1

9.7K 121 13
                                    

Assalamualaikum and hai. This story is dedicated to my BFF, SHAHIRA BINTI GHULAM RASOL. As you know, u always be my best friend i ever had. For your info, cerpen ni menggunakan bahasa2 yang sangat ringkas kerana bahasa yang terlalu mendalam serta mendayu penggunaanya bahasanya akan membuatkan saya (yang mudah lupa diri ini) cepat hanyut dalam penulisan yang tak sudah. Daripada Cerpen jadi Novel. Haa. So, first and foremost, cerita ni memang betul-betul jadi kepada diri ini. Dan diolah serta ditambah beberapa elemen yang pernah terjadi agar jalan cerita tidak begitu tergantung. No description available. Nak tahu? Bacalah. Sebarang komen atau pendapat boleh bagitahu eh :) okey much love bebeh ^_^

Kedengaran bunyi beg-beg yang diangkat serta diseret benar-benar membingitkan telinga. Bunyi pintu yang tertutup dengan sendiri sudah hampir empat kali memeranjatkan Amylia. Sesekali terlihat dia merengus kasar. Sepasang matanya tertumpu pada seorang perempuan yang kelihatan sedang bertungkus-lumus mengangkat satu bagasi besar serta satu lagi beg sandang. Amylia menghampiri gadis itu.

"Nak saya tolong apa-apa tak?"pinta Amylia sopan. Matanya liar memerhati sekeliling. "Awak datang dengan sapa?"soalnya lagi. Gadis itu hanya memandangnya kosong. Sesekali melihat mulutnya terkumat-kamit mengucapkan sesuatu. Apahal budak ni? Bisu ke apa? Belum sempat dia bersoal siasat, seorang wanita dalam lingkungan berusia empat puluhan datang kearah gadis itu dalam keadaan terkocoh-kocoh. Ada dua buah bantal serta satu beg yang dijinjingnya. Hati kecilnya mula tersentuh, untungnya siapa yang memiliki orang tua seperti ini......

"Sha! Sha sini sayang"wanita itu menghampiri.

"Maa this is so worse ma. Dina penat tau tak?"rungut gadis itu.

"Maaf la sayang... Papa sakit perut. Ha itu dia dah datang dah,"ujar wanita itu lagi. Mereka sama-sama mendapatkan seorang lelaki yang diberi gelaran papa.

Itu mungkin ibunya. Fikir Amylia sendiri.

Mereka semua meninggalkan Amylia dalam keadaan terkapai-kapai. Buat penat saja dia menghulurkan bantuan. Dirinya seakan tidak wujud diperlakukan oleh anak beranak itu. Amylia mengeluarkan talifon bimbit. Beberapa angka nombor ditekan lalu ditekapkan ke telinga.

"Hello, Ayu!"

"Ha kau kat mana?"

"Ok ok jap lagi aku datang. Bye"

Perbualan tamat. Kurang beberapa minit bayangnya lenyap di sekitar pejabat kolej Tun Dr Mahathir.

Dua jam kemudian..*dalam bilik*

"So, awak ni sakit apa ya?"soal Amylia sinis. Matanya tepat merenung Irdina. Irdina Atiqa, ataupun Dina. Salah seorang roomate barunya merangkap manusia yang baru sekejap tadi dia berjumpa. Irdina memandangnya sekilas. Tempat letak pinggan dikeluarkan daripada satu beg khas sebelum diletakkan disatu sudut meja. "Kenapa awak tanya macam tu?"Irdina sedikit hairan dengan pertanyaan yang diajukan. Kalau iya pun mahu berkenalan tanyalah dia nama atau apa-apa saja, kenapa soal penyakit tiba-tiba dibangkitkan?

"Well.. inikan bilik orang sakit?"beritahu Amylia seakan memerli.

"HA?"Irdina terpinga-pinga. Dia juga perasan bahawa gadis disebelahnya sekarang pernah cuba menghulurkan bantuan kepadanya pagi tadi. "Awak tak tahu ke?"soal Amylia seakan sengaja mencari pasal. Senyuman sinis terukir.

"Apa maksud awak?"Irdina turut tidak berpuas hati. Tahulah dia, dirinya seakan pendatang yang tidak berpermit sahaja di dalam kamar ini. Tetapi sekurang-kurangnya dia sudah mendapat keizinan daripada pihak atasan untuk tinggal di bilik ini. Apa haknya mahu mempertikai tentang itu semua?

"Well...Bilik 101. Tingkat satu. Tak payah naik tangga. Bilik paling luas dan cantik. Memanglah khusus buat pelajar-pelajar sakit. Tak kan tak dapat tangkap lagi semua tu?"ujar Amylia panjang lebar. Dalam hatinya tertawa puas kerana dapat mengenakan Irdina.

