Bab 17
ASIF merapatkan kakinya ke arah dada ketika tidur. Dia ketakutan. Danial baru sahaja mengugut untuk membunuhnya jika dia memberontak. Dia takut.
Dia berharap ada yang datang menyelamatkannya. Tidak kisah siapa asalkan dia dapat keluar dari kurungan bawah tanah ini.
Asif ingin memejamkan matanya tetapi tidak boleh. Dia masih takut. Tipu lah kalau dia tak takut. Danial kalau cakap dia akan buat. Tak pernah tipu.
Asif memejamkan matanya tetapi tidak tidur. Kemudian dia terdengar bunyi tapak kaki berjalan ke arah bilik kurungan itu. Makin erat dia merapatkan lututnya ke dada. Dia takut.
Kedengaran jeriji besi itu dibuka. Asif sangat takut kalau ayahnya kembali untuk menderanya lagi.
"Bangun. Aku tahu kau tak tidur pun" apabila Asif mendengar suara itu dia rasa lega. Kerana bukan suara Danial.
Perlahan lahan Asif membuka matanya dan melihat satu susuk yang tegap dan tinggi yang datang seorang diri. Berdiri tegak di hadapan Asif dengan jaraknya satu meter.
"Ingat aku lagi kan?" soal lelaki berbadan tegap itu.
Asif menggangguk. Ya. Dia ingat.
"Jangan takut dengan aku. Kalau kau behave. Aku okay ja" nada suara lelaki itu sedikit lembut tetapi dalam keadaan riak wajahnya tidak berperasaan.
"K...kenapa, atuk buat semua ni? Apa salah... Asif?" perlahan Asif bertanya. Dia takut dimarahi
"Ayah kau tu ja yang gila. Aku tak gila lagi nak buat cucu aku macam tu. Anak mungkin"
"Kenapa atuk benci papa... Papa baik kut..." Asif masih bertanya
"Aku tak benci dia. Aku cuma suka main dengan dia dan jadikan dia mainan aku kalau aku bosan. Apa yang ayah kau buat sama dengan apa yang aku pernah buat dengan bapak kandung kau tu. Dan kau kena ingat. Dulu... Waktu mak dan bapak kau tu bercerai. Aku yang jaga kau tahu. Jadi. Bersyukur aku tak buat lebih extreme macam ayah kau buat. Apa yang ayah kau buat tu. Baru sikit actually. Bapak kau kena dulu lagi dahsyat" Asif memandang atuknya itu dengan anak mata yang bergetar.
"Tapi apa salah papa, atuk? He don't deserve that" ujar Asif
"Itu lah hukuman dia... Kalau dia bantah arahan aku. Aku akan hukum dia. That's it. Bukan aku benci dia pun"
"But you never treat him like your own son" serak suara Asif.
"Then? You want me to love him?"
"Just... Treat him like your own son. He's your son" lelaki itu diam. Dia berfikir
"I'll try. But don't think that I will love him permanently." lelaki itu ingin meninggalkan Asif disitu.
"Atuk..." langkah lelaki itu berhenti apabila Asif memanggilnya
"Ya?"
"Asif nak keluar dari sini... Boleh?" Asif meminta simpati. Harap atuknya itu hati lembut.
"Nak keluar?" dia berfikir
"Tengok dulu. Okay?" suara atuknya itu perlahan dan lembut.
Asif tidak tahu bagaimana atuknya dahulu. Papanya kena sama dengannya?
Diseksa. Dipukul. Begitu? Asif yang kena pun tidak dapat menahan sakit apa lagi yang dikatakan hanya sedikit sahaja deraan yang berlaku pada Asif.
Lelaki itu meninggalkan Asif seorang diri di situ. Asif hanya mampu berdoa semoga urusannya dapat dipermudahkan.
YOU ARE READING
Amirul Hazeer : Revenge Mission © [ C ]
Fanfiction[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words : ( INC SPECIAL CHAPTER : 138K+ ) ( EXC SPECIAL CHAPTER : 130K+ ) DATELINE : Start : 17/4/2024 End : 6/7/2024