19

10 3 0
                                    

author pov.

5 jam berlalu, masih tiada khabar dari jaeyong tentang jaeha buatkan doyoung risau.

sejak kebelakangan ni, doyoung hanya bergantung pada jaeyong, kawan baiknya yang sorang tu. segala cerita tentang jaeha, dia tahu melalui jaeyong.

dan sekarang doyoung masih menunggu, khabar dari jaeyong.

doyoung menjadi runsing, selalunya cepat saja jaeyong inform dia, kalau lambat pun tak lah lambat macamni.

doyoung mengusutkan rambutnya.

seketika dia terfikir, apa jadi sebenarnya. semua yang jadi, masih salahnya juga?

mun jaeha.

nama yang selalu ada dalam fikiran doyoung. walaupun doyoung kurang beri perhatian pada gadis itu didepan, tetapi dibelakang...

jaeyong saja yang tahu.

setiap yang jaeha lakukan, doyoung ambil tahu. dah suka nak buat macam mana :)

" jaeha... " omel doyoung.

sejak tadi doyoung masih berada di studio, tiada niat mahu pulang ke rumah. dengan apa yang berlaku tadi. riak wajah jaeha yang nampak marah terus berlegar dalam ingatannya.

" kalau lah aku tak teringat dengan hubungan ni. mesti– "

drrt drrt

laju tangan doyoung mencapai henfon.

rasa semangat mahu melihat isi chat, terus bertukar menjadi suram tatkala melihat nama yang terpapar di skrin henfonnya.

YAEBIN 💗
doy
esok awak free?

doyoung mengeluh kesal. ini lagi sorang, menambah lagi masalah yang ada. dia merenung isi chat tersebut tanpa membalasnya.

tangannya ralit menscroll ke atas chat dari 'yaebin', perempuan yang saat ini mengganggu hubungan dia dan jaeha.

hubungan?

sedang dia menscroll, tangannya terbaca sesuatu. serta merta jarinya berhenti dengan sendiri.

dahi doyoung berkerut. dia merenung lama chat yang nampak tidak familiar di matanya.

YAEBIN 💗
trust me, just this time
i love you
kim doyoung

makin berkerut dahinya membaca ayat tersebut. setahu dia, chat ni tak pernah masuk dekat notification lockscreen.

baca sekilas pun tak, apatah lagi membalasnya.

doyoung menggigit bibir, cuba memikirkan sesuatu sehingga lah jawapan dari persoalannya muncul.

" ARGHHH "

BAM!
.
.
.
.
.

author pov.

" JAEHAAA. BUKAK PINTU NI " jerit doyoung bersama dentuman yang dibuatnya. dia tak kisah apa yang mahu jiran sekeliling katakan, yang penting dia mahu berjumpa jaeha.

" MUN JAEHAAA. JEBAL! "

tidak mahu mengalah, doyoung menekan loceng rumah berkali kali. dadanya naik turun, penat berlari dari studio ke sini.

disebabkan tidak dapat berfikir dengan baik, habis motorbike di studio, dia tinggal, tidak digunakan.

" jaeha-ya... jebal... bukak pintu... "

doyoung sambung mengetuk pintu. nafasnya kedengaran, walaupun sedang hujan lebat. sepanjang perjalanannya ke sini, hujan mulai rintik rintik sehinggalah lebat yang teramat.

mungkin salah satu sebab tiada sahutan dari dalam, kerana hujan sehinggakan jaeha di dalam tidak mendengarnya.

ding dong!

ding dong!

" AGHHH JAEHAAA. BUKAKKK, BAGI AKU EXPLAIN BETUL BETUL DENGAN KAU " jeritnya lagi.

doyoung tidak marah, melainkan ingin melawan suara hujan yang sangat kuat itu.

sudah lah hujan lebat, suaranya sedikit demi sedikit menjadi serak, kerana terlalu lama menjerit.

terlalu penat menunggu, doyoung mengambil keputusan untuk duduk di situ.

air hujan yang dibawa angin mengenai wajahnya.

doyoung duduk sambil mengeluh kesal.

rambutnya dikuak ke belakang, rimas dengan rambut yang basah menutupi penglihatannya.

kasut basah, rambut basah, baju juga basah.

sesekali dia menoleh ke belakang, mana lah tahu pintu terbuka dengan sendirinya.

biar lah dia letak harapan setinggi langit sekali pun.

wajah doyoung tiba tiba bertukar datar tatkala terasa tiada tanda tanda pintu mahu dibuka dari dalam.

sehalus suara pun tidak kedengaran di telinganya.

doyoung mulai banyak berfikir. jaeha dah tidur? atau bangun tapi tak mahu buka pintu? atau dia memang tak dengar bunyi loceng?

lelaki itu buntu, kepalanya disandarkan ke pintu rumah yang masih tidak terbuka, berharap ia akan terbuka untuknya.

doyoung menarik nafas dan menghembusnya perlahan. dia cuba untuk berfikiran positif.

mungkin sekejap lagi terbuka lah pintu ni.

atau mungkin esok.

atau tidak selama lamanya untuk dia?

ぅ་ ᳝◝𖥻

puzzle - kim doyoungWhere stories live. Discover now