5

2.9K 69 10
                                    

Amylia melepaskan deraian tawanya setelah mendengar voice note daripada Shahira. Julia disebelah yang sedang memandu turut tertawa kecil. Macam-macamlah budak ni! Adehhh!

"Ada ke patut baca cerpen sampai nangis-nangis?" Omel Amylia di sebelah.

"Hahaha! Cerpen tu Lia buat sendiri ke?"soal Julia yang turut terdengar voice yang didengar Amylia oleh Shahira tadi.

"Erm. Ha ah. Ala masa zaman SPM dulu. Saja cuba nasib,"terang Amylia bersama ketawa yang masih berbaki.

Sungguh sahabat baiknya yang seorang ini sangatlah kuat berangannya. Amylia tidak dapat membayangkan jika sepuluh cerita novel romantis dibacanya dalam keadaan bagaimana. Shahira memang terkenal dengan sikapnya yang sangat kuat berangan. Pantang ada masa, pasti akan diluangkan dengan angan-angan mat jeninnya. Shahira..shahira.. Masih dia teringat semasa hari-hari dia bersama Shahira semasa dia di Alor Star dulu. Masuk sahaja di dalam kereta tidak lain tidak bukan fikirannya pasti akan melayang. Entah apa yang diangankan. Sampaikan Amylia bercakap dengannya pun soalah-olah sedang bercakap dengan tiang besi. Baran jugalah Amylia pada masa itu. Lepas tu, mulalah nak mintak maaf bagai. Dia sudah masak benar dengan sikap Shahira yang serba lain macam itu. Tetapi baginya, sahabatnya yang seorang itu sangat unik. Dia berharap agar persahabatan yang dibina itu diredhai Allah dan berkekalan selamanya.

--

Petang itu suasana sunyi. Amylia memandang sepi tempat tidur Irdina yang masih kosong. Kenapa agaknya dia merayu mintak kolej daripada pihak atasan jika sudah akhirnya dia tidak pernah berada di bilik? Hampir setiap minggu dia pulang. Adakala jika kelas sudah mahu melabuhkan tirai barulah dia sampai ke kelas.

"Ini semua tak adil!"rintih Amylia seorang diri. Irdina bukan hanya menggunakan ibu bapanya untuk tinggal di bilik ini, tetapi juga dia telah mengheret dua lagi kawan-kawannya yang lain yang gagal untuk mendapatkan kolej semester ini.

"Mereka tidak layak!"getus hati Amylia. Hubungan mereka sangat-sangatlah tidak akrab. Bagaimana mahu akrab kalau setiap hari tidak nampak muka? Hari-hari asyik pulang saja? Huh. Suatu hari, ibu dan ayah Irdina ada hal yang perlu dibereskan di luar kota. Aini, telah pulang ke kampungnya hujung minggu itu. Ika pula ada hal kecemasan yang membuatkan dia tidak datang ke kampus hampir dua minggu. Khabar angin mengatakan bahawa neneknya sedang nazak. Maka, tinggal lah Irdina seorang diri dikamar itu bersama-sama dengan Amylia sahaja. Kampung Amylia yang terletak di Alor Star membuatkan dia jarang pulang ke rumah. Lagipula Amylia sibuk dengan aktiviti-aktiviti persatuan yang dia sertai di kampus. Dia sendiri tidak ada masa untuk pulang ke rumah. Hari-harinya banyak dihabiskan di bilik MPP menyelesaikan tugas yang tidak sudah. Lagi-lagi semester masih baru diawal permulaan. Banyak program yang perlu dia uruskan menyebabkan dia juga jarang lekat di bilik. Lagipula jika balik ke bilik pun, dia tahu bukannya ada siapa-siapa. Hanya Ayu sahaja yang kadangkala menemaninya seorang sendiri Petang itu hujan turun dengan lebat sekali. Bunyi dentuman guruh membuatkan Irdina sesekali terjerit sendiri. Dia memeluk tubuh. Kamarnya dibiarkan gelap. Bukan sengaja dibiarkan dalam keadaan begitu,, tetapi kudrat serta semangatnya hampir hilang untuk turun dari katil  membuka lampu. Hari makin lama makin gelap. Tubir matanya sudah ditakungi banyak air. Anak manja sepertinya mana pernah hidup sendiri. Apatah lagi seorang diri dalam keadaan gelap seperti ini.

"Mama!! Papa!!"dia hanya mampu menjerit. Manalah semua orang di dalam bilik ini. Dia sedar sebenarnya dia hanya menanti akan kepulangan Amylia sahaja kedalam bilik itu. Dia terus meronta-ronta. Anak tekaknya dirasakan seperti mahu keluar. Angin yang masuk di celah-celah tingkat menyapa tubuhnya yang dingin. Bakul sampah habis jatuh tergolek kerana tiupan angin yang melampau. Irdina sudah tidak tahan lagi. Dia hanya mampu menangis dan terus menangis. Talifon bimbit yang dipegangnya tiba-tiba mati kerana kehabisan bateri. Tempat mengecasnya pula jauh disudut tepi meja belajarnya. Dia seakan kaku. Di dalam hati, dia hanya mampu berdoa agar sesiapa yang lalu mohon menjenguk keadaannya di dalam bilik ini. Setengah jam menunggu dalam ketakutan, dia masih sediri. Jam sudah berganjak ke angka 6.45 minit petang. Masih hampa. Tiada sesiapa yang mengaut pintu kamarnya. Sesekali dia tertanya-tanya kemana Amylia pergi? Masakan dia juga pulang setiap minggu? Bukankah gadis itu tidak gemar pulang ke rumah? Matanya dipejam rapat. Tidak sanggup menerima tempias kilat yang kuat menyabung diatas langit. Sesekali menangkap satu cahaya pada pandangan matanya. Dia menggigil ketakutan.

K.I.T.AWhere stories live. Discover now