Dekatkan Jarak Kita, Raja Afiq

222 8 0
                                    

Namaku Izham. Cerita ini kisah benar yang terjadi pada aku beberapa tahun lalu. Waktu itu aku baru mula berkerja disebuah syarikat swasta. Aku memang terlalu mentah dan tidak punya banyak pengalaman menghadapi alam pekerjaan kerana ketika itu aku baru tamat belajar dari sebuah universiti tempatan. Segalanya begitu asing aku rasakan. Rakan sekerja kebanyakkannya dari golongan dewasa dan ramai yang sudah berumah tangga. Aku antara yang masih bujang dan boleh dikira hensem dan bergaya juga. Tumpuan mata rakan sepejabat ketika itu sering tertumpu kepada ku. Sebagai orang baru aku jadi agak kekok bila diperhatikan begitu namun sedikit rasa bangga bermain juga dihati kecil ku apabila menjadi perhatian ramai sebegitu.

Masa begitu cepat berlalu. Tanpa kusedari sudah hampir setahun aku bekerja disitu. Aku tidak lagi kekok menghadapi alam pekerjaan malah semakin bijak mengatur langkah melalui liku2 hidup di kota Kuala Lumpur. Ketika itu aku sudah pun mempunyai kereta sendiri . Langkah aku semakin jauh dan bebas. Disebalik semua perubahan yang aku tempuhi dihati aku masih lagi kekosongan dan sering mencari hala tujuan. Mujurlah aku punya seorang kawan baik bernama Nazri semasa sama-sama belajar dahulu yang sering menghubungi aku. Boleh dikatakan selang dua tiga hari kami pasti akan berjumpa dan lepak-lepak di KL menghabiskan waktu selepas kerja. Yang paling sering kami lakukan ialah pergi menjamu selera di merata tempat makan di KL. Nazri memang seorang yang periang dan aku sering terhibur dengan gelagat dan cerita-ceritanya. Aku telah mengenali Nazri luar dan dalam. Aku juga tahu orientasi seksualnya yang lebih kearah lelaki. Malah sejak dari zaman di universiti lagi Nazri boleh dikatakan begitu aktif dengan kegiatan itu. Dia bolehlah dikatakan antara yang terlaris sekali dikalangan rakan –rakan. Kelebihannya ialah Nazri memang pandai mengurut badan dan begitu pandai memuaskan pasangannya.

Di tempat kerjanya Nazri masih meneruskan kegiatannya. Dia begitu mudah mendapat mangsa. Entahlah apa yang dipandang pada Nazri. Ikutkan rupa biasa saja malah susuk tubuhnya pula gempal. Setiap kali berjumpa Nazri akan menceritakan pengalaman dia dengan sesiapa saja yang ditidurinya. Kebanyakkannya rakan sepejabatnya yang sering meminta khidmat mengurut badan. Pandai betul Nazri mengurut sehingga hampir setiap orang yang diurutnya pasti akan menyerah kepadanya tidak kira bujang atau suami orang. Aku sering terbuai dengan cerita-cerita ranjangnya. Oleh kerana terlalu sering terdedah dengan cerita begitu lama kelamaan aku semakin tertarik kepada dunia itu. Memang aku tak nafikan aku juga teringin sekali mencuba apa yang sering dilakukan oleh Nazri. Tapi ketika itu aku teramat malu dan tidak punya keberanian untuk menghampiri sesiapa apatah lagi mengajak melakukan perkara itu. Aku hanya memendamkan saja keinginan itu. Memang seksa dan derita sekali menahan keinginan yang tak kesampaian itu. Aku pula tidak punya sesiapa ketika itu. Habis baik aku lakukan ialah melancap sendiri mengenangkan cerita-cerita seks Nazri bagi melegakan gelora nafsu berahi ku yang semakin memuncak.

Di pejabat aku sering dihampiri oleh Raja Afiq yang sejak mula aku berkerja lagi sudah menunjukkan minat terhadapku. Namun ketika mula bekerja itu aku tak berani membuka cerita lalu aku berlagak biasa saja. Raja Afiq seorang di antara rakan sepejabat ku yang mudah ramah dan sangat mengambil berat tentang aku. Dia sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak ketika itu. Kami sering juga keluar makan tengahari bersama menaikki kereta aku. Ketika makan itu kami cuma berbual cerita biasa saja dan langsung tidak menyentuh soal seks. Aku berlagak macho habis semasa bersama Raja Afiq. Masa berlalu begitu saja tanpa apa-apa yang berlaku antara kami.

Pada suatu petang Raja Afiq menerpa office ku dan bertanyakan kepada ku samada aku berminat menonton konsert malam nanti. Raja Afiq berkata dia dapat tiket percuma melalui seorang kawan lain. Aku katakan ok saja padanya maklum sajalah masa tu aku bujang dan bebas serta tidak punya komitmen lain pada sebelah malam. Aku jadi terperanjat kerana Raja Afiq memberitahu aku bahawa aku dan dia saja yang akan pergi konsert itu kerana sangkaku dia akan membawa isteri dan anaknya sekali. Rupa-rupanya isteri dan anaknya ketika itu sudah dihantar pulang kekampung kerana bercuti. Aku pun ikut saja rancangan dia. Malam tu kami pun pergilah menonton konsert berdua. Selesai menonton kami singgah makan malam. Raja Afiq meminta aku menghantar dia balik kerana bas ke rumah dia agak lambat. Dia memang tidak mempunyai kereta. Aku tak kisah lalu terus saja meluncur kerumah nya sebaik selesai makan.

Naluri IIWhere stories live. Discover now