Dari Kerana Mata

171 6 0
                                    

"Honk, honk ....!! "

Bunyi honk keretanya di hadapan laman rumah keluarga membuatkan Hafiz tersedar dari lamunannya. Dia segera bangun dan menjenguk ke luar jendela. Di luar, kelihatan sahabatnya Yusry bersama-sama sepupunya sudah sedia menanti di dalam kereta.

"Tak singgah dulu ke ?" laung Hafiz sambil mempelawa mereka berdua untuk singgah sebentar.

"Yus rasa tak lah ....nanti lewat pula sampai ke K.L nanti."

Hafiz terus memasukkan begnyer ke dalam kereta. Setelah Hafiz bersalaman dgn ibunya ,mereka terus bertolak menuju ke Kuala Lumpur .

"Hai engkau nie tak besar-besar ..'cute' macam dulu jugak " Yusry memulakan perbualan ..Hafiz cuma tersenyum, hatinya berbunga apabila dipuji sebegitu, cuma dia tidak ingin menunjukkan riak gembira kerana takut disalah tafsir.

"Tak sangka engkau masih seperti dulu Hafiz ...seperti kali terakhir kita belajar bersama dulu." ucap Yusry sambil memandang cermin pandang belakang keretanya.

"Berbeza dgn engkau enam tahun dulu ..engkau makin berisi sekarang." Sampuk Hafiz pula

"mesti dah ader yang berpunya kan?"duga Hafiz.

Yusry cuma tersenyum simpul. Dia fokus meneliti keadaan jalan di depan. Tidak banyak kereta di kampung. Hafiz meneliti wajah kawannya melalui cermin kereta yang sudah enam tahun tak bersua, wajah campuran melayu dan Caucasian itu sugguh tidak puas untuk direnung. Kulitnya yang licin dan cerah ....dengan sepatang mata berwarna hazel....ahh memukau pandangan Hafiz. Sekali pandang, ada iras Michele Morrone tapi versi Melayu.

Hafiz rindu sangat kat Yusry. Dah lama mereka tidak bertemu. Maklumlah setelah Yusry bertukar sekolah mereka terus tidak berhubung sehinggalah minggu lepas.

Hafiz menghubungi sewaktu dia makan bersama Saf ....dan Yusry mengajak mereka bersama same pulang ke K.L . utk meneruskan pelajaran mereka ke semester yg seterusnya.

"Isk maner ader ........selagi mana engkau 'single' Hafiz. Yus akan 'single'" ...gurau Yusry.

Kereta meluncur laju, masing-masing diam sambil melayan perasaan. Sesekali sahaja mereka akan borak, untuk menghalau kesepian. Perjalanan mereka cuma ditemani oleh alunan lagu dari Suria FM. Tiba-tiba bait Dari Kerana Mata dendangan R Azmi berkumandang. Hafiz rasa bait-bait lagu itu sangat sesuai untuk mengambarkan perasaannya kepada Yusry.

Dari kerana mata
Yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda
Aku tergoda terkecewa


Dari kerana mata
Yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda
Aku tergoda terkecewa


Dari kerana mataDari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikamlah jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa


Hafiz dan Yusry memang bersahabat sejak di bangku sekolah rendah lagi. Masih segar di dalam ingatan Hafiz bagaimana mereka berdua selalu bertentangan mata di dalam kelas. Hafiz sukakan Yusry tapi ...siapalah mereka berdua utk mengenal erti cinta di waktu semuda itu. Malahan, adalah taboo bagi masyarakat Malaysia terutama komuniti Melayu untuk membicarakan tentang cinta sejenis. Memikirkan itu, Hafiz cepat-cepat menepis memadamkan niatnya. Dia tidak ingin dipulaukan oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, Hafiz tetap suka Yusry dan cintanya tidak pernah padam. Bila ada sahaja peluang, Hafiz suka meneliti pergerakan Yusry dan bila saja yus menyedarinya mereka akan berbalas tenungan dan kemudian keduanya akan senyum simpul sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Memang Hafiz sukakan Yusry ..tetapi suka untuk apa?

Di alam persekolahan menengah sekali lagi mereka ditakdirkan bersekolah yang sama.

Naluri IIWhere stories live. Discover now