BAB 56 ♥️

367 11 2
                                    

Bab 56

6 tahun kemudian

"Ahh, abang!!" marah Amirah selepas Amir mengejarnya bersama dengan anak lipas

"Amir!!!! Jangan buat adik macam tu, kesian dekat adik, haih" arah Mirza yang baru sahaja keluar dari dapur

"Mirza..." Aiden turun ke bawah bersama Adreana yang baru bangun tidur

"Adreana, bangun dah?" kata Mirza kepada Adreana

"Selamat pagi maklang" sapa Adreana, budak itu sudah pun mencecah 7 tahun

"Aiden, boleh tak awak tengokkan anak saya sekejap? Saya nak naik atas" kata Mirza

"Boleh, pergi lah..." lembut Aiden membalas

Selesai memasak, Mirza naik ke atas, ke tingkat atas sekali

Bilik rawatan Amirul

Tombol pintu dipulas dan daun pintu ditolak lembut, Amirul masih terbaring kaku di atas katil bersama alat bantuan pernafasan

Mirza membawa semangkuk bubur, walaupun Amirul dalam keadaan koma tetapi dia tetap perlu memberikan Amirul makanan

"Abang, hari ni Mirza masak bubur, abang makan ya?" kata Mirza lembut walaupun dia tahu Amirul takkan membalas

Topeng oksigen dibuka bagi memberi ruang supaya sudu dapat menyentuh bibir Amirul supaya makanan itu dapat masuk ke dalam badannya

"Abang... It's already six years abang, Amirah pun dah besar, Amirah tanya, kenapa papa dia tak bangun lagi? Dia teringin nak dengar suara papa dia... Dia teringin nak papa dia belai dia, abang... Janganlah lama lagi, enam tahun ni Mirza rindu abang sangat... Abang tak nak bangun lagi ka?" kata Mirza, reaksi Amirul masih sama... Kaku

"Tak apa, abang rehat la dulu, nanti apa-apa Mirza akan datang check abang balik ya? Mirza keluar dulu Assalamualaikum" Mirza kembali meletakkan topeng oksigen dan dia mula berjalan ke pintu keluar, pintu ditutup dengan rapat, dan Mirza kembali ke dapur

Aiden melihat Mirza kembali turun bersama mangkuk, dia tahu mesti Mirza berikan Amirul makanan

"Enam tahun dah..." Aiden pun masih tak sangka, yang Amirul masih belum bangun dari komanya

"Asif nak kahwin dah, macam mana ni Mirza?" tanya Aiden, baru-baru ini, Asif ada beritahu Mirza yang dia ingin mengahwini seorang wanita dari perancis, mereka bertemu ketika sama-sama mengaji di University Of Cambridge
tiga tahun lepas

"Tak tahu lah... Amirul tak bangun lagi"

Amir pula sudah berumur 14 tahun manakala Amirah enam tahun, Amir selalu meluangkan masa dengan Amirah untuk bermain bersama

"Ibu!!" panggil Amirah

"Ya sayang kenapa?" balas Mirza, Amirah sedang menarik bajunya

"Lapar" kata Amirah, matanya bulat memandang Mirza

"Lapar? Meh makan, ibu dah masak nasi goreng"

"YEAY!!!" Amirah menarik kerusi supaya ada ruang untuk dia duduk

Amir datang mengambil tempat di sebelah Amirah, pinggan diberikan kepada Amirah dan Amir menyedok nasi goreng untuk Amirah

"Aiden, Adreana, mari la makan sekali" ajak Mirza

Aiden menyuruh Adreana pergi dahulu sebelumnya, sementara dia pergi mengejut Syiela di atas rumah bersama anak-anak mereka yang lain

"Sayang" Aiden mengejut Syiela yang masih tidur di atas katil

Amirul Hazeer : Revenge Mission ©  [ C ]Where stories live. Discover now