BAB 45 ♥️

428 17 0
                                    

Bab 45

"T...TOLONG s...saya" rayu Amirul kepada orang Jefrey yang memukulnya

Sejak dari pagi sehinggalah waktu petang mereka tidak habis membelasahi Amirul, Amirul hanya mampu berdoa supaya mereka berhenti memukulnya, jika tangannya tidak digari sudah lama semua yang ada disitu makan penumbuk dia tapi disebabkan dia digari dia tidak mampu ingin berlawan

Salah seoarang dari mereka menarik kolar baju Amirul, jika pada malam semalam Amirul memakai baju t-shirt putih bersama dengan cardigan kini cardigan hitam miliknya sudah hilang dan hanya ada baju t-shirt lengan pendek bewarna putih

Dia menarik kolar baju Amirul, mata mereka berdua bertembung, mata Amirul yang bewarna coklat itu memandang mata biru anak buah ayahnya itu

"Bos kata, selagi kau tak ingat siapa dia. Selagi itu lah kami akan belasah kau" kata lelaki itu, Amirul menelan air liurnya, tangannya masih bergari jadi dia tidak mampu buat apa-apa.

Amirul pun dari semalam memaksa dirinya untuk mengecam wajah itu tetapi dia langsung tidak ingat. Amirul akhirnya menangis kerana tidak dapat ingat siapa lelaki itu

Dan hari ini. Dia menjadi mainan orang orang Jefrey

Tubuh Amirul dilepaskan dengan kuat, dapat dengar Amirul meraung kesakitan

Kolar baju Amirul ditarik sekali lagi, dan diberi lagi tumbukan pada perut Amirul

"AHHHHHHHHHH!!!!" jerit Amirul, darah dari badannya masih keluar akibat tikaman malam semalam

"L....lepaskan s...saya, k....kau orang d...dah lebih s...sangat ni... T...tolong b...berhenti, s...sekejap ja... B...bagi s...saya ambil nafas d...dulu" Amirul membuat tangan tanda minta pertolongan, dia satukan tangannya dari belakang untuk menyuruh mereka berhenti

"T...tolong" Amirul masih merayu, dia penat tetapi ada dia orang kisah? Dia orang tetap memukul Amirul berkali kali hingga Amirul hampir pengsan tetapi masih diberi ubat supaya Amirul tetap berjaga

Sudah hampir tujuh kali dan ini kali kelapan mereka menggunakan ubat berjaga untuk Amirul hinggakan kepala Amirul sangat pening, dan nak ja dia muntah dekat situ tetapi dia cuba tahan

Mereka terus memukul Amirul berkali kali, ada juga yang datang bersama cemeti lalu dipukul pada pinggul Amirul, sudah semestinya sakit yang teramat, Amirul hanya mampu menjerit sahaja

"Kau ni tak gentle ahh main jerit-jerit, jantan la sikit..." kata seorang lelaki, Amirul kini ingin mengeluarkan suara tetapi hanya angin yang keluar, dia sudah tidak mampu ingin bersuara, dia nak lelapkan matanya

"Eh, eh jangan tidur, jangan tidur, nanti ayah kau datang tengok kau tidur, mana boleh macam ni, selagi ayah kau tak datang selagi itu kau tak boleh tidur okay?" kata lelaki itu lalu menampar muka Amirul dengan kuat

Amirul tak tahu apa yang dia dah dengar sekarang

Ayah?

Amirul ingin mengambil nafas, nafasnya tersekat dan dadanya naik turun, akibat baju Amirul terkoyak akibat ditumbuk dan dipukul, dapat lihat pada dadanya yang sedang naik turun itu

Pernafasan Amirul pula mula tidak stabil, sudah itu dia ada masalah jantung, jadi lagi sakit dia dibuatnya ketika ini...

"Macam mana?" Jefrey datang...

Semua orang beredar dari Amirul dan memberi ruang kepada Jefrey untuk berjumpa dengan Amirul, Amirul terbaring kaku disitu, matanya samar melihat Jefrey, dia nak lelapkan matanya sekejap ja...

"A...ayah?" kata Amirul lemah, tubuhnya berkali kali dibelasah oleh orang ayahnya, tetapi Amirul tidak dapat melawannya kembali kerana dirinya yang masih dalam keadaan bergari itu

Amirul Hazeer : Revenge Mission ©  [ C ]Where stories live. Discover now