4

2.1K 54 4
                                    

"Hey nenek gendut! Aku tau lah kau cemburu dengan riak wajah aku yang cantik ini! Mujurlah aku ini cantik kalau tidak lunyai habis muka kau aku kerjakan tau!"

Serentak dengan itu Amylia terkekeh ketawa. Petang itu seharian dia setia diatas katil menghabiskan masa-masa rehatnya bersama sahabat baiknya yang kini sedang berada di Alor Star, Kedah iaitu Shahira. Walaupun masing-maasing jauh membawa haluan, namun masing-masing masih tetap mencari masa terluang untuk berchatting dan berbalas-balas voice note di whatsapp sesama mereka. Bagi mereka jarak hubungan yang jauh bukanlah faktor penghalang untuk mereka tidak akrab seperti masa-masa sebelum. Shahira merupakan satu-satunya sahabat baik yang dia ada sejak di bangku sekolah lagi. Baginya, tiada yang setanding gadis itu. Dia punya personaliti yang lain daripada kawan-kawannya yang lain. Lain yang bagaimana, itu hanya menjadi sebuah rahsia yang tidak dapat diungkap. Itulah ajaibnya persahabatan sejati baginya.

"Eeiii makcik gedikk ni......!! Hahahaha!! Kuajoo eh kau. Tengoklah!"Amylia bermonolog sendiri sambil melepaskan deraian tawa buat kesekian kalinya. Hatinya tercuit dengan gelagat serta keletah Shahira atau lebih dikenali sebagai Erra.

"Alah makcik gedik ni. Buat apa ceq nak jeles dengan makcik gedik. Dahlah gedik, propa pulak tu. Eyurr simpang mak,"dia membalas voice suara Shahira. Dalam diam, tingkahnya diperhati secara senyap oleh Irdina. Mukanya berkerut. Entah suara siapalah yang dia dengarkan itu. Pelik betul si Amylia ni. Risau pula dia sesekali.

Sekali lagi dia mendengar voice note yang dihantar oleh Shahira. Kali ini Shahira bercakap seperti sediakala. Tiada lagi drama yang berepisod. Sekejap-sekejap keluar drama bawang putih bawang merah, sekejap-sekejap Asmaradana. Yang paling tak boleh belah ialah iklan colgate ataupun polident. Semua itu mereka berdua yang lakonkan semula. Seolah-olah hanyut kedalam dunia yang mereka ciptakan sendiri.

"Hang ni kan! Hisy. Ni aku nak habaq ni...,"nadanya bertukar seperti sediakala. Loghat utaranya kedengaran pekat sekali.

Mendengarkan itu serta-merta membuatkan Irdnina mengurut dada. Kawan dia agaknya. Pelik betul budak ni! Kelibatnya dibalik almari baju disedari Amylia. Amylia segera membetulkan kedudukkannya. Dia kembali menaip untuk meneruskan perbualan itu. Terasa segan pula jika mahu terus bertikam lidah dengan Shahira di hadapan Irdina.

--

"Huh. Apa benda ni? EOQ sama dengan? Er. Macam tersilap aje. Argh!!"Irdina kusut. Formula matapelajaran akaun membuat dia sedikit celaru. Dia melihat Ika yang sedang tekun membuat latihan di sebelah.

"Ika.."panggilnya lembut. Ika membuat tak dengar. Walaupun telinganya ada menyumbat dengan earphone tetapi dia masih dapat mengagak bahawa Irdina sedang memanggilnya disebelah.

"Ika!!"panggilnya separuh jerit. Amylia yang sedang mendengar lagu melalui earphone miliknya juga turut terkejut. Dia berkalih memandang Irdina.

Serabut.

Itu sahaja yang mampu dia ungkapkan tentang keadaan diri Irdina sekarang ini. Irdina sudah hilang sabar. Tadi Aini,, sekarang Ika pula. Dia perasan dirinya seakan tidak wujud di dalam bilik itu jika mereka sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Aini awal-awal lagi sudah lenyap dari bilik merantau mencari kawan-kawan yang dapat membantu untuk mengajarkannya subjek akaun. Malangya dia tidak pernah sekalipun mengajak Irdina. Sekadar mengaut ilmu seorang diri. Dia tidak sanggup berkongsi ilmu bahkan tidak rela sama sekali. Biarpun kepada kawan baiknya sendiri.

"Apahal kau ni?"Ika mula menyinga. Irdina sentap. Kuat sangatkah dirinya menjerit sebut nama Ika tadi? Erm. Dia buntu. Apa yang dia tahu dia harus cepat-cepat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh proffesor Usman ini kerana esok pagi tugasan itu harus segera dihantar.

