BAB 30

15.1K 668 23
                                    

Kepala mendongak memandang langit malam yang disinari dengan cahaya bulan. Banyak perkara yang berlegar di mindanya sejak-sejak akhir ini. Teringat kembali pertemuan dengan bapa mentuanya, Dato Ziqry di ofisnya buat kali pertama setelah mereka bernikah.

" Tengku, ada orang nak nak berjumpa dengan Tengku. Boleh ke? "

" Siapa? "

" katanya Dato Ziqry "

Dato Ziqry? Bukan ke itu bapa mentuanya? Ada urusan apa sehingga mencari dia sampai ke TA corporation?

" Minta dia naik ke atas "

" Baik Tengku "

Dia kembali membuat kerja selepas panggilan dimatikan. Pen di tangan di letakkan di atas meja ketika pintu biliknya terbuka.

" Silakan Dato. Tengku, ini tetamu Tengku "

" Terima kasih Alya, tolong buatkan air ya "

Mereka berdua berbalas pandangan sebelum Tengku Arifin menjemput Dato Ziqry untuk duduk di sofa yang ada ofisnya itu. Tangan dihulur untuk bersalaman. Walau macam mana teruk sekalipun, lelaki itu bapa mentuanya sekaligus ayah kepada isterinya.

Sepi.

" Sihat? " tanya Dato Ziqry, kekok.

" Alhamdulillah sihat. Papa pulak sihat? " soalnya kembali.

" Papa macam inilah. Sihat "

" Ada tujuan apa papa datang ke sini? " tanya Tengku Arifin secara direct. Dia yakin kedatangan lelaki itu kesini bukan kosong semata.

Pintu bilik dibuka. Alya membawa dulang yang berisi air dan menghidangkan di atas meja.

" Terima kasih Alya " ucap Tengku Arifin.

Apabila melihat pekerjanya hilang dari balik pintu, dia kembali fokus kepada Dato Ziqry. Kening diangkat, mahu tahu tujuan kedatangan Dato Ziqry.

" Balqis.. dia sihat? " tanya Dato Ziqry dengan suara yang perlahan. Tengku Arifin menyandarkan tubuh pada sofa. Ditenung lama wajah bapa mentuanya. Pelik menerima soalan seperti itu.

" Alhamdulillah. Isteri saya SIHAT saja " balas Tengku Arifin. Ditekan perkataan sihat itu.

Dato Ziqry mengangguk kecil. Nafas lega dilepaskan. Sekurangnya dia tahu Balqis berada di tangan lelaki tepat yang mampu menjaga dirinya.

" Anything else? " tanya Tengku Arifin, cuba mengorek apa yang ingin disampaikan lelaki itu sebenarnya.

" Jaga dia sebaiknya. Jangan pernah abaikan dia. Jangan lakukan kesilapan yang sama seperti papa " katanya. Mata sudah berair, rasa serba salah bertandang dalam hati mengingatkan kembali setiap layanan yang dia berikan kepada Balqis.

" Papa sebagai lelaki, seharusnya melindungi dia yang merupakan satu-satunya anak perempuan papa tapi apa yang papa lakukan? Papa abaikan dia. Tak pernah nak ambil tahu langsung pasal dia. Apa yang dia suka? Apa yang dia tak suka? Semua tu papa tak tahu. Banyak benda yang papa terlepas pasal anak papa sendiri. Yang lebih parah.. " Dato Ziqry terdiam. Air mata yang mengalir diseka perlahan.

" Papa pejamkan mata bila dia menjadi mangsa amukan mama. Papa pekakkan telinga bila dia menangis minta tolong sampai satu tahap dia hanya diam saja ketika dipukul diherdik oleh mama. Tiada lagi tangisan dari dia kedengaran dalam rumah " sambung Dato Ziqry. Tanpa dia sedar luahan hatinya itu membuat hati Tengku Arifin sakit. Tangan mencengkam kuat sofa yang diduduk. Cuba menahan diri agar tidak bertindak di luar kawalan.

Eternity Love [C]Where stories live. Discover now