BAB 9 ♥️

721 24 1
                                    

Bab 9

"KAMU mengandung Mirza?" soal Melinda kali ke-5. Selepas merasakan ada gerakan di dalam perut. Melinda merasakan sesuatu.

"Hehehe" Mirza tersengih.

"Jadi kamu dah tahu?" Melinda terkejut lagi.

"Saja rahsiakan. Ini pun Mirza tahu waktu Amirul dekat hospital haritu. Mirza rasa tak sedap badan. Kemudian bila ingat semula. Amirul demam teruk. Muntah bagai. Macam waktu Mirza mula mula mengandungkan Amir dulu. Kemudian bila check, ada baby. Sebab itu firasat Mirza kuat mengatakan yang Mirza pregnant ma" jelas Mirza. Melinda menekup mulutnya. Tidak percaya.

"Jadi mama nak dapat cucu baru lagi la ni?" Melinda teruja walaupun anak yang dikandungkan Mirza hanya cucu angkatnya.

"Ya mama" Mirza ketawa.

"Amirul tahu tak ni?" soal Melinda.

"Sudah tentu dia lah orang pertama tahu sebab Mirza beritahu dia waktu di hospital hari tu. Nampak dia seronok sangat waktu tu ma. Sebab tu demam dia terus kebah. Sihat cepat"

"Ooo patut gembira semacam"

"Tapi ma. Ma rahsiakan benda ni dulu tahu sebab kandungan ni masih baru. Doktor kata baru empat bulat jadi Mirza nak jaga betul betul" bisik Mirza.

"Okay. Mama akan simpan rahsia ini ya?"

"Rahsia apa?" Aisaharee datang dari belakang.

"Eh papa"

"Apa rahsia rahsia ini huh? Nak tahu juga" Aisaharee mengambil tempat di sebelah Melinda.

"Tak ada apa pun hehe" Mirza dan Melinda berkata serentak sambil sama-sama ketawa kecil.








AMIRUL berjalan mengelilingi taman bersama Amir. Amir sendiri yang minta ingin ke taman jadi Amirul hanya layankan sahaja anaknya yang seorang ini.

"Buai laju laju. Sampai pokok sena" Amir bermain buaian yang ditolak Amirul. Dia sangat gembira hari ini kerana Amirul sudi meluangkan masa. Maklumlah pagi penat pergi sekolah. Waktu petang mesti nak rest otak kan?

"Apa dalam baju. Sekuntum bunga mawar" Amirul berhenti mengayunkan Amir.

"Bukan bunga cina ka?" soal Amirul.

"Oh ya eh? Hehehe" Amir ketawa kecil. Dia sambung bernyanyi lagu buai laju laju dengan nada yang perlahan.

"AHHHH" mendengar jeritan seorang kanak-kanak lelaki. Amirul dan Amir menoleh ke arah jeritan tersebut.

"Macam kenal" bisik Amir.

"Eh. Papa! Tu lah kawan Amir"

Zzap!

Amirul memandang kanak-kanak itu.

Bersama seorang perempuan.

Emak budak itu.

Macam kenal.

Siapa?








AMIRUL menggenggam tangannya dengar erat. Sebaik dia dan Amir pulang ke rumah. Amirul terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik. Mirza sendiri hairan dengan Amirul yang bertingkah laku agak pelik dari kebiasaan.

"Kenapa dengan papa tu Amir?" soal Mirza kepada anaknya.

"Tak tahu ibu. Tadi waktu balik pun papa menggeletar semacam lepas dia jumpa dengan mak kawan Amir tu"

"Mak kawan kamu? Siapa?"

"Kawan Amir. Aiman Sufyan"

"Sebab apa?"

Amirul Hazeer : Revenge Mission ©  [ C ]Where stories live. Discover now