20

11 3 0
                                    

jaeha pov.

" terima kasih pakcik " ucapku seraya menggalas beg, mahu turun dari teksi. usai menutup pintu teksi, aku mengurut dahi.

kuatkan diri mun jaeha.

lupakan masalah semalam dan jangan terlalu lemah untuk seorang lelaki innocent macam dia.

aku atur nafas, kemudian berjalan memasuki perkarangan rumah.

tidak usah ditanya kemana aku pergi semalam sampai tak reti balik rumah sendiri. aku pergi healing, lepastu bila dah okay, rasa nak balik, tiba tiba hujan lebat.

memang cari tempat terdekat yang boleh berteduh lah jawabnya. nasib baik cuti sekolah.

aku menguap besar.

sudahla tak tidur semalaman, mata bengkak. sekilas tengok dekat camera henfon, dah macam anak cina takde tempat perlindungan.

" hm? "

langkahku terhenti apabila terpandang sesuatu.

serta merta bulu romaku menegak. tanpa sedar, aku undurkan beberapa langkah ke belakang.

omg...

siapa pula yang tengah duduk depan pintu rumah aku tu...

duduk sambil peluk lutut pula tu. tak dapat aku nak cam mukanya.

gulp.

terasa seram pula. dahlah baru jam 7.00 pagi. langit pun tak terang lagi, masih gelap. macam mana kalau itu hantu? stalker? atau psikopat?

macam macam aku fikir sekarang. gelisah betul tengok figura tersebut.

patut ke aku call polis? argh apaa aku nak buat. pandanganku masih melekat pada figura tersebut, masih tidak bergerak.

patung ke?

untuk kali kedua, aku menelan air liur. jujur aku kata, seram. sekarang kat luar ni dah lah sunyi, orang pun kebanyakan belum bangun.

dengan keberanian yang aku kumpul, langkahku maju beberapa inci ke hadapan semula. perlahan lahan aku mendekati figura yang sedang duduk memeluk lutut itu.

tak mahu mengeluarkan sebarang bunyi, aku berjalan perlahan kemudian bersiap sedia mengangkat tangan, mahu menyentuhnya.

" jdksbdjsdbsh jebal... " kataku perlahan, dengan penuh ketakutan.

dalam kiraan tiga, tangan kananku menyentuh 'figura' tersebut. refleks, 'figura' tersebut memberi reaksi dengan sentuhanku.

aku tergamam, melihat 'figura' ini mendongak. sepasang mata membalas pandanganku.

" doy— hah! "

tindakan dia yang seterusnya membuatkan aku terkejut dan terdiam seribu bahasa. hampir sahaja badan aku nak terjatuh ke belakang tatkala dia laju memelukku.

aku sudah seperti mannequin, tidak bergerak walaupun seinci dari tempat aku berdiri. jantungku terasa mahu cabut sekarang.

" j-jaeha... " bisiknya lembut. nafasnya juga kedengaran di cuping telingaku.

pelukannya tidak dibalas, malah dibiarkan sahaja. entah mengapa, perasaan marah seperti mahu muncul semula.

" yah. lepaskan aku " balasku dingin. badannya aku cuba tolak, namun gagal. doyoung memelukku dengan sangat erat.

" lepas. " kataku lagi, seakan akan memberi amaran padanya.

selang beberapa saat, doyoung lepaskan aku dari pelukannya.

sedikit terpana melihat keadaan dia saat ini. bibir yang sangat pucat, mata sayu, muka merah, rambut dan baju basah. aku mengeluh kesal. jangan kesiankan dia, mun jaeha.

puzzle - kim doyoungWhere stories live. Discover now