Bab 18
SUDAH seminggu ia berlalu. Mirza sudah menerima hakikat tetapi Amirul masih belum.
Seminggu Amirul tidak makan. Dia tidak ada selera. Hanya Mirza sahaja yang terjaga makannya kerana Mirza sedang berpantang.
Pantang tanpa bayi sangat sakit.
Amirul menyediakan makanan pantang untuk Mirza tetapi Amirul tidak makan langsung kerana dia tidak ada selera.
Mirza banyak kali memujuk tetapi Amirul masih tidak mahu. Dia tidak ada selera ingin makan.
"Amirul macam mana?" soal Hendra selepas Amirul beredar.
"Dia tak makan apa apa lagi. Mirza risau lah abang" Mirza tidak tahu apa yang ingin dia buat. Dia buntu. Dia rasa ingin menangis kerana suaminya begitu.
"Abang akan pujuk dia lagi. Kamu jangan risau" Hendra melihat Mirza yang sedang termenung.
Berpantang tanpa anak di sisi sangat sakit. Mirza meroyan tidak seteruk Amirul. Amirul lagi teruk meroyan darinya.
Amirul merapu setiap malam. Apabila Mirza tidur di atas katil dan Amirul di bawah. Amirul selalu merepek seorang diri dan menyebut nama anaknya.
Dia tak sangka Amirul boleh jadi sesedih itu.
AMIRUL melepak seorang diri di kedai mamak itu. Dia hanya memesan air kopi ais tanpa gula. Amirul termenung seorang diri ketika di kedai itu. Dia ingin menyendiri kerana dia rasakan sesuatu.
Selepas kehilangan Amin. Amirul rasakan kehilangan sebelum ini.
Dia rasa dia pernah rasa kehilangan sesuatu selain Amni.
Dia rasakannya.
Tapi apa?
Apa dan siapa yang membuatkan dia rasa semua ini. Dia masih berfikir.
"Abang minta maaf sayang sebab tak jaga awak..." Amirul rasa bersalah kerana dia tidak menemani Mirza dalam pantang. Dia selalu menyendiri dan bila Mirza perlukannya dia hanya turut cuma tidak bercakap.
Mesti jiwa isterinya tidak tenang. Tambahan pula anak mereka sudah meninggal. Mirza berpantang tanpa anak di sisi. Itu sakit.
Amirul menghabiskan airnya dan bergegas pulang. Dia perlu minta maaf dan menemani isterinya dan menjadi penguat untuk isterinya.
DAUN pintu ditolak Amirul dengan perlahan. Dia melihat Mirza sedang nyenyak tidur.
Kuatnya dia.
Amirul mendekatkan diri dengan Mirza. Dia duduk melutut di atas lantai dan memandang wajah isterinya yang tidur di atas katil.
"S...sayang" panggil Amirul.
Mirza membuka matanya dengan perlahan apabila namanya dipanggil.
"Abang?" Amirul tersenyum mendengar Mirza menjawab panggilannya.
"Sayang dah lama tidur? Sayang okay?" soal Amirul prihatin.
"Mirza okay... Abang okay?" soal Mirza kembali.
YOU ARE READING
Amirul Hazeer : Revenge Mission © [ C ]
Fanfiction[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words : ( INC SPECIAL CHAPTER : 138K+ ) ( EXC SPECIAL CHAPTER : 130K+ ) DATELINE : Start : 17/4/2024 End : 6/7/2024