Belum sempat Irdina menjawab kelihatan ibunya, Puan Maziah sudah tercegat di depan pintu. Dia masuk membawa perkakas serta barang-barang milik Irdina yang lain. Dia mengeluarkan sudu, garfu, serta pinggan lalu disusun diatas almari tingkat paling atas. Kemudian diambil pula beberapa kain buruk lalu digantung ditepi tingkap. Tidak cukup dengan itu, sarung bantal serta cadar tilam juga disarungkan kemas diatas tilam milik Irdina. Cantik.

Tempat tidurnya serba pink dan comel. Melihatkan itu cukup menampakkan Irdina seorang yang manja dan cukup comel. Sesuai dengan keadaan dirinya yang berlesung pipit hingga ke dalam. Amylia sekadar memerhati setiap tindak tanduk ibunya. Hatinya kuat berkata-kata itu ini. Untung benar roomatenya yang satu itu. Kalau dengan mama dan papanya juga tidak pernah sampai macam itu sekali. Timbul rasa sedikit iri dalam diri. Namun masih dapat dikawal. Melihatkan pada keadaan diri Irdina, tampak jelas bahawa dia benar-benar manja dengan ibu bapanya. Ayahnya sampai datang masuk ke bilik. Geram juga Amylia dibuatnya. Tahulah, hari ini merupakan hari pertama mereka semua mendaftar masuk kolej. Tetapi tidak perlulah sampai lelaki masuk ke bilik. Walau apa pun ini tetap kolej siswi. Segala tingkahnya juga kadang terbatas.

"Untung betul ya anak makcik. Dapat mak macam makcik.. Siap buat itu ini," celah Amylia sekadar menguji. Puan Maziah mengerutkan dahi. Keningnya terangkat.

"Setiap mak bapak buat macam ni kat anak-anak dorang,"balas Puan Maziah dingin. Di dalam hati Amylia sudah menyumpah itu ini. Mak dengan anak lebih kurang sama saja! Tengkingnya sekadar di kerongkong. Amylia sebenarnya bukanlah dengki mana dengan kemewahan ataupun kasih sayang yang sememangnya layak diterima oleh Irdina. Tetapi, dia tidak gemar setelah mengetahui Irdina dapat tinggal dibilik itu atas dasar status yang ada pada empunya diri. Dia sendiri kurang percaya pada mulanya, tetapi setelah terserempak sendiri dengan mata kasarnya. Barulah dia percaya mengenai khabar angin itu. Ibu dan ayah Irdina seorang yang sangat berpengaruh dan ayahnya juga merupakan seorang dato. Dia yakin pengetua kolej ini menerima sesuatu suapan istimewa untuk dibawa masuk anak mereka ke dalam kolej ini. Sampaikan bilik yang sudah di reserved kan untuk pelajar-pelajar yang sakit pun menjadi sasaran. Sedangkan kawan Amylia bernama Ayu, adalah salah seorang yang juga berpenyakit dan mereka pernah meminta pengecualian untuk tinggal bersama dibilik itu. Tetapi ditolak mentah-mentah. Dimanakah letaknya sebuah keadilan? Sekarang barulah dia faham mengapa permintaan mereka ditolak. Kerana manusia-manusia macam inilah! Bagi Amylia, wang tidak dapat membeli segalanya. Dia sangat benci akan manusia yang menggunakan harta benda sebagai medium untuk mendapatkan apa yang tidak sepatutnya didapatkan. Belum apa lagi hatinya semakin menyampah dengan Irdina, roomate barunya itu.

Kurang seminit kemudian bapanya kembali masuk sambil duduk diatas katil anaknya. Tidak sampai beberapa saat Amylia bingkas bangun daripada tempat duduknya lalu meninggalkan bilik itu. Semakin muak dia melihat semua ini. Bukannya dia cemburu, tetapi dia tidak gemar dengan sikap si ayah yang sampai masuk ke kamar ini. Cukuplah sekadar emaknya. Sia-sia sahaja penguguman dibuat oleh pihak kolej bahawa laki-laki tidak dibenarkan untuk masuk ke sekitar kolej perempuan malahan ada had-hadnya yang tersendiri. Memikirkan itu, pantas dia keluar ke kamar sebelah. Lebih baik dia berjumpa dengan Ayu, bekas roomatenya yang sudah dua semester berturut-turut tinggal bersamanya. Akhirnya semester kali ini mereka terpisah. Mujurlah jarak bilik mereka tidak jauh. Dapatlah mereka berjumpa hari-hari.

K.I.T.ADonde viven las historias. Descúbrelo ahora