Bab 45

26 1 0
                                    

Elfyra mengunci dirinya di dalam bilik , dia menyampah melihat muka hodoh Azhar itu.

Dia berasa marah dan sedih dalam masa yang sama.

Pintu diketuk berpuluh-puluh kali tetapi tidak dibuka.

"Sayang , open the door." Azhar berkata sambil mengetuk pintu.

Senyap.

Elfyra memeluk lututnya sambil meletakkan kepala di atas tangannya.
Air mata akhirnya keluar dari matanya.

Matanya bengkak dan merah akibat menangis sepanjang malam semalam yang membuat dia tidak boleh tidur.

"Open. The. Door." Azhar berkata sepatah demi sepatah.

Elfyra mengabaikan kata-kata tegasnya itu.

Elfyra hanya merenung tingkap yang berada di sebelahnya itu.

"Elfyra , buka pintu--" Azhar tidak sempat menghabiskan ayatnya.

"Kalau aku buka pintu pun kau nak buat apa?! Minta maaf?! Nak khawin dengan Liyana?! Minta nak khawin lagi?! Nak ajak Liyana tinggal sini?!" Banyak soalan yang diberi oleh Elfyra.

Azhar mendiamkan diri lalu menjauhi dari pintu itu.

Elfyra mengeluh.

Elfyra menahan kelaparan kerana tidak mahu berjumpa dengan Azhar.

Tetapi dia seperti hendak pengsan jadi dia terpaksa keluar dari bilik.

Elfyra membuka pintu itu dan itulah dia.

Azhar sedang menunggunya di depan pintu itu lalu mengambil tangan Elfyra.

"Sayang , abang minta maaf--"

Elfyra menepis tangannya.

"Jangan sentuh orang boleh tak? Jijik." Kata Elfyra lalu berjalan ke arah dapur sambil mengusap perutnya yang semakin memboyot itu.

Elfyra membuka peti sejuk itu untuk mencari makanan tiba-tiba Azhar berkata.

"A-abang ada beli makanan dekat sayang , sebab abang terlupa nak beli barang dapur.." Azhar berkata seperti ingin menangis.

"Terlupa? Mesti sebab layan perempuan murahan tu kan?" Soal Elfyra.

"Azhar , El tanya ni. Mesti layan perempuan tu sampai lupa beli barang dapur kan?" Soalan yang sama Elfyra bertanya.

"T-tak.." Azhar menjawab.

Senyap.

"Suka la biarkan anak dan isteri sendiri kelaparan?" Elfyra berkata.

"T-tak , abang lagi benci abang biarkan isteri dan anak abang kelaparan.." Azhar menjawab.

"Janji setia kau pun aku tak percaya , apatah lagi dengan kau punya benci tengok orang kelaparan tu." Elfyra dengan beraninya dia menjawab.

Elfyra menjeling lalu kembali ke biliknya.

Langkah Elfyra terhenti apabila dia berasa seseorang memegang tangannya dari belakang.

"Lepas lah." Elfyra berkata lalu menepis tangannya.

Elfyra meninggalkan Azhar di belakang lalu memasuki biliknya.

Elfyra mengintip di pintu biliknya apabila mendengar Azhar keluar dari rumah untuk pergi ke kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elfyra mengintip di pintu biliknya apabila mendengar Azhar keluar dari rumah untuk pergi ke kerja

Elfyra mengeluh.

Azhar menyuruhnya ke kerja mulai esok , dia amat benci akan rancangan itu.
Dia tahu bahawa Azhar tidak memberinya peluang untuk berehat.

Dia juga mula bosan berada di rumah sahaja.

Dia keluar dari bilik lalu ke dapur. Langkahnya terhenti apabila terlihat sekeping kertas di lekatkan di peti sejuk.

' abang ada beli nasi goreng untuk sayang , sayang suka kan? Nanti kalau ada masa abang masak sendiri. Sayang mesti teringin nak makan masakan abang kan? Makan tau.'

-the husband you hate.

itu yang ditulis di atas kertas itu.

Jujur , dia amat teringin makan masakan suaminya sendiri. Tetapi tak ada rezeki , untung Liyana.

Elfyra hanya termenung pada TV.

Tiba-tiba teringat kenangan mereka berpelukan di atas sofa.

Tawa Elfyra dan Azhar bergema apabila menonton cerita kelakar.

"Suka engkau eh?" Azhar berkata lalu memicit pipi Elfyra.

"Ish , sakit la abang!" Elfyra menjerit kesakitan.

Azhar hanya ketawa.

Elfyra mencubit lengannya lalu Azhar pula menjerit kesakitan.

Mereka dua ketawa seperti orang gila.

Elfyra terus berhenti termenung apabila air matanya jatuh di pipi.

Dia mengesat air matanya.

"Kenapa aku kena nangis sebab dia? Dia tak berguna pun dalam hidup aku." Elfyra berkata sendirian.

Rumahnya amat sunyi apabila kes ini terjadi.

Risya juga bernasib baik kerana tidak tahu tentang ini.

Sorry tak on lamaa
Kita bz sikit minggu ni.

Thanks support !

-MEMORIES

Memories [𝐂]Where stories live. Discover now