35

1.3K 33 0
                                    

"Abang pergi lama ke?" perlahan saja suara Dhia bertanya. 

Kini mereka dalam kereta perjalanan pulang ke rumah Tengku Sayf. 

Tengku Nafidz terpaksa masuk tugas bagi menjalankan misi. Hudzaifah memberitahu bahawa mereka dapat kesan salah seorang pencipta cip. 

"Abang tak boleh cakap berapa lama sayang, abang cuma boleh cakap, sayang sabar and kuat tunggu abang ya" Tengku Nafidz mengusap kepala Dhia. 

Selepas saja dia hantar Dhia di rumah keluarganya, dia perlu terus pergi ke kem. 

Dhia hanya menunduk, genggaman Tengku Nafidz erat. Sesekali Tengku Nafidz cium tangan Dhia cuba memujuk isterinya. 

Siapa tak sedih, tengah gembira, suami kena pergi tinggalkan diri. Tambah tengah honeymoon, ada lagi dua hari sepatutnya mereka berada di Edinburgh. 

Sampai saja di rumah Tengku Sayf, Puan Isabella menyambut mereka. 

"Fidz terus gerak ke?" Tengku Sayf bertanya. 

"Ya pa, dorang perlukan Nafidz" 

Wajah Dhia sugul di dalam pelukan Puan Isabella. 

"Sayang"

Dhia dalam pelukan Puan Isabella perlahan-lahan hadap muka Tengku Nafidz. Tengku Nafidz hulurkan tangannya ke arah Dhia. 

"Come"

Terus Dhia peluk erat Tengku Nafidz. Menangis dia di dada bidang suaminya. Teresak-esak dia menangis. 

Tengku Nafidz eratkan pelukan, belakang Dhia diusap, dahi dicium lama. 

"Kuat untuk abang sayang" Tengku Nafidz bisik perlahan di telinga Dhia. 

"Abang janji abang balik tau, Dhia tunggu" Dhia bersuara didalam pelukan. 

"Sayang tunggu abang tau" Dhia menangguk. 

Tengku Nawra usap bahu Dhia, Tengku Nafidz lepaskan pelukan. 

"Nafidz pergi dulu papa, mama"

"Hati-hati Fidz"

Dhia berada di dalam pelukan Tengku Nawra sedang ditenangkan oleh adiknya. 

Sebak hati Tengku Nafidz nak tinggalkan. 

"Jom sayang, kita rehat" Puan Isabella bawa Dhia naik ke bilik Tengku Nafidz. 

Malam itu, Dhia tidur sambil peluk baju Tengku Nafidz dan frame gambar arwah mamanya. 

Sepanjang perjalanan Tengku Nafidz ke kem, tak berhenti dia berdoa untuk kurniakan kekuata kepadanya dan Dhia Delisha. 

"Kuatkanlah isteri aku ya Allah, kuatkan aku. Aku percaya dia sentiasa dibawah lindunganMu. Izinkan aku pulang ke dakapan dia kembali nanti, permudahkan segala urusan kami ya Allah"





"Tuan!"

Tengku Nafidz menyapa Mejar Rahman, kini mereka berkumpul di dalam bilik mesyuarat. 

"Saya minta maaf Nafidz, tapi ini urgent" Mejar Rahman bersuara.

"Takpa tuan, dah menjadi tugas saya" Tengku Nafidz balas. 

Mejar Rahman mengangguk, kemudian mesyuarat dimulakan. 

"Baik, sebelum ni, hacker kita berjaya jejaki seorang dari salah seorang pencipta cip. Dan sekarang dia sudah ada di dalam pantauan kita. Cumanya, cip ciptaan dia sudah diambil oleh pihak pengganas."

Semua diam tekun mendengar. 

"Siapa orang tu tuan?" Tengku Nafidz bertanya. 

"Hamzah, salah seorang pencipta cip itu. Selepas kita soal siasat dia, cip yang dia buat mengandungi maklumat ketiga-ketiga pencipta cip dan maklumat tentang kunci kepada cip terakhir"

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now