"Tolong aku beb. Kau faham tak soalan ni?"tanpa disuruh dia bingkas bangkit dari tempat duduknya lalu mendekati Ika. Gadis itu melihat soalan yang diajukan di dalam buku manual berwarna pink itu. Sekadar menjeling kosong.

"Entahlah. Aku pun confuse."jawabnya acuh tidak acuh. Betulkah dia benar-benar tidak tahu soalan itu? Arghh!! Jiwanya mula meracau.. Ada kawan pun masing-masing seakan lupa diri siapa yang menolong mereka mendapatkan tempat tinggal di kolej kediaman ini. Dia bermonolog sendiri. Jauh dari hati kecilnya, dia sangat-sangat terasa hati. Inikah yang dinamakan sahabat sejati?

Matanya langsung tertumpu kearah Amylia. Dia mula menyedari gadis itu sedang memandangnya dengan pandangan aneh. Amylia cepat-cepat menundukkan pandangannya. Terasa bersalah pula dia. Timbul tanda tanya dalam diri. Mengapa mukanya semacam saja? Dia ada masalahkah?

Irdina balik ke ruang belajarnya semula. Rasa sakit hati kian menebal dalam diri. Dia terasa makin benci dengan sifat seseorang manusia itu sendiri. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia menangguhkan tugasan itu. Alamatnya repeat lagilah aku subjek ni sem depan! Hatinya seakan pasrah. Itu memang sikap negatif yang ada dalam dirinya. Dia sememangnya kurang dorongan dan sokongan untuk terus belajar. Malah, untuk semester ini saja dia terpaksa repeat dua paper sekaligus.. Sesekali dia menjeling tajam kearah Amylia.. Tak kan lah dia mahu bertanya pada Amylia pula. Pasti sekali lagi dia akan ditertawakan. Oleh ketidakpandaian dia dalam menguasai sesuatu subjek. Lagipula Amylia jauh lebih pandai serta bijak jika mahu dibandingkan dengannya. Terasa malu tiba-tiba menerkam ke dasar hati.

Entah mengapa hatinya malam itu terasa begitu sepi. Ada kawan pun tidak serupa kawan. Tidak semena-mena air jernihnya keluar menisuri pipi. Kelakunya sekadar diperhati dari jarak jauh oleh Amylia. Dia merasa serba salah. Dia tidak tahu apa yang bisa dia lakukan waktu itu. Mahu memujuk? Macam tak kena gaya pula. Mahu bertanya? Agak-agak kena pelempang free pula dia nantinya. Hatinya jauh sekali menyimpang itu ini. Tidak betah lama-lama melihat Irdina mengalirkan airmata dia cuba mendekati gadis itu. Dia mula menyapa Irdina. Namun gadis itu seakan kaku. Dia sekadar menjeling dengan ekor matanya. Amylia sentap. Tidak tahu jikalau dia ada tersalah kata.

"Dina.. Kau kenapa ni?"soal Amylia risau. Ika juga sudah mula berkalih kearah mereka berdua.

"Kau kenapa ni weh?"Ika mula tidak tentu arah. Dia jadi kelam kabut tiba-tiba.

"Ha ah la.. kenapa kau nangis?"Amylia tidak menghiraukan perasaan egonya lagi buat masa sekarang. Keadaan Irdina lebih penting buat masa ini.

"Tak ada apa-apalah.," selindungnya kemudian.

"Kau..kau ada masalah berkenaan subjek akaun ke?"teka Amylia membuat andaian. Dia tahu tetapi sengaja dia mahu menduga hati gadis itu. Irdina kelihatan semakin berang. Maruahnya terasa seakan dicarik-carik.

"Apa hak kau nak hina aku?!"tinggi nadanya.

"Bila pulak aku hina kau? Aku tanya?"

Kerusi terundur ke belakang serta-merta. Irdina menepuk meja.

"Dahlah! Takpayah kau nak sibuk-sibuk hal aku!"balas Irdina geram. Dia sebal kerana terasa dirinya dihina. Tahulah dia pelajar setiap sem repeat paper tak layak tinggal di bilik ini. Bahkan tidak layak untuk mendapat kolej sekalipun. Dia sedar perkara itu. Dia berlari-lari anak meninggalkan kedua rakan sebiliknya. Mereka terpinga-pinga.

"Apahal dengan dia tu!"bebel Amylia. Buat penat saja dia mengambil berat tentang gadis itu. Seakan sia-sia. Dia mendengus kuat. Ika sekadar memerhati sambil mulutnya turut menyumpah itu ini. Nasib kau lah jemah. Takde pasal aku nak kejar-kejar kau macam romeo dengan juliet. Getus hati Ika.

K.I.T.AOnde histórias criam vida. Descubra agora