kau kan dekat dengan studio?
boleh tolong checkkan kalau ada?

mun jaeha
sure
kalau ada aku inform

rin
okie, thank you love!
.
.
.
.
.

skip.
jaeha pov.

" hoodie hoodie... "

aku mencari hoodie yang baru saja aku basuh semalam.

malas nak bergaya, aku sarung saja hoodie dan segera turun ke pintu utama lepas siapkan diri.

tak sempat nak makan pun sebab takut kunci kereta rin hilang pulak kalau berlengah lengahkan masa.

usai kunci pintu rumah, aku berjalan kaki ke studio. angin malam menyapa wajah.

sejuk tapi tenang.

kalau makan kat luar pun okay ni.

ladies and gentleman~

dengan malas aku angkat video call dari jaeyong. sempat aku tutup muka aku dengan penutup hoodie.

" haaa apasal " jawabku malas.

muka jaeyong baru lepas bangun terpapar jelas dekay skrin. dengan baju tak pakai, ingat sexy lah tu.

" mana? "

camera fon aku halakan pada sekeliling.

" otw nak pergi studio. ambik rin punya barang "

aku switch camera depan semula sambil tengok jaeyong. bapak serabainya, anak siapa lah ni.

" iya... weh, aku lapar. huargh...! "

aku geleng kepala tengok jaeyong menguap dan menguak rambutnya ke belakang.

" pakai baju lah gila. ish rosak mata aku "

kedengaran suara jaeyong ketawa. dia dekatkan muka dia pada camera dan tersengih macam pervert.

" eleh... tergoda ke tu...? "

*uhuk

tersedak air liur sendiri lah jawabnya. dengan bersahaja, aku tunjuk jari tengah dekat skrin buatkan dia ketawa lagi.

" lepas ambil barang dekat studio, teman aku makan jom? "

aku buat buat fikir, sengaja nak buat dia tertunggu.

" yelah weh taknak sudah— "

" ish ye lah "

" betul ni?? kalau macamtu aku siap dulu, nanti aku amik kau depan studio. bye "

tut.

aku ternganga. dia end macamtu je?

dasar jaeyong...
.
.
.
.
.

skip.
jaeha pov.

aku tekan password pintu depan studio.

selesai buka, aku masuk perlahan lahan. gelapnya.

suasana studio yang agak sunyi ni buatkan aku teringat masa aku cari jaeyong dalam bilik editor dekat sekolah tu.

ergh ngeri.

dengan pantas aku ke ruang utama kitorang selalu lepak dan cari kunci kereta rin.

" waduh. mana pulak kunci dia ni " rungutku.

mata tak berhenti melilau sekeliling, kot kot terjatuh kat tempat lain ke.

torch light henfon aku belum dapat tampung ketakutan aku sekarang. even dah ada sikit cahaya, tetap takut.

*kriet...

" hah shi— "

bunyi derapan kaki masuk dari pintu utama.

cepat cepat aku nyorok dekat belakang sofa yang selalu jadi tempat tidur aku.

bodoh... time time macamni lah ada orang nak masuk. tapi siapa?

aku off torch light henfon dan hanya diam dibelakang sofa. sedaya upaya aku cuba untuk tak keluarkan sebarang bunyi.

leehyun?

rin?

qiery?

sam?

HA. JAEYONG?

aku bangun untuk dapatkan jaeyong tapi aku kembali menyorok bila nampak sosok yang lain.

d-doyoung?

apa dia buat dekat sini malam malam?

" doy! dengar dulu lah apa saya nak kata "

damn.

suara perempuan.

yang pasti bukan suara rin atau qiery.

" awak salah faham doy "

suara perempuan tadi semakin menjauh dari tempat yang aku nyorok. suara orang tengah bergaduh samar samar aku dengar.

*bam!

pintu bilik doyoung dihempas kuat sehingga aku sendiri terkejut.

dengan perlahan lahan, aku mengintai dibelakang sofa. betul tekaan aku, lampu bilik doyoung menyala.

dan dapat aku rasakan ada orang di dalam sana.

tanpa sedar, aku berjalan ke arah bilik tersebut dengan berhati hati dan mengintai dari luar.

ada doyoung...

dan perempuan tak dikenali...

deg

deg

deg

" we're end here. stop it— "

mataku membulat, ketika melihat scene yang tak sepatutnya berlaku depan mata aku sekarang.

dengan geram, pintu bilik doyoung aku buka dengan kasar, menampakkan reaksi terkejut mereka berdua, lagi lagi kim doyoung.

" j-jaeha... "

ぅ་ ᳝◝𖥻

puzzle - kim doyoungOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz