Elfyra mengetuk pintu rumah Puan Hidayah dengan muka yang pucat.
Puan Hidayah membuka pintu dengan perlahan-lahan lalu memeluk anaknya itu.
Puan Hidayah menjemputnya masuk dengan dingin.
Ketika di ruang tamu , Puan Hidayah hanya diam tak terkata.
"Ibu..Az jahat ibu..D--Dia nak khawin dengan Liyana , ibu.." Elfyra berkata sambil menahan sebak.
Dia menjangka Puan Hidayah akan memeluknya tetapi dia salah.
"Biar la , yang kau nak mengelupur kenapa?" Puan Hidayah berkata.
Mata Elfyra meluas.
"Ibu.." Panggil Elfyra.
"Kau selalu nak orang lain faham tentang perasaan kau , orang lain pun ada kerja lain" Puan Hidayah berkata dengan kasar.
"Ibu..apa jadi dengan ibu?..Apa salah El dekat ibu?" Elfyra berkata.
"Macam ini lah..Mari aku beritahu kau tentang hal sebenar" Puan Hidayah berkata.
"Kau tu anak angkat!"
Elfyra terkedu.
"Eh aku penat la nak berlakon depan kau , aku ni khawin dengan bapak kau sebab harta aje..Tiba-tiba ada kau aje terus rosak rancangan aku!"
"Tetapi..nasib aku bijak!"
"A--apa ibu cakap ni?.." Elfyra bertanya dengan gagap.
"Sebenarnya..Selepas bapak aku mampus , harta tu semua jadi milik kau! Tapi..aku bijak! Hahaha!" Puan Hidayah ketawa.
"Kau tau kenapa kau tak dapat harta apa-apa pun dari ayah kau?" Puan Hidayah berkata.
"Sebab aku rampas harta tu dari kau! Hahaha! Kau ni bodoh sangat la , Elfyra!"
Bibir Elfyra mula bergetar.
"Kau ingat aku nak sangat ke jadi mak engkau?" Puan Hidayah berkata.
"Kau anak pungut! Membebankan ayah kau , aku dan laki kau!" Puan Hidayah meninggikan suara.
Seluruh badan Elfyra bergetar.
Pipinya sudah basah dengan air mata.
"K--kau bukan mak aku..mana mak sebenar aku?!" Elfyra berkata.
"Mak kau dah tak ada lah! Baguslah tu!" Puan Hidayah berkata.
"Ibu jahat! Ibu sama aje macam diorang!"
Elfyra terus keluar dari rumah Puan Hidayah lalu terus bergegas ke rumahnya.
Dia membuka pintu pagar rumahnya itu lalu dengan tidak sengaja dia ternampak kasut tumit tinggi yang berwarna hitam.Dia sudah tahu siapa.
Liyana.
Dia memasuki rumahnya itu lalu melihat Azhar dan Liyana sedang memegang tangan sambil menengok TV.
Malas hendak bergaduh , dia terus ke bilik tidurnya.
Bunyi pintu diketuk itu membuatkan Elfyra bangun dari tidurnya.
Elfyra membuka pintu itu lalu melihat kelibat Liyana.
Liyana sedang memegang sebotol ubat dan segelas air.
"Azhar suruh I bagi ni dekat u" Liyana memberi botol itu kepada Elfyra.
Lalu tidak sempat Elfyra mengambilnya , Liyana baling botol itu ke lantai.
"Ops! Sorry! Sengaja buat!" Liyana senyum sinis lalu menuang air sejuk itu keatas kepala Elfyra.
Elfyra hanya mendiamkan diri.
Liyana meninggikan Elfyra di belakangnya.
YOU ARE READING
Memories [𝐂]
Romance"I will never forget our memories together" -Azhar Mikhail. "And i will never forget our last memories together." - Elfyra Syarifa Sanggupkah Azhar Mikhail setia demi menunggu Elfyra Syarifa kembali padanya? Seorang perempuan yang bernama Elfyra Sya...