3

2.1K 55 2
                                    

"Oh.. Lia. Amylia Baharin? Mestilah kenal. Aku AJK persatuan D'Umic sekali dengan dia,"ujar Maisarah. Salah seorang rakannya.

"Oh..,"hanya itu yang mampu dia ucapkan. Tidak tahu apa yang perlu dia rasakan sekarang. Nampaknya Lia bukan calang-calang orang, getus hatinya.

"Asal kau tanya?"Izlan mencelah.

"Tak ada apa."bohongnya. Masakan dia mahu berterus-terang mengenai status dia dan Amylia pula? Lebih baik hal itu hanya diketahui  oleh dirinya sahaja.

"Lia tu roomate kau kan?"datang satu suara yang membocorkan rahsia itu. Aduh, si Laili ni. Macam mana dia tahu?

"Er. Mana kau tau?"

"Mesti la aku tau!"

Irdina mengetap bibir. Nasi sudah jadi bubur. Dia harap perkara itu tidak akan menimbulkan apa-apa syak wasangka kepada rakan-rakannya. Kantoilah jika rakan-rakannya tahu bahawa dia dan Amylia kenal dalam keadaan serba tidak baik. Awal-awal lagi gadis bernama Amylia itu seakan membencinya. Dia juga tidak mahu berkawan kepada yang tidak sudi. Buat apa? Hanya dapat sakit hati saja.

Suasana kelas bertukar mendung. Ada tanda-tanda hujan akan turun. Langit yang kian gelap ditenungnya. Akhir-akhir ini cuaca seperti malu-malu kucing untuk menampakkan matahari.

Manalah Ika dengan Aini ni. Lambat betul! Sudahlah perutnya daripada dalam kelas tadi asyik berkeroncong.

"Sory late. Jom" ajak Ika yang tiba-tiba muncul dari belakang. Terperanjat Irdina dibuatnya. Dia ni kan dahlah tak bagi salam. Main terjah aje!

"Hisy kau ni. Mana Ain?"soalnya sambil meninjau-ninjau keadaan sekeliling.

"Mana aku tau. Eh dahlah biarlah dia. Kata lapar kan jomlah" Ika sama sekali tidak prihatin dengan Aini. Itulah sikap rakan-rakannya. Dia sendiri tidak tahu sama ada Ika benar-benar ikhlas berkawan dengannya atau sekadar atas dasar harta yang dimiliki.. Setiap kali keluar makan, Irdinalah yang terpaksa membayar bil-bil makanan kawan-kawannya. Tetapi mengenangkan dirinya hanya punya dua sahabat baik itu. Dia sama sekali tidak kisah. Walaupun telah banyak desas desus mengatakan Ika dan AIni sekadar mengambil kesempatan keatas kekayaan miliknya. Huh. Dia sama sekali tidak mengambil hati. Kerana dia yakin,, itu cara mereka bergaul. Dan untuk mendapatkan title persahabatan yang sejati,, dia harus menerima baik buruk kedua rakannya itu. Mereka lenyap di satu sudut tangga bertentangan dengan perpustakaan. Haluan mereka kearah restoran Akira. Luar UiTM terletaknya kampus mereka.

K.I.T.AWhere stories live. Discover now