36

1.2K 33 0
                                    

Di dalam pejabat itu, Hamzah sedang menjawab setiap soalan yang ditanyai. 

"Hamzah, di mana lokasi terakhir cip terakhir berada?" 

"Kali terakhir cip tu ada pada Albert" jawab Hamzah.

"Albert? Siapa Albert?"

"Dia salah seorang pencipta cip, Ha Neul bagi cip terakhir dekat Albert"

Mejar Rahman dan Alif diam seketika. Mereka baru dapat tahu nama pencipta cip ketiga. Namun, masih banyak persoalan belum terjawab. 

Di satu sudut, Tengku Naafidz dan anak-anak buahnya berjuang menyelamatkan tebusan dan Albert yang dikatakan ada di kalangan tebusan itu juga. 

"Fir, on your two o'clock, shoot them" arah Tengku Nafidz. 

Mereka sedang gerak dalam senyap supaya pihak musuh tak menyedari kehadiran mereka. 

Tengku Nafidz dan Hudzaifah menuju ke control room. 

Bang! Bang!

Anak buah Tengku Nafidz yang dikenali sebagai Fir berjaya tumpaskan dua orang musuh

Pintu bilik control room ditendang dengan sekali tendang 

"Move!"

Terus musuh menerpa, tumbukan dilayang ke arah Tengku Nafidz, Nafidz tangkas mengenggam penumbuk itu dan pusing tangan musuh kebelakang.

Rahang musuh dia siku dengan kuat, kemudian, musuh tunduk, terus Tengku Nafidz menembak tepat di tepi dahi musuh. 

Hudzaifah pula tangkas menendang muka musuh yang melawannya,  pisau komando terus diambil dan dibenamkan di rahang musuh. 

Beberapa anak buah mereka juga ikut serta menewaskan musuh-musuh. 

"Woi!" seorang musuh menjerit. Terus tembakan rambang dilepaskan. 

"Down!" Hudzaifah jerit beri arahan. 

Tengku Nafidz berlari sambil membongkok kemudian sampai sahaja pada lelaki itu, terus dia angkat tinggi tangan yang memegang pistol itu. 

"Sial! Storm ada lagi satu bilik dekat sana, masuk!" Tengku Nafidz beri arahan kepada Hudzaifah.

Storm adalah code name Hudzaifah, manakala Tengku Nafidz pula dipanggil Fenrir. 

Hudzaifah terus mengikut arahan dan masuk saja dia ke dalam bilik itu, matanya terbeliak terkejut melihat apa yang ada di dalam. 

Dua orang sedang digantung di siling dengan posisi tangan diikat pada tali yang digantung, hanya tangan mereka. 

Membuatkan tekanan yang sangat kuat pada ikatan itu untuk menampung badan yang tergantung. 

"Fenrir ada dua dekat dalam" Hudzaifah bersuara di earpiece. 

"Roger"





"Dhia ini dokumen yang perlu awak semak, and ini financial report on cost kitalah for this month" Firdaus memberikan dokumen-dokumen yang perlu Dhia semak sebelum diberikan pada Luthfi. 

"Okay thanks"

Dhia teruskan kerjanya, dan mula menyemak dokumen yang baru saja diterima. 

Tak lama kemudian telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. 

"Heyyy frennn" Nabila di sebalik panggilan bersuara. 

Dhia terus senyum dengar sapaan sahabatnya. Nabila sekarang bekeja di salah satu syarikat perbankan. 

"Ya miss Nabila, ada apa boleh saya bantu?" Dhia berseloroh. 

"Lunch together jom, lama tak date"

Dhia ketawa. Ada sajalah akal sahabatnya itu. 

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now