Bab 14

17 1 0
                                    

Elfyra seperti biasa , di dalam pejabat membuat kerjanya. Tapi apa yang peliknya..Azhar tak datang ke pejabat pun. Aku 𝑃𝐴 dia pun entah kenapa dia tak datang ke pejabat , bagitahu apa pun tidak , terus menghilang macam tu aje.

Tidak lama kemudian , telefon Elfyra berbunyi. Farisha , Farisha ialah sepupunya yang sudah di anggap sebagai kakaknya sendiri. Elfyra menekan butang hijau.

"Assalammualaikum , ye kak sha?"
Ujarku memberi salam

"Walaikummusalam , fyra. Balik sekarang boleh?" Ujar Farisha perlahan-lahan.

"Kenapa kak sha? Ada apa-apa ke? Kenapa akak cakap 𝑠𝑙𝑜𝑤 sangat?" Jawab Elfyra berasa risau.

"Ada orang nak meminang kamu." HAH?! MEMINANG?

"m--meminang? Siapa kak sha?" Tolonglah ibu..𝑌𝑎 𝑎𝑙𝑙𝑎ℎ , ibu tolonglah tolak..

"Apa eh nama dia..ah..ha! Azhar kot tak silap." Dengar aje nama itu terus hendak pengsan dia dibuatnya.

Elfyra tiba di rumah Puan Hidayah , terus dia keluar dari perut kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elfyra tiba di rumah Puan Hidayah , terus dia keluar dari perut kereta.
Dia memberi salam sebelum masuk , nanti kata kurang ajar pulak..

"Assalamualaikum--" Tak sempat Elfyra menghabiskan ayatnya , dia sudah melihat kelibat Azhar dan keluarganya. Betul apa yang Kak sha beritahu tadi.

Azhar terus bangun dari tempat duduknya.

"F--fyra.." Ujar Azhar gagap.

Puan Hidayah jugak berdiri dari tempat duduknya

Puan Hidayah mengajak anaknya ke bilik untuk berbincang.Setelah sampai ke bilik Puan Hidayah , Elfyra duduk di sebelah ibunya.

"Ibu..Fyra taknak khawin dengan Az.."
Ujar Elfyra menahan sebak.Maklumlah Elfyra ni manja sikit dengan ibunya.

"Ibu tahu , sayang..tapi ini untuk kebaikan fyra jugak..ibu tak sanggup tengok anak ibu macam ini.." Ujar Puan Hidayah.

"Macam mana ibu? Apa yang ibu tak sanggup tengok fyra macam mana? Fyra dah dapat kerja , apa yang ibu tak puas hati lagi? Kalau pasal rumah , insya-allah fyra sewa minggu depa--" Tak sempat Elfyra menghabiskan ayatnya , Puan Hidayah menyampuk.

"Pasal masa depan fyra , ibu takut fyra tak dapat khawin sebab fyra terlalu memilih , Az sahaja yang ibu percayakan. Ibu yakin dia akan jaga fyra baik-baik." Ujar Puan Hidayah. Elfyra hanya perlu redha , ibu hanya buat ini demi kebaikan dia juga. Puan Hidayah memeluknya lalu mengucup dahi Elfyra.

Memories [𝐂]Where stories live. Discover now