BAB 10

367 38 11
                                    

KARI AYAM yang sudah hampir masak di gaul Humra perlahan. Mahu memastikan ayam betul-betul sudah masak. Hari ini  sudah genap seminggu Puan Aileena keluar dari hospital. Puas Humra memujuk mamanya untuk duduk di hospital sehingga mamanya betul-betul sihat tetapi di tolak mamanya mentah-mentah rayuan darinya. Mamanya sudah bosan dan tidak mahu duduk di hospital terlalu lama. Bak kata mamanya, biarlah dia sakit dan mati di rumah sahaja daripada mati di situ. Humra yang mendengar ayat mamanya hanya terdiam. Mahu atau tidak dia terpaksa akur dengan kemahuan mamanya. Dan sepanjang seminggu ini juga Puan Hilda selalu datang menjenguk mama di rumah. Bukan setakat Puan Hilda saja yang datang tetapi seluruh keluarga Puan Hilda termasuk Elhan sekali.

"Cinta!" Terjatuh sudip yang berada di tanganya apabila di sergah dengan tiba-tiba.

Dia menoleh ke tepi. Emir tersengih dengan muka tidak bersalah di tepinya.

"Emir ni, terkejutlah cinta. Kalau cinta ada sakit jantung memang dah lama cinta gol." Humra sudah mula membebel. Mata menjeling Emir lembut sebelum tangan menutup api dapur gas.

Emir ketawa kecil. "Sebab cinta tak ada sakit jantunglah Emir sergah cinta."

Humra menggeleng kepala. Mangkuk di ambil lalu mula mencedok kari ayam ke dalam mangkuk. "Macam mana Emir tahu cinta masak hari ni?" Dia memandang Emir sekilas.

"Emir tercium bau kari ayam. Itu yang Emir datang sini." Emir ketawa lagi.

"Amboi... Kemain eh." Humra mencebik.

"Emir gurau jelah. Tadi mama masak nasi ayam. Dia suruh Emir hantarkan dekat sini. Nasi ayam tadi Emir letak atas meja makan tu," ujar Emir. Dia datang ke sini sebab nak hantar nasi ayam yang di masak mamanya tadi.

"Oh ya ke? Nanti Emir bawa balik kari ayam untuk mama dengan papa Emir tau." Humra mengambil bekas tupperware di dalam kabinet. Kari ayam di cedok lalu di letak di dalam bekas tupperware untuk di beri dekat Najihah.

"Baik cinta! Cinta, Emir makan dekat sini tau. Lama Emir tak makan dengan cinta. Emir rindu." Emir memuncung. Rindu betul dia dekat cinta. Dia baru saja balik dari kampung mamanya memandangkan dia cuti sekolah selama seminggu.

"Yalah, sian dia rindu cinta eh." Humra ketawa kecil lalu pipi Emir di cubit geram. 
Dia pun rindu dengan budak banyak akal ni.

"Cinta, kenapa Emir tengok Mama Leen kurus sangat? Mama Leen sakit ke?" tanya Emir dengan wajah ingin tahu. Sewaktu dia bagi salam tadi Mama Leen yang bukakan pintu untuk dia.  Terkejut juga dia apabila melihat Mama Leen kelihatan kurus semacam. Muka pun cengkung.

Humra hanya senyum. Emir memang tidak tahu kalau Puan Aileena sakit. Humra tunduk agar menyamai ketinggian Emir.  Kedua bahu Emir dipegang. Wajah polos Emir di pandang dengan senyuman kelat. "Mama Leen memang sakit. Emir kena doakan untuk Mama Leen agar Mama Leen cepat sihat," ujar Humra lembut.

"Mama Leen sakit apa?!" Terkejut bukan kepalang Emir apabila mendapat tahu yang Mama Leen sakit.

Humra geleng kepala tanda dia tidak mahu memberitahu sakit yang di alami Puan Aileena.

"Emir sayang, dengar apa yang cinta nak kata ni. Kalau Emir sayang Mama Leen Emir kena doakan agar Mama Leen cepat sembuh dari sakit. Mama Leen perlukan doa dari Emir." Kepala Emir di usap penuh kasih.

Wajah Emir bertukar muram. "Sakit sangat ke kesakitan yang di alami Mama Leen, cinta?" soal Emir.

"Cinta tak tahu, hanya Mama Leen je tahu rasa sakit tu." Humra kembali menegakkan badannya.

Emir memeluk tubuh Humra erat. "Cinta jangan sedih tau, kita sama-sama doakan agar Mama Leen sihat macam dulu," kata Emir penuh bersemangat. Dia akan sentiasa berdoa kepada Allah agar Mama Leen sihat macam dulu.

𝑴𝒂𝒘𝒂𝒓 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑬𝒍𝒉𝒂𝒏Onde histórias criam vida. Descubra agora