Nadhir & Naqib

573 19 0
                                    

Kedua beradik itu berjalan berpegangan tangan. Erat Nadhir memegang tangan adiknya.

Kalau terlepas pegangan itu, confirm Naqib akan berlari keliling bangunan.

Yang susah nanti mummy dan daddy dia juga.

Naqib pula, wajahnya teruja melihat sekeliling bangunan.

"Dir tengok tu!" jari kecil Naqib menunjuk pancuran air terjun yang ada di dalam Jewel Changi Airport itu.

Nadhir hanya mengangguk. Naqib sudah menggoyangkan tangannya minta dilepaskan.

"Naqib sayang, don't. Ramai orang dekat sini," Dhia bersuara dari belakang.

Dia dan Nafidz berjalan di belakang dua anak mereka. Senang melihat mereka berdua.

"Qib nak pergi tu," Naqib mencebik.

Nafidz hampiri Naqib, badannya direndahkan menyamai ketinggian Naqib.

"Cannot boy, ramai orang dekat sini."

Naqib mengangguk, kemudian mereka sambung berjalan kembali menuju restoran yang ada di dalam airport itu.

Mereka baru saja tiba di Singapore, Dhia pula ingin bersiar-siar di dalam airport itu.

Cantik katanya.

"Sayang nak apa?" Nafidz bertanya, sambil membetulkan tudung shawl Dhia.

"Dhia nak burger, craving burger," Dhia kerdipkan matanya beberapa kali.

Nafidz senyum melihat tingkah comel Dhia di sebelahnya. Dah anak dua, tapi sikap manja Dhia masih sama seperti dia kenal dulu.

"Nadhir dengan Naqib nak apa sayang?" Dhia bertanya.

"Brown! (Hush brown)" Naqib menjawab teruja. Dhia mengangguk senyum.

Anaknya yang kedua ini, memang hyper lebih daripada Nadhir.

Nadhir lebih tenang seperti ayahnya.

Nadhir menunjukkan menu makanan yang diingini. Mashed potato.

Nafidz memanggil pelayan dan membuat pesanan.

"You look beautiful bae," Nafidz menongkat dagu memandang Dhia.

Tak semena, pipi Dhia merah kerana malu. Sudah la depan anak suaminya ini bagi ayat macam ini.

"Abang, anak-anak ada depan ni," Dhia mengingatkan Nafidz.

"Do I look like I care?" Nafidz bermain dengan pipi gebu Dhia.

"Mummy Dir ngan Qib!" Naqib bersuara. Mulutnya mencebik tanda tidak suka.

Nafidz lepaskan keluhan kecil. Satu persamaan mereka berdua adalah, Nadhir dan Naqib sentiasa berkepit dengan Dhia.

Anak mummy.

Dhia kulum senyum, sama saja perangai anaknya ini.

"Muka dia, muka abang, tapi kenapa perangai dia," Nafidz menjatuhkan kepalanya di bahu Dhia.

Nadhir pula sudah memandang tajam Nafidz. Ini yang dia tak suka ini, daddy-nya berasmara dana dengan mummy dia.

"My mummy," Nadhir bersuara, Naqib pula menganggukkan kepala bersungguh-sungguh.

"Yaa, your mummy," Nafidz mengalah jua, kalau dilayan parah jadinya.

Sudahlah mereka di tempat awam.

Tak lama kemudian makanan yang dipesan tiba. Nadhir dan Naqib nikmati makanan mereka sungguh-sungguh.

"Umm, dapnyaaa!" Naqib bersuara sambil mata pejam.

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now