13

1.3K 45 0
                                    

"Apa-apa kau roger aku tau, take caree" Nabila berpesan kepada Dhia Delisha.

"Ya, apa-apa aku bagitahu, take care juga"

Tak lama kemudian, Nabila pulang untuk cuti sem bersama keluarganya, Dhia Delisha pula sedang bersiap sambil menunggu kedatangan Tengku Nafidz. Sambil dia bersiap dia teringat apa yang dikatakan Tengku Nafidz malam semalam di whatsappnya.

011-********

Assalamualaikum,

Waalaikumussalam, siapa?

Dhia, ni aku Nafidz.

Aku dapat no kau dari nab, esok aku datang ambil

Oh i see, takpa, saya naik public, esok awak mesti kerja, saya taknak susahkan orang

No Dhia,aku cuti, aku hantarkan, see you ;)

Telefon Dhia Delisha berbunyi menandakan ada panggilan masuk iaitu Tengku Nafidz. 

"Hello" sapa Dhia Delisha.

"Aku dah dekat bawah"

"Okay"

Dhia Delisha turun dan lihat Tengku Nafidz sedang bersandar di keretanya. Laju Tengku Nafidz berjalan ke arahnya untuk mengambil luggage Dhia Delisha. Dhia hanya diam saja melihat Tengku Nafidz.

Mereka tiba di TBS, Dhia Delisha pergi ke kaunter tiket. Tapi dia terkejut bas untuk pulang ke rumahnya penuh, tiada yang kosong. 

Dia sudah tak senang duduk. Macam mana nak balik. Tengku Nafidz yang perasan Dhia Delisha nampak gelisah, laju dia mendekat.

"Kenapa?"

"Bas semua penuh, yang ada bas malam, saya tak berani naik malam" perlahan suara Dhia Delisha. 

Mukanya sudah tahan nangis. Kenapala dia tak ingat nak beli online saja haritu, getus hatinya.

Tengku Nafidz terus tarik lengan baju Dhia Delisha untuk duduk, cuba tenangkan Dhia Delisha. Dhia hanya menurut, tanpa dia sedar, tangannya sudah menggigil. Perasaan risau dan takut makin menyelubungi dirinya buatkan tangannya makin menggigil.

"Hey Dhia, calm down, everything's gonna be alright, tengok sini, hey Dhiaa" 

Tengku Nafidz bersuara lembut cuba tenangkan Dhia Delisha. Dhia Delisha perlahan-lahan angkat kepalanya memandang Tengku Nafidz yang sedang mencangkung duduk dihadapannya.

"Rumah kau dekat mana?"

"Perak, dekat Manjung" katanya perlahan.

"Okay, aku hantar kau balik" Dhia Delisha terkejut dengarkan itu. 

Tengku Nafidz masih menarik lengan bajunya dan bagnya dicapai. Di dalam kereta Dhia Delisha hanya diam, dia rasa serba-salah dah betul-betul menyusahkan lelaki itu. Sudahla dia pernah marah Tengku Nafidz, tapi Tengku Nafidz masih bantu dirinya.

"Kau jangan nak rasa bersalah, aku sendiri yang nak hantar kau, kalau kau tak naik bas pun memang aku nak hantar kau" 

Tengku Nafidz bersuara, tahu yang Dhia Delisha rasa bersalah kepadanya. Niatnya memang nak hantar Dhia Delisha balik, tapi bila Dhia Delisha kata dia balik naik bas, Tengku Nafidz ikut saja hantarkan ke stesen bas.

"Thanks" Dhia Delisha suara perlahan. 

Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya diam. Tengku Nafidz cuba nak bercakap, tapi dia fikirkan Dhia Delisha masih tak terima dirinya. 

Dhia Delisha pula nak bercakap, tapi fikirkan dia pernah marah pada lelaki ini. Lastnya dua-dua diam haihh.

Sampai di rnr Sungkai, Tengku Nafidz berhenti untuk ke tandas, dia baru nak kejutkan Dhia Delisha, tengok-tengok gadis itu sudah pun masuk ke alam mimpi, Tengku Nafidz tersenyum melihat wajah gadis kecil itu. 

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now